CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ia Bukan JE Tapi Virus Lain Sebab Muslim Tak Kena," Kisah Doktor Bongkar Virus Nipah 20 Tahun Lalu..

28-1-2020 09:13 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 10058| Komen: 32





Disebalik kekecohan penularan Wuhan Coronavirus ini, ia mengimbas kembali betapa Malaysia sebenarnya pernah dilanda wabak penyakit yang berbahaya ketika itu iaitu virus Nipah. Pada tahun 1998 virus Nipah yang berasal dari negara kita menyebabkan 105 orang mati, sehinggalah punca utamanya ditemui iaitu dari ladang babi 7itu, kerajaan mengambil keputusan melupuskan sejuta ekor babi bagi mengatasi wabak ini.

Yang menariknya kisah ini ialah keengganan kerajaan ketika itu menerima pendapat daripada dua pelajar PhD yang menyatakan ianya bukan virus JE (bawaan nyamuk) sebaliknya virus lain. Dua doktor tersebut iaitu Dr.Chua Kaw Beng dan Dr Chong Tin Tan menyedari virus tersebut tidak menyerang orang Muslim, jadi sudah pasti ianya bukan penyakit bawaan nyamuk. Perkara itu dimaklumkan kepada penyelia PhD iaitu seorang professor namun tidak diendahkan. 


Twitter

Menurut sumber NPR dan Neurologi Asia, pihak berkuasa tidak mempercayainya dan menegaskan ianya penyakit bawaan nyamuk iaitu JE. Dalam masa yang sama kes kematian terus meningkat. 

Akhirnya, Dr Chua meyakinkan professor beliau untuk dihantar ke Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat bagi menyelidik penyakit bawaan nyamuk tersebut. Namun sebenarnya Dr Chua menyeludup virus Nipah yang disimpan di dalam bagasinya untuk dikaji di sana. Beliau terpaksa melanggar semua prosedur yang ada demi keselamatan negara tercinta. Sejurus tiba, kajian terus dilakukan dengan segera untuk mengenal pasti virus sebenar yang menyerang penduduk di Malaysia.

Google


Keputusan yang diterima seperti dijangka oleh Dr Chua dan Dr Tan yg mana virus tersebut bukanlah virus bawaan nyamuk iaitu JE. Tetapi virus tersebut bawaan KHINZIR. Dr Chua terus berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia dan memaklumkan perkara tersebut.

Virus Nipah pembunuh terus hilang, wabak ini telah mengubah landskap ladang ladang khinzir menjadi lebih terurus dan bersih. Dr Chua dan Dr Tan menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir. 

Dr.Chua


Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh menonton sorotan bagaimana situasi ketika itu.


Rata-rata warganet menyatakan ianya seperti perjalanan kisah filem dengan hero sanggup berkorban apa sahaja demi menyelamatkan negara tercinta. Malahan wabak nipah ini sebenarnya telah dijadikan inspirasi untuk filem Contagion (2011)


Jadi, kita cari punca dan sekat ianya dari terus menular. Yang penting jangan abaikan suara-suara kecil jika ianya sebenar mampu menyelamatkan dunia. - CARI

8

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • aunisofia

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rikuren


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 28-1-2020 09:19 AM
ohh baru tau jasa 2 orang doc ni..hats off
Quote anaktoyol 28-1-2020 09:19 AM
suara2 kecil tu dtg bukn dgn tgn kosong...bukti... kajian... hasil sohih....
masalahnya suara2 kecil dalam kes coronavirus ni datang dengan apa2... copy paste berita palsu... data palsu... gambar edit... pastu nak kerajaan dengar bulat2...
Quote kucingitam 28-1-2020 09:25 AM
anaktoyol replied at 28-1-2020 09:19 AM
suara2 kecil tu dtg bukn dgn tgn kosong...bukti... kajian... hasil sohih....
masalahnya suara2 keci ...

tepat padat padu sekali nyah..

