Memang buat hal. Sekali lagi program Meletop mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan calon-calon dalam kategori 'Influencer Meletop' yang melibatkan Dr. Sheikh Muszafar dan Dr. Amalina. Lebih menjengkelkan ialah personaliti hebat itu diletakkan sebaris dengan insta famous yang lain. Rata-rata warganet merasakan tindakan Meletop adalah tidak wajar kerana ia seolah-olah merendahkan kredibiliti dan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua doktor tersebut.
Selain dua personaliti tersebut, antara calon yang sepatutnya diletakkan dalam kategori berlainan ialah Mat Lutfi dan Khairul Aming yang membawakan banyak mesej positif berbanding 'influencer' lain. Melihatkan calon-calon lain yang tidak memberi impak kepada negara melainkan kandungan hiburan, ia membuatkan anugerah ini sebenarnya tidak relevan. Mungkin Meletop sepatutnya membuatkan dua anugerah berasingan antara 'influencer popular' dan 'influencer yang memberi sumbangan'. Walaupun program Meletop bukanlah satu rancangan berkualiti dan mungkin tidak dipandang pun oleh calon-calon berwibawa di atas, namun apabila mengaitkan calon berkenaan, sedikit sebanyak, pasti warganet berasa terpukul. Jadi, adakah ini gimik yang menghangatkan lagi anugerah hiburan ini? - CARI |
Kurex replied at 30-1-2020 05:10 PM
anu kerah syok sendiri......... yg pasti sampah
shaiy replied at 30-1-2020 05:13 PM
paling tk menahan bila scroll ig ada yg konfiden je buh dkt bio influencer,bila tgk rupa tk kenal pu ...
ADVERTISEMENT