CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pu Abu Nafi Curang, Spekulasi Foto Wanita Itu Tidak Betul

27-1-2020 09:55 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 18764| Komen: 92

Siapa sangka PU Abu terkantoi curang sekali lagi oleh isteri barunya Hana Azraa. Namun, PU Abu menafikan dakwaan tersebut apabila sekeping gambar wanita tidak bertudung dikongsikan di Instagram isterinya dengan kapsyen sinis.


Foto IG

PU Abu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menuduh ada pihak yang cuba mengaib dan merosakkan rumah tangganya.

"Saya mengambil maklum berhubung berita yang viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya.

"Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang.

"Hakikat yang sebenarnya, hal yang melibatkan kecurangan tidak berlaku dan hanyalah salah faham," jelasnya, memetik laporan Astro Gempak. 

Berikut adalah posting yang PU Abu kongsikan di Instagram miliknya pagi semalam. 

 
Screenshot IG PU Abu

Katanya, dia akan menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat sejurus kembali pulang dari Tanah Suci Makkah.

"Saya kini berada dan bertugas di Makkah dan akan balik ke Malaysia dalam sehari dua ini. 

"Insya-Allah saya akan mengeluarkan kenyataan yang akan menjelaskan situasi sebenar berhubung berita viral tersebut. Harap rakan media boleh bersabar," tulisnya.

Terdahulu, Hana difahamkan memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.

Foto Gempak


Di ruangan kapsyen, individu tersebut dipercayai merupakan kekasih baru suaminya berdasarkan penggunaan hashtag #myhusbandlover. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, entri berkenaan dipadam. 

Ekoran pendedahan isterinya itu, pelbagai spekulasi timbul termasuklah dakwaan mengatakan wanita tersebut mungkin bekas isteri pertamanya, Ain 'Afini Latif yang cuba menyamar.

Sebelum ini seluruh Malaysia tahu tentang kisah rumah tangga pasangan tersebut yang berantakan dan menjadi kecaman netizen. Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama. PU Abu pernah berkahwin dengan Ain(isteri pertama) dan dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 27-1-2020 10:32 AM
Buat sropa hensem..choiii
Quote cikgojesss 27-1-2020 10:39 AM
tabayun kehulu tabayun kehilir..
tabayun kepala mangkuk hayun pak hang! bodoh punya penonggeng ugama
Quote minah_selekeh 27-1-2020 10:41 AM
Muka cam si Abu ni pun boleh curang dua tiga kali..
Quote aemon 27-1-2020 10:48 AM
Tak payah explain la weh...orang semua gelakkan korang dah.
Quote shernazz 27-1-2020 10:54 AM
Tabayun sangat la mangkuk hayun
Bini kau sure nak.beli nasi lemak pagi ni pung rasa malu x keluar rumah
Quote sukacactus 27-1-2020 10:57 AM
Korang terlungkup terlentang, gaduh baik balik, cerai ke x, xde sapa kesah la wei!
So just shut up
Quote misc 27-1-2020 10:58 AM
Sian..mende boleh settle dlm rumah. Bini ko jugak gi viral. Kan dah kena gelak dgn netizen secara berjemaah.
Quote mongoose_kidz 27-1-2020 11:12 AM
bodo...spttnya ko suruh isteri ko yg bersabar..klau dia x update netizen pun xtahu...
sepadan sungguh laki bini 2 org ni
Quote cikgojesss 27-1-2020 11:15 AM
seekor tabaiyyon seekor lagi si kaabah siang malam bezikir fi amanillah.. sekapal la dengan sohai elfardy elghufroni maghfirohh.. bezanya si sohai kedana tak cukup duit lagi nak ke mekoh
Quote gummiebear 27-1-2020 12:38 PM
Pegi explain kat bini chuols tu. Sheols yang meroyan kan bukan netizen. Kalau sheols tak meroyan orang pun xtau laa
Quote Sachacha 27-1-2020 12:53 PM
Berialah nak explain bagai nanti
Mcm la hensem dan tersohor sangat
Quote nazriatie 27-1-2020 12:54 PM
cikgojesss replied at 27-1-2020 11:15 AM
seekor tabaiyyon seekor lagi si kaabah siang malam bezikir fi amanillah.. sekapal la dengan sohai el ...

Dan sohai x cukup duit lg utk tambah madu utk bihun
Quote doubleA 27-1-2020 01:00 PM
Laa bukan orang lain yg sebar pun, bini sendiri kan. Kena tarbiyah bini la camtu, dia yg upload
Quote miraclehopes 27-1-2020 01:08 PM
Kalo tu gambar ain afini..baik saman je..dedah aurat org yg pakai hijab..satu dunia tgk ...
Quote Suchi 27-1-2020 01:50 PM
misc replied at 27-1-2020 10:58 AM
Sian..mende boleh settle dlm rumah. Bini ko jugak gi viral. Kan dah kena gelak dgn netizen secara be ...

Bini2 semua kaki viral nasiblaaaaaa

Padahal kawen setahun jagung belaka.Semua nak harapkan netizen setelkan masalah umoh tangga.
Quote ReginaGeorge 27-1-2020 01:51 PM
Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang - bini kau yg aibkan.. Bukan org laen..
Quote ReginaGeorge 27-1-2020 01:52 PM
PU Abu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menuduh ada pihak yang cuba mengaib dan merosakkan rumah tangga nya - siapa yg cuba aibkan????? Bodohnya.. Bini kau yg post.
Quote ReginaGeorge 27-1-2020 01:53 PM
cikgojesss replied at 27-1-2020 03:15 AM
seekor tabaiyyon seekor lagi si kaabah siang malam bezikir fi amanillah.. sekapal la dengan sohai el ...

Hahahahaha
Quote misuke 27-1-2020 02:02 PM
cikgojesss replied at 27-1-2020 11:15 AM
seekor tabaiyyon seekor lagi si kaabah siang malam bezikir fi amanillah.. sekapal la dengan sohai el ...

jgn lupa si paaniah makatul kaabatul auraliah yg tenang aman bahagia bersuap siang mlm dgn si jandaniah doktoriah pelesuyun

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.311141 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top