CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari Pulau Tak Berpenghuni Hingga 'Door To Hell' - 4 Kawasan Misteri Di Dunia

30-1-2020 10:51 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 5790| Komen: 16|Original author: Oleh: PDOT777

Gambar hiasan
Kredit foto: inspiration.rehlat.com

Ada yang kita tahu telah wujud, tapi tidak tahu bagaimana dan kenapa ia wujud. Ada juga yang kita tidak tahu ia wujud dan kewujudannya sangat misteri. Berikut adalah empat tempat misteri di seluruh dunia.

Ada yang kita tahu ia wujud dan ada yang kita tidak tahu ia wujud.


Hutan Amazon

Kredit foto: Amazing Worlds

Hutan Amazon meliputi sembilan negara iaitu Brazil, Peru, Colombia, Venezuela, Ecuador, Bolivia, Guyana, Suriname dan Perancis (French Guiana) dengan keluasan 5.5 juta kilometer persegi. Masih banyak kawasan yang belum dijelajah dan masih banyak rahsia yang tersimpan.

Contohnya, lebih 100 puak yang tinggal di hutan Amazon dan belum pernah berjumpa dengan manusia lain di luar. Selain itu, ada juga kewujudan anaconda yang tinggal di sungai Amazon. 

Carolina Levis, seorang ahli paleoecologist percaya hutan Amazon bukan terbentuk secara semula jadi. Tapi, ia wujud melalui perancangan rapi puak-puak di situ pada zaman silam. Tujuannya, untuk memastikan hutan itu penuh dengan flora dan fauna dan puak-puak di situ tidak terputus bekalan makanan.


Bermeja Island


Pulau Bermeja di atas peta dunia pada zaman silam sebelum hilang
KREDIT : mexicounexplained.com

Bermeja Island atau Pulau Bermeja adalah sebuah pulau yang hilang dari peta dunia. Asalnya, ia menjadi penanda laut untuk kawasan laut utara Mexico sehingga tahun 1970. 20 tahun kemudian, pulau ini hilang secara tiba-tiba. 

Pulau ini terbukti wujud pada peta yang dikeluarkan pada tahun 1535 sehingga 1775. Sejak tahun 1995, kerajaan Mexico gagal mengesan di mana pulau tersebut.

Ada teori konspirasi yang mengatakan pulau ini hilang kerana dihancurkan agensi risikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA). Kononnya, di sekitar pulau tersebut ada sumber minyak yang sangat banyak, sekali gus menjadikan sumber minyak itu milik Mexico kerana Pulau Bermeja adalah milik Mexico. 

Jika Amerika ingin menggali minyak di situ, ia dikira satu pencerobohan. Dengan menghancurkan Pulau Bermeja, kawasan tersebut bukan lagi milik Mexico. Jadi, Amerika Syarikat bebas memiliki sumber minyak itu.

Ada juga yang percaya bahawa pulau ini tenggelam kerana gempa bumi. Tidak kurang juga yang percaya pada zaman dahulu, pulau ini secara tidak sengaja dilukis atas peta dunia.


Pintu Ke Neraka, Darvaza Gas Crater, Turkmenistan

Door To Hell
kredit foto: musliminc.com

Door To Hell merupakan sebuah kawasan kawah gergasi yang terbakar di tengah-tengah padang pasir di Turkmenistan. 

Ia berlaku disebabkan sumber gas asli yang terdapat dalam gua di kawasan ini. Pada tahun 1971, ahli geologi telah membakar seluruh kawasan gua untuk menghilangkan gas metana yang meracuni pengggali-penggali minyak di situ.

Dia menyangka bahawa api itu akan terpadam dalam beberapa minggu. Malangnya, api menjadi marak dan tidak dapat dipadamkan selama 40 tahun! Semua aktiviti menggali minyak terpaksa dihentikan. Tempat ini juga pernah dijadikan kawasan kunjungan untuk pelancong dari luar.


Pulau Kerguelen

Pulau Kerguelen dari satelit
KREDIT : jpl.nasa.gov

Pulau yang tidak berpenghuni ini terletak di selatan lautan India. Manusia wujud hanyalah pada jarak 2,051 batu dari situ. 

Seorang penjelajah dari British, kapten Sir James Clark Ross pernah berlabuh di sini pada tahun 1840 untuk mengkaji flora dan fauna di situ.

Beliau bagaimanapun hanya dapat mengesan 18 spesis flora dan fauna, namun tiada haiwan dilihat selain serangga. Ia menjadi suatu misteri apabila beliau dikatakan menjumpai kesan tapak kaki seperti tapak kaki kuda.

Pelik macam mana kuda boleh sampai ke pulau yang terpencil seperti Pulau Kerguelen, beliau cuba menjejaki tapak kaki itu. Tetapi, apabila sampai di sebuah kawasan berbukit, jejak tapak kaki itu telah hilang.

Ada lagi tempat-tempat misteri yang anda tahu? Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen ya.  - CARI
7

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • miss_wawa

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 30-1-2020 11:02 AM
Good info.......
Quote mawar_mustika 30-1-2020 11:17 AM
segitiga bermuda tak termasuk ke?
Quote zulka 30-1-2020 11:17 AM
pulau Kerguelen tu cantik tapi scary...langsung takde bangunan, boleh view guna google map...siap boleh zoom lagi
Quote puanbintang 30-1-2020 12:51 PM
pintu ke neraka, darvaza tu macam menakutkan je..
Quote i_is_kennot 30-1-2020 12:59 PM
Edited by i_is_kennot at 30-1-2020 03:11 PM

Island of the Dolls , Mexico

Pulau yg penuh dgn patung patung utk menghormati roh gadis kecil yg mati lemas di pulau tersebut

Quote CikB 30-1-2020 01:16 PM
menakutkan!!
Quote husna_amal 30-1-2020 02:18 PM
Area 51 pun masih misteri juga tu
Quote PDOT777 30-1-2020 02:48 PM
mawar_mustika replied at 30-1-2020 03:17 AM
segitiga bermuda tak termasuk ke?

maaf bos lupa nk masukkan. Bagi saya, tempat tu paling bermisteri kt dunia skrg ni.
Quote takayama 30-1-2020 03:21 PM
Pernah baca psl Bermeja Island ni dulu
Cuma x igt baca kat buku atau articles di Internet
Quote BacaDalamDiam 30-1-2020 04:47 PM
info yg sangat bagus ni
Quote Perawankota 30-1-2020 07:08 PM
Good article...
Quote ~boolean 30-1-2020 07:40 PM
maksudnya door to hell di turmenkistan tu..apinya bukan semulajadi ada sejak azali? tapi sebab saintis yang bakar?

baru aku tahu,,,,
Quote LH76 31-1-2020 12:08 AM
Menarik sgt2
Quote RumiMenari 31-1-2020 10:52 AM
CikB: menakutkan!!

Menakutkan juga bila u komen selain daripada "no komen" hahaha gurau sis... Salam jumaat
Quote Jorja 31-3-2020 04:55 PM
Door to hell Tu kalau baca sejarahnya mcm2 teori kewujudan Ada, entah mana satu betul
Quote chinta89 18-4-2020 05:48 PM
Nice info. Tq tt.
{:love

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050639 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top