CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polisi Baru, Jenazah Boleh Dikebumikan Waktu Pejabat Je?

29-1-2020 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6793| Komen: 43

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menetapkan polisi bah di mana setiap permohonan permit pengkebumian selepas jam 5 petang perlu menunggu waktu pejabat (8 pagi - 5 petang) keesokannya.

MalaysiaGazette melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi Kongres India Muslimah Malaysia, Hajah Chand Bee Jemal Deen merangkap ketua wanita Madrasah Baqiathus Salihath Ampang berkata, polisi itu berbeza dengan sebelum ini di mana ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa malah, ada sehingga jam 10 malam.

Sementara itu, Norhayati Ahmad selaku Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ berkata, waktu pengkebumian adalah pada waktu pejabat. Bagaimanapun ia akan dilanjutkan sehingga selesai iaitu sehingga jam 7 petang. 


Kredit foto: Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Proses pengkebumian tidak dibenarkan dilakukan pada waktu malam, namun MPAJ akan mempertimbangkan permohonan berkenaan.


“Kecemasan bermaksud jenazah yang perlu dikebumikan segera atas nasihat dan surat daripada doktor atau polis.

“Jenazah individu yang meninggal dunia selepas jam 5 petang akan dikebumikan pada keesokan hari.

“Jenazah yang tidak dalam kategori kecemasan untuk kebumi kita nasihatkan kebumi pagi esoknya,” katanya.

Difahamkan, ada dua tapak pengkuburan Islam di Ampang yang memerlukan permit gali kubur daripada MPAJ iaitu Kampung Cheras Baru dan Ukay Perdana. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 29-1-2020 05:49 PM
Bukan kah lebih afdal mempercepatkan pengebumian..
Quote bloodyamuk 29-1-2020 05:52 PM
apolah garis panduan pengebumian patut ikut la apa hadith nabi, larangan kebumi di sekian2 waktu macam matahari naik meninggi, matahari nak terbenam antara dua tanduk syaitan ke...lain2 tu permudahkanlah...segerakan pengebumian...
Quote hatikudus 29-1-2020 05:56 PM
Undang2 manusia ikut tembolok namanya....ko menjawap la nnt kat mahsyar
Quote dudaberhias 29-1-2020 06:00 PM
apa punya garis panduan bangang la ni?
nak hidup susah.... nak mati pun susah kaaaa
aiyooo, rasanya takde masalah pun kalau kebumikan waktu lain...

kau ingat nak mati tu boleh pilih masa ke... macam esok nak mati pukul 12:30 tengah hari... ngam2 lunch time.. boleh la enjoy last meal makan mcdonald... so after lunch time dah boleh start kebumikan mayat aku...
Quote jazaa100 29-1-2020 06:04 PM
Iya lah.....

Kacau jiran jiran di kuburan......
Kwn aku sedara dia meninggal, kebumikan pkl 10pm....
Quote sarah82 29-1-2020 06:29 PM
Aku baru nak tanya.. Kenapa kena permit Majlis Perbandaran.. Sebab yg aku tau masa arwah tok aku meninggal.. Aku hanya buat report kat pejabat daftar kematian yg tepi bilik mayat lps tu dpt permit pengkebumian. Tak payah report polis sbb meninggal di Hospital. Rupanya nak permit utk dikebumikan kat tanah perkuburan under MPAJ
Quote CikB 29-1-2020 06:56 PM
makin mengarut
Quote singajantan 29-1-2020 07:00 PM
Ni kawasan Mak Lampir kan?
Quote amon_79 29-1-2020 07:03 PM
Abis kalo meninggal sabtu ahad camna...atau jumaat ptg...kiranya isnin pg br bole kebumi...{:nose
Quote Pink_Purple 29-1-2020 07:11 PM
makin 'cerdik' kerajaan PH ni...macam macam..

bila pelawak sindir pun sentap, ban pelawak..awat yang insecure sangat
Quote dudaberhias 29-1-2020 07:12 PM
amon_79 replied at 29-1-2020 07:03 PM
Abis kalo meninggal sabtu ahad camna...atau jumaat ptg...kiranya isnin pg br bole kebumi...{:nose

kalau macamtu nak kena tunggu berulat dulu la nampaknya baru boleh kebumi especially bila cuti raya bergabung dengan weekend
Quote RumiMenari 29-1-2020 07:40 PM
Nnt korang tukar balik kerajaan xde la isu pengebumian ni.. cuma sementara x ubah lg la kot kene gud luck pd yg bakal meninggal dan waris.. pH nak nampak buat keja kenalah ubah mcm2 walaupun melangkaui hukum Islam
Quote Kurex 29-1-2020 07:59 PM
buatnya masa tu cuti umum.. lagi haru!
Quote armin 29-1-2020 08:42 PM
Bodoh gila? Kalau cuti CNY seminggu baru nak kebumi?
Quote JokesCop 29-1-2020 08:47 PM
Sape2 yg nak mati tu, pandai2 kawtim dgn malaikat maut yer.

At least sampai next PRK, nanti dia cakap "rakyat sudah memilih"
Quote Kuasaberganda 29-1-2020 08:51 PM
boleh je buat mlm ke ape. bayar le ot. yg kje jaga jaga document tu cik m kot. meninggal okay. bukan nye kuar duit dr bank.apoolaaaa.
Quote dudaberhias 29-1-2020 08:57 PM
RumiMenari replied at 29-1-2020 07:40 PM
Nnt korang tukar balik kerajaan xde la isu pengebumian ni.. cuma sementara x ubah lg la kot kene gud ...

kannn... kena bagitau siap2 dekat sedara mara suruh mati 2 tahun lagi.. supaya masa tu kerajaan lain ambil alih....
kena tulis siap2 surat kepada izrail suruh tangguhkan kematian sampai lepas pilihanraya
Quote Madel 29-1-2020 09:05 PM

Mak saudara belah ayah iols meninggal tahun lepas.
Meninggal wktu mlm juga.
Dah siap mandi , kapan..jenazah tak dikebumi kan jam2 tu juga
Dibawak ke masjid, dibiar dlm van jenazah.
Pagi esok baru dikebumikan.
Tpi tidak le iols tanya kenapa tak dikebumikan mlm tu terus.
Tidak le iols tahu dah ada peraturan baru .

Quote AbukRokok 29-1-2020 09:13 PM
ofis hour je k....lpas tu nak rehat main dengan anak bini ... killing time with frens.. mereka pun ada life juga ...lgpun mlm2 seram tatot antu

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.092464 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top