Pendakwah penuh kontroversi Pencetus Ummah (PU) Abu buat hal panas lagi! Terbaru, isterinya, Hana Azraa membuat pendedahan itu di Instagramnya dengan memuat naik gambar seorang wanita tidak bertudung. "Inikah dia? Cantik sungguh kekasih hati awak," tulisnya di entri tersebut yang kemudian dipadam dari IGnya. Memetik Gempak, Hana juga bertindak menukar gambar profil IG dengan foto wanita terbabit. Bagaimanapun, tindakannya itu bagai menikam diri apabila ruangan komen dibanjiri kritikan negatif dan ayat penuh sindiran.
Lebih haru, ada yang komen mendakwa mata wanita terbabit ada iras mata bekas isterinya, Ain 'Afini Latif. Dek tindakan isterinya itu, PU Abu juga didapati telah menyahaktif akaun IGnya mungkin kerana tidak tahan diserang 'jemaah bawang' di ruangan komen. "Ada awek baru ke PU? Isteri dah mengamuk tu. "Tu ha isteri kau tengah meroyan. Kesian kau, tak tenang tengah bawa kumpulan pergi umrah," antara komen warganet. Kalau betul apa yang didedahkan Hana tu, memang gatal betul PU Abu ni! Wanita itu pula ada iras Ain, rindu bekas isteri ke? - CARI
|
1
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
2
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kurex: cashhhhhbekas bini abu mesti tengah ketawa guling2
ADVERTISEMENT