CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati-mati Ingat Harimau Bintang, Rupanya..

30-1-2020 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3528| Komen: 13

Seorang pengguna jalan raya dilaporkan berasa berdebar-debar selepas melihat seekor kucing besar terdampar di atas jalan yang mungkin dalam keadaan cedera. 

Memetik laporan Mirror, Ben Lilly dikatakan dalam perjalanan melalui A646 di West Yorkshire, United Kingdom baru-baru ini. 

Ketika melalui jalan itu, bapa kepada dua anak ini dia berasa terkejut melihat haiwan tersebut terbaring di atas jalan dan ia mirip dengan harimau bintang. 

Foto: Mirror

Dia mengambil keputusan memberhentikan keretanya bagi menyelamatkan haiwan tersebut selepas mendengar laporan mengenai beberapa kucing besar yang dilihat di kawasan itu. 


Meskipun pada awalnya berasa bimbang dengan haiwan berkenaan, namun akhirnya perunding teknologi maklumat ini tetap meneruskan niatnya. 

Namun, dia bertambah terkejut kerana haiwan yang disangkanya kucing besar itu adalah baju parti yang memiliki corak seperti haiwan. 

Pun begitu, nampaknya bukan sahaja Ben yang tersilap dengan hal itu. Selepas dia memuat naik kisahnya berjumpa dengan 'kucing' tersebut, rupanya ramai penduduk lain turut "terkena" dan hampir tertipu. 

Katanya, "Saya begitu berdebar-debar, tapi rupanya ia bukanlah kucing besar sebaliknya.."

Alahai, siapa sangka kan! - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 30-1-2020 01:26 PM
hahaha.. entah-entah baju parti liar @Kurex

dah kena hangkut jantan, baju rimau pun dia campak je tepi jalan..
Quote Kurex 30-1-2020 01:33 PM
Themilo replied at 30-1-2020 01:26 PM
hahaha.. entah-entah baju parti liar @Kurex

dah kena hangkut jantan, baju rimau pun dia campak j ...

ke tu baju uols buat show konon nak pakai baju macam zaiton sameon?
Quote mdhelmi 30-1-2020 01:37 PM
amik
basuh
jual kat mudah
Quote meow_tompok 30-1-2020 02:48 PM
mdhelmi replied at 30-1-2020 01:37 PM
amik
basuh
jual kat mudah

otak buat duit la ko ni
baru je nak maki sape la hanat pi buang sampah merata-rata

Quote palmolive 30-1-2020 03:09 PM
macam cik ta punya
rujuk thread ngamuk umah tak siap
Quote husna_amal 30-1-2020 03:16 PM
Costum siapa pula yang cicir kat jalan ni. Menyusahkan orang ramai dibuatnya
Quote NekNgah 30-1-2020 04:28 PM
Ni mesti balik party malam tadi, terlebih mabuk, main bukak aje baju kat tengah jalan.  Cuba check kat tepi semak tu, kot ada tengah menonggeng.
Quote gigahertz 30-1-2020 04:36 PM
NekNgah: Ni mesti balik party malam tadi, terlebih mabuk, main bukak aje baju kat tengah jalan.  Cuba check kat tepi semak tu, kot ada tengah menonggeng.

kalau ada pemandu mabuk accideng dan mati di situ. bju rimau tu akan di hadapkan mahkamah dan di penjara kerana melakukan pembunuhan.
Quote BacaDalamDiam 30-1-2020 04:52 PM
Quote Boomibulat 30-1-2020 05:27 PM
...rupanya baju Che Ta ke..?


Quote i_is_kennot 30-1-2020 06:08 PM
Ramai penduduk terkena dan tertipu ..
Kerja budak2 nakal nk menyakat lah tu,   amik costume tu.. gunting2 buang tong sampah.. Settle
Quote crazybeach 30-1-2020 09:49 PM
Boomibulat replied at 30-1-2020 09:27 AM
...rupanya baju Che Ta ke..?

sooo nekta berparti liar sebab nak private party tapi rumah juta2 tu tak siap lagi. gitchewww
Quote biozipstar 31-1-2020 10:40 AM
hahahaha.. aku punyalah tak nak bukak gambar rupa2nya baju. hehee

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.042290 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top