Quote EvieWanKenobi 28-1-2020 09:44 AM
sama pulak PM tahun 1998 dan 2020..
what a coincidence..
Quote MadameOnion 28-1-2020 09:51 AM
EvieWanKenobi replied at 28-1-2020 09:44 AM
sama pulak PM tahun 1998 dan 2020..
what a coincidence..

baru nak cakap benda yang sama..dulu kenahapuskan babi..sekarang pun kena halau la yg merenyut datang naik tongkang setiap hari tu..j
Quote CiliPadiSedap 28-1-2020 09:51 AM
babi punya sakit nyamuk juga jadi mangsa ridsect, marahkan menantu di smackdown nya anak
Quote sarah82 28-1-2020 09:53 AM
MadameOnion replied at 28-1-2020 09:51 AM
baru nak cakap benda yang sama..dulu kenahapuskan babi..sekarang pun kena halau la yg merenyut dat ...

Ko jangan.. Nanti org kata ang kena virus bodoh sebab tak ada fakta tau.
Quote fliphair8 28-1-2020 09:56 AM
total respect.....again, hakak harap sangat corona ni same situation where it only affected that specific gene..harap islam ughyur terselamat dan terus thrive procreate di bumi prc tu....

predicted that by 2050, islam will be the agama paling banyak penganut di dunia mengalahkan christian...atas sebab:-

1. migration - syrian, afghanistan, ughyur, iraq bermigrasi due to masalah dalam negara masing2
2. procreation - semua bangsa lain menurun kadar kelahiran kecuali islam, sebab islam menggalakkan perkahwinan dan beranak pinak
3. lahirnya celik pandai yg asalnya kafir, mempelajari dan mendalami islam dan menjadi pemangkin penyebaran islam di barat

hakak share last week ilmu Halaqah TV3 Jumaat 6petang gituh...
Quote MadameOnion 28-1-2020 10:01 AM
sarah82 replied at 28-1-2020 09:53 AM
Ko jangan.. Nanti org kata ang kena virus bodoh sebab tak ada fakta tau.

sapa yg kata tu? mai la kata kat i
Quote sarah82 28-1-2020 10:11 AM
MadameOnion replied at 28-1-2020 10:01 AM
sapa yg kata tu? mai la kata kat i

Knights and the geng..kita bimbang tentang keselamatan rakyat... Dikatakan virus bodoh
Quote MadameOnion 28-1-2020 10:19 AM
sarah82 replied at 28-1-2020 10:11 AM
Knights and the geng..kita bimbang tentang keselamatan rakyat... Dikatakan virus bodoh

tu rba yg gaji 2500 je..yang 5000 yg fluent omputeh..hahaha
Quote sarah82 28-1-2020 10:21 AM
MadameOnion replied at 28-1-2020 10:19 AM
tu rba yg gaji 2500 je..yang 5000 yg fluent omputeh..hahaha

Hahaha.. Dia dah kembali ke gua.. Mesti malu gila
Quote Zeatyisaac 28-1-2020 10:29 AM
Baru tahu tentang dua Doktor ini. Hats off to them. They are truly Malaysian. It's shown that Malaysian are not meant for one race only. Tq Docs.
Quote bondeh 28-1-2020 11:20 AM
fliphair8 replied at 28-1-2020 09:56 AM
total respect.....again, hakak harap sangat corona ni same situation where it only affected that spe ...

love hakakkkkk
Quote husna_amal 28-1-2020 11:24 AM
Kalau tak salah punca virus nipah ni pun dari kelawar juga kan selain babi.
Quote munchkin 28-1-2020 11:28 AM
Very much respect to you Sirs!!!!!
Quote realist_13 28-1-2020 11:43 AM
Zeatyisaac replied at 28-1-2020 10:29 AM
Baru tahu tentang dua Doktor ini. Hats off to them. They are truly Malaysian. It's shown that Malays ...

Second u!
Quote gummiebear 28-1-2020 12:00 PM
*Hats off*

Thank you Dr Chua and Dr Tan!
Quote zehra2 28-1-2020 12:14 PM
moga wabak ni tak menjangkit pd umat Islam yg mmg  tak mkn babi..
mmg dah agak dah.. tp kot kita tulis kang.. org kata racist pulak..
apa yg kita makan tu mmg jadik darah daging..
bila nk mkn.. pastikan kebersihan..  mkanan dimasak dgn betul..
selebihnya pd Allah swt kita berdoa

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.050049 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top