CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

MAPS Perak Ditutup Salah Kerajaan BN ?- Ini Jawapan Najib Razak

30-1-2020 01:04 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5407| Komen: 21

Kredit foto - Google


Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak yang dibuka pada 26 Jun 2017 dengan kos RM520 juta akhirnya ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young selaku penerima dan pengurus hartanah milik Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP).

Kredit foto: babap.net


Kredit foto: Google

Usai penutupan taman tema tersebut, Pengerusi DAP Perak menyalahkan Barisan Nasional (BN). Perkara itu mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak.


Najib Razak menerusi twitternya membalas ciapan kiriman oleh Nga Kor Ming beserta kronologi taman tema bernilai RM520 juta itu.

Memetik laporan Projekmm, Najib berkata sejak taman itu dibuka pada Jun 2017 sehingga Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pengurusan sejak Mei 2018 memperlihatkan kepada umum hanya 11 bulan sahaja ia dipegang oleh BN dan 8 bulan oleh PH.

"Jun 2018: Kerajaan PH jamin MAPS tidak akan ditutup.

"Jan 2020: MAPS akhirnya tutup. Kor Ming kata ini salah BN," catat Najib beserta kepilan laporan media.


Tinjauan di twitter mendapati terdapat sekurang-kurangnya empat tweet dimuat naik Najib dalam tempoh 14 jam lalu berunsur sindiran balas terhadap Nga yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Setiausaha Agung DAP.

Ada warga maya turut bersetuju dengan Najib bahawa pihak yang gagal akan sentiasa menyalahkan orang lain.

"Saya setuju Datuk alih-alih salahkan orang lain mereka yang tadbir urus tak betul kemudian rugi. Orang yang gagal; menyalahkan orang lain kerana kegagalan mereka," kata warga maya tersebut.

Namun segelintir pihak pula memberikan alasan rasional penutupan taman tema yang tidak mendapat sambutan pengunjung itu.

Kredit foto: Twitter Najib Razak

Kos taman tema yang pertama di Asia Tenggara ini dibina dengan hutang yang begitu besar melebihi RM500 juta mungkin salah kerajaan BN. 

Kemudian kerajaan PH membenarkan kemasukan MAPS secara percuma pengguna hanya perlu bayar untuk naik rides dan attraction sahaja, itupun ada yang serendah RM3 dengan kupon mungkin jua ada silapnya kerana masih gagal menarik pengunjung.

Dengan pelbagai masalah yang dihadapi taman tema ini, mungkin langkah penutupan adalah paling sesuai walaupun terpaksa berpejam mata dengan pelaburan jutaan ringgit yang hangus begitu sahaja.

Apapun, tidak kiralah mana-mana kerajaan yang memerintah wang sebanyak itu jika digunakan sebaiknya pasti akan memberi manfaat besar pada rakyat.- CARI 

Kredit - Astro Awani


 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 30-1-2020 01:08 PM
what is new.... semua salah kecuali depa..
Quote misuke 30-1-2020 01:17 PM
mainan setakat macam fun fair.. ceh... buang masa nk p
Quote kucingitam 30-1-2020 02:34 PM
halah2 najib...najib...
kau tau tak maps tu cemana rupanya jib oii..

dari masuk maps tu bayar ratus2 main std funfair, baiklah rakyat gi lost world tu, nyah..bayar ratus2 macam2 ada.
Quote keds 30-1-2020 03:07 PM
Eloklah tutup...
Quote palmolive 30-1-2020 03:11 PM
najib ni cakap bayak pulak..
tak sabar la tu nak masuk Sg Buloh
Quote husna_amal 30-1-2020 03:14 PM
Wow kos binaan je dah RM520 juta. Macam ada tak kena kat situ.
Quote tagas 30-1-2020 03:16 PM
so bakal jadik belumut berangker la pasni
Quote pilot 30-1-2020 03:25 PM
tak pernah tingin nak masuk..bayar tiket mahal2 camtu baik pg uss terus
Quote Meiizu 30-1-2020 03:26 PM
lorrrr tak sempat nak masuk..tutup daaaa
Quote xy_daen 30-1-2020 03:28 PM
Projek sakau duit UMNO....memang xleh nak selamatkan pun...
Quote GuaAnakMelaka 30-1-2020 03:34 PM
Koronavirus pn salah Najib
Quote yuki812 30-1-2020 03:34 PM
taman tema yg bertahan..sunway lagoon je takat ni. mahal pon still sanggup lagi. maybe convenience sbb attached ngan  shopping mall..hotel. public transport pon senang..
Quote tripleid 30-1-2020 03:52 PM
Bodonya bossku ni..right at the moment mb perak tu bg statement bejanji maps x akn ditutup,situ pun dah nampak somthing wrong somewhre dgn maps tuh time Perak bwh kjaan barisan penyamun


Quote kucingitam 30-1-2020 04:48 PM
dia salahkan ph sebab tutup maps, boleh?

ph salahkan bn sebab bina maps dgn rega tak masuk akal gitu tak boleh..

dari awal zaman ko jadi pemerintah dulu maps tu dah ada macam2 masalah, kan.. belum siap, dah jual pass masuk.
opening delay dekat setahun x salah aku.

bila dah buka pun boleh kira berapa banyak kereta depan maps tu.
lepas buat free entrance, barulah penuh parking, org datang
Quote gigahertz 30-1-2020 10:57 PM
tagas replied at 30-1-2020 07:16 AM
so bakal jadik belumut berangker la pasni

kalau kerajaan perak kira sewa tapak untung ler. takde bussiness pun kena bayar. tapi kalau kira pelaburan 50 : 50
habis ler. kalau gadai buat sparepart taman ni pun belum tentu dapat 500 juta tu balik.
Quote puanbintang 31-1-2020 09:47 AM
sayangnya..tapi tiketnya pun mahal, kalaui berderet anak jenuh gakla
Quote MadameOnion 31-1-2020 10:40 AM
najib tak sabar nak masuk sungai buloh...
najib tak sabar nak masuk sungai buloh...
najib tak sabar nak masuk sungai buloh...
Quote najib888 1-2-2020 12:27 AM
MAPS ni boleh buat duit sebenarnya.  pelancongan hantu. tutup 2020. bukak balik 2025.. offer pada urban explorer.. tapi pastikan barang2 dlm tu maintain mcm sblm tutup, dan jemput lah bomoh2 buang saka kat situ..lagi banyak hantu, lagi bagus.mm

night event@ipoh.. pastu, jemput pengamal perubatan metafizik buka booth utk tepung tawar kalau ada yg terasuk..

1 team at least 4 pax, maximum 8.. rm250/pax..
- 3am challenge
- site exploring
- overnight/24 hours challenge
- etc...
Quote alinone78 1-2-2020 12:35 AM
Aku masuk MAPS 2 kali. Anak anak aku main semya. Aku tengok je

Babai MAPS

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.068310 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top