CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sumpah Bukan Kerana Orang Ke-3", Fendy Caliph Busker Tiada Niat Rahsiakan Penceraian

31-1-2020 10:59 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6576| Komen: 13|Original author: intan

Fendy yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Caliph Buskers dikhabarkan sudah bercerai dengan bekas isterinya, Nadia Rubina, yang juga salah seorang pemain alat muzik dalam kumpulan tersebut.


Kredit foto: Instagram Fendy
Menurutnya, dia dan bekas isteri telah bercerai sejak November 2017 yang lalu setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 5 tahun, Nurazalea Zafirah.

Walaupun sering dilihat masih melakukan persembahan bersama ahli kumpulan lain, Fendy mengakui agak kekok ketika di awal tempoh penceraian kerana sudah tidak pulang ke rumah yang sama.

Kredit foto : mStar online
"Masa mula berpisah dulu, tak rasa janggal sebab kami dalam satu kumpulan. Cuma agak kekok apabila dah tak balik rumah yang sama," ujarnya ketika ditemui mStar.

Fendy turut menjelaskan bahawa punca penceraian bukanlah disebabkan campur tangan orang ketiga. Malah perpisahan itu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam usaha mendapat kehidupan yang lebih tenang dan lebih baik.

Kredit foto: OhBulan

"Bukan niat nak rahsiakan penceraian. Kami pisah cara baik dan kalau nak cerita pun punca kami berpisah ianya terlalu peribadi,"

"Saya juga nak tegaskan tiada orang ketiga dalam perhubungan kami mungkin ianya kekurangan daripada pihak saya,"katanya.


Kisah penceraian ini menjadi bualan netizen apabila Fendy dan Nadira memuat naik posting mengenai luahan hati mereka di laman Instagram masing-masing. 

Apa-apapun, doakan yang terbaik. Kalau jodoh itu tak kemana! - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 31-1-2020 11:30 AM
urm, tak tau nak ckap camne..even org sempurna pancaindera pun ramai yg bercerai..
Quote AbukRokok 31-1-2020 11:43 AM
OKU pun gigih bercerai menjandakan bini sdri
Quote husna_amal 31-1-2020 11:47 AM
tabah juga diorang ni walaupun dah bercerai tapi masih lagi satu kumpulan
Quote lasagna 31-1-2020 11:51 AM
mebi btul lah tu, trlalu peribadi nak cerita kenapa and punca2.
netizen pun cukup2 lah bertya, sedang kn manusia yg celik pun brpisah ini kan mereka.
Quote prettyuglybabe 31-1-2020 12:16 PM
ingatkan OKU la akan jadi pasangan bahagia..
sebab mereka terima kekurangan pasangan seadanya..
dibandingkan dengan mereka yang cukup deria..
Quote keds 31-1-2020 01:05 PM
No comment
Quote Lavender85 31-1-2020 01:19 PM
Xpe insyaAllah ada jodoh lagi x kemana
Quote tang_ginger81 31-1-2020 02:41 PM
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah
Quote puanbintang 31-1-2020 03:53 PM
dah tertulis jodoh mereka sampai situ je...mungkin ada yang lebih baik untuk mereka nanti
Quote Sachacha 31-1-2020 11:48 PM
Semoga urusan selepas ini dimudahkan..
Quote renko 1-2-2020 01:19 PM
kalau artis normal bercerai
berbelas page maki n cashkan dorg
hahahahaha
Quote kiah_mai_pulak 1-2-2020 02:56 PM
husna_amal replied at 31-1-2020 11:47 AM
tabah juga diorang ni walaupun dah bercerai tapi masih lagi satu kumpulan

dh tu cari mkan dorang..,
Quote gigahertz 2-2-2020 10:28 PM
chicozinn: urm, tak tau nak ckap camne..even org sempurna pancaindera pun ramai yg bercerai..

sepatutnya kahwin dengan pasangam satu jabatan ni tiada masalah...tidak boleh kelentong balik pukul berapa nk pergi mana. keluar dengn siapa

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.053252 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top