CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Meninggal Kerana Ubat Masuk Ikut Punggang, Rupa-Rupanya Influenza B

31-1-2020 11:04 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9053| Komen: 47




"Hari ini jika arwah masih ada, genap 4 tahun umurnya."

Seorang pengguna Facebook, Farrah Meklehs meluahkan kisah sedihnya yang berlaku dua tahun lalu mengenai anaknya, Nik Mohamad Mu'adz infleunza dan ubat voren (ubat demam yang dimasukkan menerusi punggung).

Siapa sangka, yang disangka ubat itu lah yang lebih memburukkan keadaan. Dia kehilangan anaknya kerana silapnya sendiri, mengubati anak yang demam dengan ubat yang dibeli sendiri tanpa mendapatkan pendapat pakar. Rupa-rupanya anaknya terkena influenza dan disebabkan lambat mendapat rawatan, arwah meninggalkannya dalam masa lima hari merana

Kredit foto: Facebook

Menurut Farrah, dia tidak pasti dari mana arwah mendapat jangkitan tetapi mungkin juga dari lapangan terbang yang sesak ketika menghantar ahli keluarganya.
Kredit foto: FB

FB

Farrah menceritakan selepas masuk ke hospital lebih kurang jam 11 malam hingga 3 pagi, arwah sakit teruk hingga doktor mengesahkan 'internal bleeding' dan 'brain death' yakni tiada harapan lagi. Bagaimanapun, Farrah masih berharap keaijaiban akan berlaku apatah lagi saudara mara mereka yang berada di Mekah turut mendoakan.

4 hari selepas itu, arwah makin kritikal hingga doktor menukar ventilator (alat pernafasan) namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya selepas arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Hasil diagnosisnya, arwah terkena jangkitan Influenza B dan pemberian ubat Voren hanya memburukkan keadaan, biarpun selama ini tiada perkara buruk pun berlaku.

FB
FB

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, Farrah disahkan mengidap MDD (Mild Deppresion) dan kini masih menjalani rawatan. Malahan sebagai ibu, Farrah sempat berpesan kepada semua ibu bapa agar mendapatkan nasihat pakar sebelum merawat anak sendiri. Bimbang jika kita lebih memburukkan keadaan.

FB

Warganet turut bersimpati dengan situasi ini dan mengharapkan Farrah kuat untuk menghadapinya dan cepat sembuh. Takut juga ya bila jadi macam ni. Jadi, hati-hati ibu kala merawat anak di rumah ya. - CARI 
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bonggo 31-1-2020 11:24 AM
Lagi satu klau nmpk anak tu mcm teruk dan kita rasa tak sedap hati tgk keadaan dia bwk la pg hospital kerajaan trus tuju emergency. Klinik swasta ni dia punya diagnose n ubat sama je jenis utk semua org. Klau hosp gomen laju je dia attend lagi klau bdk under 2 tahun
Quote mummydarling 31-1-2020 11:48 AM
semoga ibu bapa nya tabah.
Quote husna_amal 31-1-2020 11:49 AM
kesiannya. semoga orang ramai dapat kesedaran soal kesihatan ni. rujuk kepada pihak sepatutnya
Quote violetungu 31-1-2020 11:55 AM
Sedih aku baca tak bolehla kalau melibatkan budak2 kecik.
Quote honeybee1802 31-1-2020 12:06 PM
Utk yg tua muda..demam..batuk..sakit tekak..they are all symptoms...there must be something causing it.aku ms anak kecik2 dulu selalu ngk breathing jgk..rs laju jek..n jantung rs laju mmg aku seek prof help la..
Quote supermum 31-1-2020 12:12 PM
Kalau tak sebab influenza A ni naik balik, aku tak tau yang diclofenac ni takleh guna sukati masa demam. Ingatkan kalau high fever boleh guna mana2 pain killer either paracetamol or diclofenac. Nasib memang takde dlm stok.
Quote Donutfilling 31-1-2020 12:30 PM
Tumpang simpati
Semoga sembuh dr kemurungan ibu
Quote Ferr_Remy 31-1-2020 12:42 PM
Punggang? X check balik ke ejaan sblum publish?
Quote Nana_Man 31-1-2020 12:56 PM
Harap si ibu tabah.. memang ajal anak gini rupa.
Kalau anak demam, aku cuma berani bagi paracetamol jer. Ubat lain memang tak berani. Lagipun anak sulung ada alahan ngan ibuprofen.
Dan kalau temperature tu dah lebih 40.0darjah, memang terus pegi ke hospital. Tak guna gi klinik swasta.
Quote sheqim 31-1-2020 01:06 PM
Dah ajal kan.. tapi aku pelik nape dia doc tapi bg voren tu.. even g farmasi tanpa jumpa doc je pon farmacist tny umur anak berat anak...

