CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vivi, Isteri Kedua Pelakon Amar Asyraf Akui Diceraikan Dengan Talak Tiga

29-1-2020 11:24 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6592| Komen: 13|Original author: SakuraJo

Sebelum ini nama pelakon Amar Asyraf pernah menjadi bualan hangat apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan wanita lain walaupun telah memiliki dua orang isteri. 

Terbaru, isteri kedua pelakon itu yang dikenali sebagai Vivy Jeffry pula membuat pendedahan yang dia telah diceraikan dengan talak tiga sejak November tahun lalu.


Menerusi laporan mStar, Amar dikatakan enggan memberikan kerjasama dalam menguruskan urusan penceraian mereka di mahkamah. 

Malah, lebih teruk lagi apabila Vivi mengakui yang dia telah disekat daripada menghubungi Amar sehingga menyukarkan urusan mahkamah tersebut.

"Ya, Amar sudah menceraikan saya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu dan lafaz itu dibuat secara bersemuka."

Tambah Vivi, dia sengaja mendiamkan diri dan enggan mendedahkan kepada umum kerana cuba untuk menyelesaikan perkara itu secara senyap-senyap.

"Tapi lain pula jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampai sekarany malah dia juga menyekat saya daripada menghubunginya."

"Memang sehingga kini saya tak dapat langsung nk hubungi dia. Jadi tak ada cara lain, saya nk ambil peguan untuk bantu uruskan proses penceraian."

Tambah bekas isteri kedua kepada pelakon yang popular sebagai watak Zain Hakimi dalam drama Setia Hujung Nyawa itu, dia tak berdendam dengan bekas suaminya itu walaupun telah diceraikan dengan talak tiga.


Kredit foto : Carian Google

Pasrah dan redha dengan apa yang berlaku, Vivy berharap agar Amar tampil bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka secepat yang mungkin agar mereka kedua-dua dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kesal dan menyampah atas sikap Amar yang sewenang-wenangnya melafazkan cerai sehingga talak tiga.  
 
Kredit foto : Ig mStar

Diharap Amar segera menyelesaikan urusan penceraian tersebut dan memberi kerjasama yang sepatutnya. Bukan apa, kasihan bekas isteri tu tergantung macam tu je. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Iramaku 29-1-2020 11:21 AM
kesiannyalah...xguna punya lelaki
Quote rifaa 29-1-2020 11:32 AM
ermmm nape aku x kenal dorang ni ek
Quote Intanmahsuri 29-1-2020 12:15 PM
Dia ada 3 bini kan? ke?
Quote meow_tompok 29-1-2020 12:24 PM
teruknya perangai, dah cerai lepastu menyusahkan bekas bini. Ingat kos peguam tu percuma saja? Membazir wang ringgit dan masa org lain. Mohon rezeki kamu tersekat atas perbuatan kamu itu.

Quote mummydarling 29-1-2020 12:56 PM
huh kesiann lah kat bini tu.
Quote sukacactus 29-1-2020 01:07 PM
Intanmahsuri replied at 29-1-2020 12:15 PM
Dia ada 3 bini kan? ke?

Hampir nak yg ke 3 tp xjadi
Quote husna_amal 29-1-2020 01:12 PM
Adakah dia biadap kat suami sampai kena cerai talak tiga. Tak pun dia yang mulakan kekecohan si amar ni nak kawen lagi sampai naik marah amar ni. Mesti sekarang ni amar dah kurang job atau kena gam disebabkan kontroversi.
Quote CikB 29-1-2020 02:34 PM
no komen.....
Quote chicozinn 29-1-2020 02:42 PM
biarla cerai talak 3 konfem laki dia meroyan karang kalu btul laki dia yg salah..
Quote BuBuComey 29-1-2020 03:40 PM
Eh..takleh ke cerai elok. Jantan ni pun
Quote Intanmahsuri 29-1-2020 04:41 PM
sukacactus replied at 29-1-2020 01:07 PM
Hampir nak yg ke 3 tp xjadi

Ohoooo...masa kecoh kecoh tu baru nak jadi no 3 lah kan. Pastu tak jadi..wokeh, got it!

Quote cmf_blingblings 29-1-2020 05:01 PM
So...pompuan-pompuan semua jgn dok percaya dgn cakap-cakap manis laki orang. Kalau dah menikah laki orang tu mmg kena expect benda-benda macam ni lebih-lebih lagi dgn lelaki takdak egg!! Bercucuk tanam pandai tanggungjawab dlm parit!!
Quote epal21 29-1-2020 06:35 PM
Reporter cari suka recycled topik.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.240624 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top