CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Afrika Timur Diserang Belalang Gurun, Timur Tengah Dan Asia Selatan Mungkin Terkesan Sama

29-1-2020 05:06 PM| Diterbitkan: Kalel| Dilihat: 3470| Komen: 19

Permulaan tahun 2020 nampaknya bukan sahaja dikejutkan dengan penularan wabak coronavirus, malah kini wilayah Afrika Timur pula terpaksa melawan serangan jutaan belalang gurun.


FOTO - stlucianewsonline

Menerusi laman sosial, dilaporkan kawasan terjejas seperti Habsyah, Kenya dan Somalia teruk diserang jutaan belalang gurun, sehingga menyebabkan kemusnahan ribuan hektar ladang, sekaligus menimbulkan krisis bekalan makanan di wilayah itu.


Serangan belalang ini juga menyebabkan petani kerugian besar dan juga hilang mata pencarian mereka.


Tambah lagi, bilangan belalang ini dijangka meningkat 500 kali ganda menjelang bulan Jun ini.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) juga memberi amaran bahawa belalang gurun ini mungkin akan memberi kesan kepada negara di kawasan Timur Tengah dan juga Asia Selatan.

Serangan oleh serangga ini adalah yang terburuk dalam tempoh 25 tahun.- CARI 

Sumber : WOBstlucianewsonline 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 29-1-2020 05:09 PM
banyak nya... mesti habis tanaman semua
dekat sana dah banyak kali kena locust seasons ni...
kumpul dalam guni buat goreng pun ok jugak
tapi geli la pulak nak makan
Quote armin 29-1-2020 05:20 PM
dudaberhias: banyak nya... mesti habis tanaman semua dekat sana dah banyak kali kena locust seasons ni...kumpul dalam guni buat goreng pun ok jugak tapi ge ...

Jual kt Wuhan dorg suka la makan.
Quote Kurex 29-1-2020 05:24 PM
kalau dia hinggap dekat badan, memang meremang
Quote CiliPadiSedap 29-1-2020 05:34 PM
cara nak halau belalang kunyit, letak gambar semburit
Quote shernazz 29-1-2020 05:35 PM
Ini belalang juta memang akan membiak.tanpa batas wooo
Iols penah tengok kat natgeo..belalang ni depa.singgah kejap je.kat ladang tu..depa.blah je..habis kontang tanaman kat situ...settle sekelip mata...
Ni pakai badminton letrik tu pon x lut ni...
Quote CikB 29-1-2020 06:58 PM
teringat pulak belalang locust dlm movie exorcist
Quote Fieza-mira 29-1-2020 07:13 PM
Dulu2 masa zaman koboi belalang juta nih selalu serang ladang gandum kat Prairie, US. Masa musim petani sibuk nak menuai, time tu lah dia datang serang. Tapi sekarang dah pupus belalang nih. Saintis US pun tak tahu macamana belalang nih boleh pupus.
Quote biJOU.la 29-1-2020 10:43 PM
Fieza-mira: Dulu2 masa zaman koboi belalang juta nih selalu serang ladang gandum kat Prairie, US. Masa musim petani sibuk nak menuai, time tu lah dia datang seran ...


Xdek kat US dah sbb deme terbang gi aprika nun la kot.huhu
Quote sekngucing 29-1-2020 11:38 PM
armin replied at 29-1-2020 05:20 PM
Jual kt Wuhan dorg suka la makan.

org melayu pun makan laaa

masa raya.. cicah rendang...


mak aku tgok geli tekak.. hahaha
Quote nolya 29-1-2020 11:47 PM
Belalang ni halal dimakan, cuma lalu tekak atau tak.  Di tv3 kemaren ada ditunjukkan dlm program Majalah 3 kalau tak salah, di K'tan mereka goreng belalang dn makan mcm keropok.  

Sekadar pemberitaan, tak bermaksud nak sindir, so K'tanese jgn tersinggung ye.
Quote Lagubestbest 30-1-2020 01:28 AM
dudaberhias replied at 29-1-2020 05:09 PM
banyak nya... mesti habis tanaman semua
dekat sana dah banyak kali kena locust seasons ni... ...

goreng. keringkan. proses jadi protein powder.
Quote keds 30-1-2020 09:47 AM
Jual dekat negara sinun.... Semua dia makan..
Quote teky 30-1-2020 09:50 AM
dorg xbela ayam ke?? kenyang ayam kalau dpt makan belalang ni... kejap je pejal isi nye..
Quote FailFish 30-1-2020 11:19 AM
teky replied at 30-1-2020 09:50 AM
dorg xbela ayam ke?? kenyang ayam kalau dpt makan belalang ni... kejap je pejal isi nye..

entah2 ayam pun kena sapu dgn locust ni
Quote husna_amal 30-1-2020 11:32 AM
Macam mana lah mereka nak tangani serangan belalang time bulan jun tu nanti. 500 kali ganda dari serangan sekarang ni tu.
Quote damsel_fiji 30-1-2020 11:35 AM
goreng pun sodap ni belalang
Quote damsel_fiji 30-1-2020 11:36 AM
dudaberhias replied at 29-1-2020 05:09 PM
banyak nya... mesti habis tanaman semua
dekat sana dah banyak kali kena locust seasons ni... ...

kat kelantan org makan je sis..

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1085653&mobile=2
Quote jahcomel 30-1-2020 11:43 AM
pnah baca sbelum nih kt libya pnh ada serangan belalang,  y mana program kawalan serangga yang berkesan dilaksanakan ketika Gaddafi memerintah sudah lenyap sejak kematiannya,

Pegawai kanan peramal belalang juta FAO, Keith Cressman memberitahu akhbar Financial Times: “Kejatuhan Gaddafi memang faktor besar. Ia mengurangkan keupayaan Libya untuk memantau dan bertindak balas seperti biasa.”

Kawalan keselamatan di sempadan Libya kemudian banyak berkurangan di sempadan di antara Libya dan Algeria yang antara lain menyaksikan kegagalan menyembur racun bagi menghalang belalang juta mengganas.
Quote Madel 30-1-2020 10:26 PM

Dah la negara afrika tu manjang kemarau n kebuluran

Ditimpa lagi bencana alam

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.051534 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top