CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah 13 Tahun iPhone Di Pasaran, Tiada Tanda Jatuh Pun, "Makin Naik Adalah"

29-1-2020 11:17 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 3572| Komen: 17




Siapa sangka telefon pintar iPhone boleh menguasai dunia? 

Pada permulaanya, jenama Apple sekadar mahu menjadi alternatif kepada telefon bimbit lain. Sehinggalah pengasasnya, Steve Jobs membeli syarikat FingerWorks yang memfokuskan kepada skrin sentuh membuatkan Apple berfikir teknologi kecerdasan buatan ini penting kerana ia adalah revolusi baharu buat telefon bimbit sekaligus mengubah kehidupan manusia.

twitter

iPhone kali pertama dilancarkan pada 10 Januari 2007, hasil cabaran Steve Jobs kepada Tony Fadell dan Scott Forstall membangunkan teknologi mengenal pasti jenis sentuhan yang ada pada masa kini.


Masalahnya ketika itu Apple sebenarnya masih belum mendapatkan kelulusan dari badan berwajib disebabkan Steve Jobs khuatir produk mereka bocor sebelum dilancarkan. Tidak hairanlah jualan telefon pintar pertama ini lewat 5 bulan di pasaran selepas pelancaran setelah diluluskan oleh pihak berwajib.



Twitter

Lebih menarik ialah Apple mengharapkan iPhone menguasai 1% sahaja pasaran kerana ketika itu dunia sudah dikuasai oleh dua telefon bimbit gergasi iaitu Nokia dan Blackberry (RIM).

Google

Akan tetapi pada suku keempat tahun 2007, Apple mencanak naik dengan berada di kedudukan ketiga iaitu penguasaan pasaran sebanyak 6.5%, manakala Nokia dan RIM berada di kedudukan pertama dan kedua dengan mencatat 52.9% dan 11.4% (Sumber :Canalyst)

Teknologi sentuh skrin ini membuatkan penerimaan pengguna pada telefon pintar pelbagai jenama terus meningkat namun masih tidak dapat mengatasi kehebatan iPhone itu sendiri.

Walaupun harganya mahal dan saingan dari pesaing yang lebih murah, iPhone masih mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna Malaysia. 

Google 

Sudah 13 tahun iPhone berada di pasaran  dan setakat ini tiada tanda- tanda untuk jatuh walaupun sebelum ini ia berdepan dengan kritikan dari peminat setia mereka. Ini kerana teknologi mereka sentiasa ke hadapan dan nilai eksklusif yang dirasai oleh penggunanya sendiri membuatkan telefon pintar ini semakin kukuh. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 29-1-2020 11:57 AM
Iphone xjatuh sebab dino beli setiap minggu satu trolly
Quote sarah82 29-1-2020 11:59 AM
Masa mula2 iphone nak kenalkan kat Malaysia.. Depa ada buka kaunter kat Intel.. Hahaha.. Aku masa tu aku wowwww
Quote mdhelmi 29-1-2020 11:59 AM
mampu tgk je
jenama samseng je mampu beli
Quote buragazz 29-1-2020 11:59 AM
Statement menyedapkan hati je ni.. Jenama lain pun naik gak..
Quote husna_amal 29-1-2020 01:08 PM
Pengguna iphone ni lebih kepada nak show of je.
Quote Artemesiaa 29-1-2020 01:15 PM
Setiap kali ada model baru diperkenalkan pasti tinggi harganya tak kira apa jenama pun.  
Quote bangcak 29-1-2020 01:26 PM
dengar2nya next iphone bakal guna android.
Quote mohdcrow 29-1-2020 02:38 PM
Pakai iphone tapi nak setup email pun tak reti baik takyah
Quote CikB 29-1-2020 02:48 PM
no komen....
Quote azimodin 29-1-2020 03:20 PM
Dah dua tahun iouls pakai henpon cap kipas berharga bawak RM1000. Helok je noks walaupon anak iouls dah campak2 merata. Ex-boss iouls lagi sempi, masih kelek blackberry lama dia
Quote mamatz19 29-1-2020 03:23 PM
teringat dulu gi beratur panjang kt maxis ttdi first day nak dptkan iphone 3GS ..
smpai skrang masih pakai iphone walaupon tukar hanya lah 3 tahun sekali ... tak mampu nak tukar setiap tahun .. huhu
Quote Sazida 29-1-2020 05:19 PM
mamatz19 replied at 29-1-2020 03:23 PM
teringat dulu gi beratur panjang kt maxis ttdi first day nak dptkan iphone 3GS ..
smpai skrang masi ...

Samalah. Ip6 ni dah 5tahun. Masih lg duk guna.storage pun dah full. Nk kena upgrade storage., kdg geram jgk sbb dah slow tp tulaaa,xmmpu nk tukar tiap2 siri.
Quote keds 30-1-2020 09:50 AM
Pakai handphone biasa yg baling byk Kali tak rosak lebih bermakna utk Aku..huhu
Quote fifie_olin 30-1-2020 10:22 AM
x nak la tukar2 ...just update ios jeh
Quote BacaDalamDiam 30-1-2020 04:48 PM
iphone 12 gais gais
Quote 234126 30-1-2020 10:41 PM
soalan noob ni, kalau sampai satu masa certain ios hanya dibenarkan upgrade utk certain model je, so lama2 jadi obsolete la kan apps2 mcm WA, insta, fb

ios dah tak boleh nak upgrade dah so tak boleh update apps. Boleh pakai utk surf net and other basic thing je la kan?

Ke acaner?
Quote miu84 30-1-2020 11:34 PM
husna_amal replied at 29-1-2020 01:08 PM
Pengguna iphone ni lebih kepada nak show of je.

Terusss aku teringat pada mamat yang boleh tahan suka menunjuk ni. Di amiknye gambo anak dia (guna phone bini) tengah makan kat kedai sambil tengok phone (iphone bapaknye) dengan posisi yang sangat jelas untuk tunjuk kamera iphoneX tu dan ada orang komen "gambar seribu makna" haha. Baikkk punya sarcasm. Kerja biasa biasa aje oiiii. Bukan professional pun. Engineer dan manager atas dia pun hidup bersederhana jah. Heols pandai carik duit la tapi, side income bagai.  

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.081470 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top