CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ramai Selebriti Turut Berduka Pemergian Legenda Sukan Bola Keranjang, Kobe Bryant

28-1-2020 03:54 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 8310| Komen: 17|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini adalah tentang berita kematian mengejut melibatkan lagenda bola sepak keranjang, Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna yang terbunuh dalam nahas helikopter di Calabasas, California.

Lagenda Sukan Bola Keranjang, Kobe Bryant Terbunuh Dalam Nahas Helikopter


Seluruh dunia menerima berita yang mengejutkan pagi semalam apabila mengetahui lagenda bola keranjang L.A Lakers, Kobe Bryant terbunuh dalam satu nahas helikopter di bandar Calabasas, California.

Mendiang dilaporkan sedang menaiki helikopter peribadi yang secara tiba-tiba terhempas dan menghasilkan api yang marak. Dilaporkan juga bahawa anak perempuannya, Gianna yang berusia 13 tahun, turut berada dalam helikopter terbabit dan masing-masing terkorban.

Menurut pengumuman daripada Los Angeles County Sheriff's Department, lagenda sukan bola keranjang tersebut terbunuh bersama Gianna dan tujuh individu yang lain, menjadikan keseluruhan individu yang terbunuh seramai sembilan orang.

Memetik sumber nytimes.com, dilaporkan individu-individu lain yang terbunuh termasuklah jurulatih besbol di Orange Coast College, mendiang John Altobelli, isteri kepada Altobelli, mendiang Keri dan juga anak perempuan mereka, mendiang Alyssa.


Menurut laporan, mendiang Bryant dan anaknya dalam perjalanan ke Mamba Sports Academy di Thousan Oaks, California yang sedang menganjurkan kejohanan bola keranjang untuk lelaki dan wanita. Kesemua perlawanan dibatalkan sebaik sahaja pihak akademi mengetahui tentang kematian Bryant dan anaknya, Gianna.

Seluruh dunia mengucapkan takziah kepada keluarga Bryant dan turut bersedih ke atas kematian tersebut.

Dunia bola sepak juga tidak ketinggalan untuk menyampaikan mesej kesedihan mereka di laman sosial Instagram.











Artis-artis dari dunia hiburan juga turut menyampaikan mesej mereka di post Instagram dan Twitter masing-masing.




























Pemain bola sepak Paris Saint Germain, Neymar turut meraikan gol hasil sepakan penalti yang dijaringkannya menentang Lille dengan tribute kepada mendiang Kobe Bryant, dengan menunjukkan jari "2" dan "4", menandakan nombor jersi 24 yang pernah dipakai oleh mendiang. Beliau yang juga merupakan antara individu yang rapat dengan mendiang, turut terkejut mendengar khabar berita ini. Anda boleh melihat gol tersebut di bawah:








Sejurus selepas perlawanan, Neymar ditemu ramah dan beliau turut berkongsi kesedihannya:








Kobe Bryant dianggap sebagai antara atlet terbaik sepanjang zaman. Pernah bermain untuk hanya satu kelab sahaja, iaitu L.A Lakers, sepanjang kariernya selama 20 tahun, mendiang berjaya membantu kelabnya menjadi juara NBA sebanyak lima kali, menjadi Most Valuable Player NBA Finals sebanyak 2 kali, 4 kali menjadi NBA All-Star Game MVP dan pelbagai lagi pencapaian yang hebat. Mendiang memulakan karier profesionalnya pada tahun 1996 dan bersara pada tahun 2016. Pada hari tragedi ini berlaku, mendiang berusia 41 tahun.




Kobe Bryant ketika masih bersama dengan L.A Lakers
KREDIT : Kobe Bryant Dies in a Helicopter Crash: Live Updates, nytimes.com



 
Rest In Peace Legend. We're deeply saddened by your death. Such a proper leader and an example to everyone, you're also a loving father. Thank you for everything and have a good journey on the other side. #RIPMamba - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 28-1-2020 06:45 PM
Lagendddddd
Quote 234126 28-1-2020 08:51 PM
Kat thread peristiwa ada share kartun tahun 2007, joking about his death from a heli crash. Kebetulan yang spooky.
Quote noraidil_06 28-1-2020 09:23 PM
U rest brother. Take a good care of ur baby girl.
Quote PDOT777 28-1-2020 09:32 PM
234126 replied at 28-1-2020 12:51 PM
Kat thread peristiwa ada share kartun tahun 2007, joking about his death from a heli crash. Kebetula ...

Haah ada juga saya ternampak thread tu...dh jdi mcm The Simpsons
Quote MsKathryn 28-1-2020 09:54 PM
R.i.p kobe n his daughter too..
Quote alesandra 28-1-2020 10:29 PM
mcm rapat diorg anak beranak ye.mati pun sama2.takde la anak dia menanggung kesedihan
Quote 234126 29-1-2020 07:49 AM
Tak boleh nak reply pulak thread ni. Ya, mcm the simpsons punya prediction tu. Nak percaya karang syirik, kita boleh sekadar baca dan pikir as kebetulan je la konsepnya. Tapi tetap spooky.
Quote husna_amal 29-1-2020 10:51 AM
Harap dapat siasat apa punca nahas. Takut kalau ada konspirasi tertentu.
Quote nadie90 29-1-2020 01:06 PM
Ceq xfollow NBA tp ceq knal la KB ni....tumpang simpati dkt keluarga mendiang...katanya wife mendiang KB tgh mengandung skg....skli kna dgn anak prmpuan dan lg 7 org mangsa kemalangan...budak2 muda lg
Quote Artemesiaa 29-1-2020 04:09 PM
Takziah buat keluarga beliau dan semua keluarga mangsa yang terlibat
Quote PDOT777 29-1-2020 05:02 PM
husna_amal replied at 29-1-2020 02:51 AM
Harap dapat siasat apa punca nahas. Takut kalau ada konspirasi tertentu.

tulah pelik gak. Sbb laporan ada kata yang helikopter tu dah diperiksa sbelum nk terbang. katanya ok je. diorang pun tgh check utk nk tahu sama ada helikopter tu overload smasa tgh terbang.
Quote PDOT777 29-1-2020 05:04 PM
234126 replied at 28-1-2020 11:49 PM
Tak boleh nak reply pulak thread ni. Ya, mcm the simpsons punya prediction tu. Nak percaya karang sy ...

kita anggap la ia mcm kbetulan. tak lebih drpd itu
Quote PDOT777 29-1-2020 05:05 PM
alesandra replied at 28-1-2020 02:29 PM
mcm rapat diorg anak beranak ye.mati pun sama2.takde la anak dia menanggung kesedihan

tpi kesian kt bini dia. lega bini dia sbb bersuamikan orang yang baik.
Quote nataliawkr1 3-2-2020 12:40 PM
RIP
คาสิโนออนไลน์ LuckyNiki สมัครบาคาร่าฟรี เพื่อเล่น บาคาร่ามือถือ รวมถึง Slot online ฟรีเครดิตโปรโมชั่นฝากเงินรับ 300% และลุ้นเที่ยวรอบโลก รับฟังข้อมูลข่าวสารได้ที่ Line @luckyniki
Quote vicco75 24-8-2020 09:19 PM
https://shrinkme.io/GsdwrS1w
Quote vicco75 24-8-2020 09:20 PM
https://shrinkme.io/GsdwrS1w
Quote vicco75 24-8-2020 09:21 PM
matbad: Lagendddddd

https://shrinkme.io/GsdwrS1w

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.140148 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top