Tapi tulah dh tertulis.. menjadi pengajaran utk kita sume.. aku pon sllu bg supp pcm kalu mlm..
Quote Abot 31-1-2020 01:14 PM
sedihnya.. aku penah kene situasi mcm ni.. ank aku demam smpai 3/4 hr mcm tu x elok.. bg ubat demam x kebah2.. selsema die lain mcm... aku rase x sedap terus bwk kpj amik drh.. baru thu ade influenza.sejak dr tu.. . ank kalo demam lbih 3 hari better cek drh...  risau sgt kalo jd ape2 sbb kecuaian kite...
Quote awanearisu 31-1-2020 01:45 PM
Sedih baca
Quote munchkin 31-1-2020 02:02 PM
Sebenarnya apa keperluan nak hantar ke airport? Menyemak je non passengers.
Quote CatMiow 31-1-2020 02:55 PM
sheqim replied at 31-1-2020 01:06 PM
Dah ajal kan.. tapi aku pelik nape dia doc tapi bg voren tu.. even g farmasi tanpa jumpa doc je pon  ...

Ikut bacaan,  dia tak jumpa dr,  dia beli sendiri,  tak tau la farmasis cakap apa kay dia.

Tempat saya,  kdng2 yg dok depan kaunter bukan farmasis,  tak berani nak beli ubat.  Mesti jumpa dr kkm yg muda belia.
Quote RumiMenari 31-1-2020 03:02 PM
Bagaimanapun, Farrah masih berharap keaijaiban akan berlaku apatah lagi saudara mara mereka yang berada di Mekah turut mendoakan.


Hmmm sempat mention konsep "Allah & doa ada di Mekah"..

Papepun takziah
Quote MadameOnion 31-1-2020 03:10 PM
Edited by MadameOnion at 31-1-2020 03:20 PM

voren mmg boleh menyebabkan pendarahan dlm perut kalau bg kat budak masa suhu terlampau tinggi..kalau nak sumbat voren kena betul2 lepas mandi..sbb masa tu badan sejuk sikit..baru sumbat voren..voren ni basically pain killer..dia bukan paracetamol..even paracetamol pun selalunya org bagi lepas mandi dan setiap 4-6 jam iaitu sebelum badan panas balik..so dia maintain je suhu badan supaya tak pi tinggi lagi
btw..beraninya bagi voren tanpa pi jumpa doktor dulu

edit: lagi satu voren boleh bagi sekali je bila demam..bukan sehari sekali..tapi sekali dlm satu masa demam tu..bila betul2 panas..pastu maintain dgn pcm..

Quote shark_eow7 31-1-2020 03:27 PM
beratnya rasa si ibu... sedih baca caption yg gmbar budak tu ketawa beberapa jam sblm dr bgtau brain death.
Quote MFR_IN 31-1-2020 03:50 PM
MadameOnion replied at 31-1-2020 03:10 PM
voren mmg boleh menyebabkan pendarahan dlm perut kalau bg kat budak masa suhu terlampau tinggi..kala ...

good info
Quote caprut 31-1-2020 03:56 PM
sheqim replied at 31-1-2020 01:06 PM
Dah ajal kan.. tapi aku pelik nape dia doc tapi bg voren tu.. even g farmasi tanpa jumpa doc je pon  ...

Dia doc ke? Mcm bukan doc je

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.033550 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top