“Saya nafikan anak saya meninggal dunia kerana koronavirus. Itu tidak betul dan saya sekeluarga kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan maklumat tanpa sebarang usul periksa.
“Malah, video anak saya yang rebah turut tular di laman sosial dan dikongsi tanpa henti oleh orang ramai." Itulah yang dikatakan oleh Norazlan Mokhri, 47 memetik laporan Harian Metro. Norazlan merupakan bapa kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati, 20 yang meninggal dunia di sebuah kedai aksesori telefon bimbit di Seksyen 13, Shah Alam pada 26 Januari lalu. Sebelum ini tular di laman sosial mengenai kematian Allahyarham yang dikatakan berpunca daripada koronavirus.
“Pada hari kejadian, arwah cuti kerana menghadiri majlis pertunangan di Taman Seri Kapar, Sungai Pinang, Klang. “Kemudian, selepas selesai majlis, arwah ajak saya ke tempat kerjanya untuk membeli aksesori telefon bimbit. Itu kali terakhir saya bersama arwah sebelum dia pergi buat selamanya,” katanya. Katanya lagi, dia bergegas mendapatkan anaknya selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya itu. “Kawan arwah memberitahu arwah pengsan dalam kedai. Saya masuk dan terus memeriksa nadinya. Waktu itu, saya lihat arwah tidak sedarkan diri. “Saya angkat arwah masuk ke dalam kereta dan terus hospital yang kebetulan berhadapan dengan premis itu bersama rakannya. Tiba di hospital, doktor segera memberi bantuan perubatan, namun Allah lebih menyayanginya,” ujarnya lagi yang merayu agar orang ramai berhenti menuduh punca kematian anaknya disebabkan koronavirus. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang. - CARI
|
Boomibulat replied at 28-1-2020 05:13 PM
Innalillah cantik anak pakcik..tp beliau sakit ape?
tripleid replied at 28-1-2020 05:43 PM
Pelik tp benar..walaun2 sume tuduh gomen lmbat bertindak kononya dlm kes ni.tp yg herannya smpai skr ...
MeghanK replied at 28-1-2020 06:51 PM
opis iols kat golden triangle kl ni yew..tadi kuar lunch tak nampak orang pakai mask pon
tapi k ...
tripleid replied at 28-1-2020 07:00 PM
Khennn..iols kt hkl ni pn aman2 jah sis xde nya risau nk kna serkup mask bagai.kuat drama la ...
MeghanK replied at 28-1-2020 06:51 PM
opis iols kat golden triangle kl ni yew..tadi kuar lunch tak nampak orang pakai mask pon
tapi k ...
MeghanK replied at 28-1-2020 07:17 PM
famili iols 3 orang keje hosp uols..cuma depa pesan pakai mask kalau keluar kat tempat orang ramai ...
lostnfaun replied at 28-1-2020 07:20 PM
Mcm kat forum nie jgk kan kak... Tetiba byk pakar perubatan.. hahaha..
tripleid replied at 28-1-2020 07:34 PM
Aah..kt spital pn org rilek2 je xpkai mask.syukurla wabak still under control
ADVERTISEMENT