CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sia-sia Buat Comeback" - Mimi Fly Tinggalkan One Nation Emcees Lepas Habis GV2019

1-2-2020 09:15 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 19856| Komen: 83

Kredit foto: Instagram One Nation Emcees Official

"Mimi sudah tak bersama kami"

Sabhi Saddi mengesahkan bahawa salah seorang anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi atau lebih dikenali sebagai Mimi Fly tidak lagi bersama mereka.


Menurut Sabhi, keputusan itu dibuat Mimi dua minggu selepas mereka selesai dengan program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) tahun lalu.

"Daripada apa yang saya tahu, dia ingin meneruskan karier solonya dan pihak pengurusannya juga sudah ada perancangan untuknya," katanya yang dipetik dari Harian Metro.


Sabhi dan dua lagi anggota ONE iaitu Jojoe Fly dan Kozae Murtaza menghormati keputusan Mimi dan mereka akan teruskan kumpulan hip hop itu dengan menampilkan beberapa penyanyi wanita sebagai penampilan khas kerana mahu mengekalkan identiti ONE yang ada seorang anggota wanita.

Ini kerana mereka tidak mahu usaha untuk kembali menempatkan nama di dalam industri muzik umpama satu usaha yang sia-sia.

"Lagipun, saya tak mahu usaha kami selama ini untuk membuat kemunculan semula dan menempatkan nama kami dalam industri muzik seperti sia-sia. Tak semua orang dapat peluang untuk beraksi di pentas GV dan rasanya ia adalah satu platform terbaik," katanya.

Sementara itu, Mimi ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara ini.

Mesti rasa janggal sedikit bila Mimi tiada kerana beliau adalah anggota asal ONE sejak 2008 lagi. Apapun selamat berjaya untuk mereka semua.- CARI 

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • CikYaYaYa

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 1-2-2020 09:17 AM
Gedik ah mimi tuh
Quote Kurex 1-2-2020 09:23 AM
mimi nak naikkan nama dia je.. tu je{:nose
Quote Tukul.Besi 1-2-2020 09:24 AM
Mini pun karier solo tak ke mana. Baik stick je. Ke memang dah berpatah arang lepas gaduh dgn Sabhi hari tu?
Quote scrocth 1-2-2020 09:26 AM
Lumrah artis berkumpulan. Dapat 10 ribu bahagi 4 dengan 10 ribu dapat sorg. So?
Quote balakkampung 1-2-2020 09:30 AM
elok la solo...nak gi buat show pon senang...payment ko takyah nak bahagi2...
Quote RumiMenari 1-2-2020 09:39 AM
To watch mimi alone on stage mcm tak menarik je.. suara pun so so.. tapi kl fikir psl payment lagi berbaloi la buat solo.. good luck utk mimi.. tak cuba tak tau
Quote kiah_mai_pulak 1-2-2020 09:40 AM
alaaaa sama je, group ke solo ke sendhuuu jua
Quote fadz84 1-2-2020 09:42 AM
RumiMenari replied at 1-2-2020 09:39 AM
To watch mimi alone on stage mcm tak menarik je.. suara pun so so.. tapi kl fikir psl payment lagi b ...

Haah mimi tu suara so so je, harapkan performance je energetic. Dulu solo masa DAA pun x ke mana. Huhu..
Quote missDollie 1-2-2020 09:56 AM
Sorry mimi.. Bad decision la.. Awak bukan rihanna nak solo..
Quote crazybeach 1-2-2020 11:05 AM
eh bukan masa gv haritu ramai yang kata tak best ke diorang bertanding satu group sebab sabhi sumbang lagi dua tu tunggul kayu harapkan rap haus jahh. nak mimi jah perform solo khurnss. ni mimi dah fly solo ramai pulak yang tak restu??
Quote nura19 1-2-2020 11:07 AM
Tgk je la dh solo nti mcmne.. fofuler kembali ke tidak...
Quote otai_g 1-2-2020 11:19 AM
Apa motif nama ahli tmbh fly kat blkg?

rasa poyo plk membacanya.
Quote ReginaGeorge 1-2-2020 11:27 AM
Merangkak keluar pon takkan meletop dah sebab korang dah lama terkubur.. Baik simpan duit untuk investment lain.
Quote scrocth 1-2-2020 11:28 AM
nura19 replied at 1-2-2020 11:07 AM
Tgk je la dh solo nti mcmne.. fofuler kembali ke tidak...

Soal meletop tu mmg meols bole ckp bakal kembali ke kuburan. Xpn level2 zizi kirana jelah nnt. Tp meols percaya sheols buat keputusan ni sbb duit lah. Kalau meols artis pn mmg meols go solo, kalau kumpulan2 remaja ok lagi sbb dok bawah ketiak mak bapak, tp bila dh 3 series ni, mana nak larat duit gaji kena bahagi 4 org khuenz?
Quote scrocth 1-2-2020 11:30 AM
Tp mmg 3 yg lain tu meols yaqin bengang dgn si mimi ni. Nmpk sgt pergunakan depa utk dpt kuota masuk gv. Padan muka xmenang top 3. Ms dorg terkinja2 dpt no. 5 tu mmg nmpk dorg propa pdhl kecewa gila sbb dpt no. 5 jer. Kalau sham yg dpt no. 6 tu mmg dia genuinely nampak happy sbb the fact dia msk final pn dia xsangka.
Quote jasmeen 1-2-2020 11:33 AM
mungkin mimi kena start berlakon atau mengacara?
Quote scrocth 1-2-2020 11:33 AM
Sabhi tu xpandai market diri secara solo. Rupa ada, suara best, nape kena masuk group blk? Meols cadangkan heols propose LOL blk or management lofa tu utk carikan offer blakon series drama mega astro. Heols cando jugak yach. Tp salah percaturan asyik blakon bwh produksi A. aida ja sblm ni. X tally dgn genre pop rnb heols yg ada 2-3 single sedap tu.
Quote suiskipas 1-2-2020 12:38 PM
scrocth replied at 1-2-2020 11:33 AM
Sabhi tu xpandai market diri secara solo. Rupa ada, suara best, nape kena masuk group blk? Meols cad ...

Betul tu...sabhi tu sesuai solo...suara pon ok
Quote nooriesz 1-2-2020 01:03 PM
sabhi boleh jd geng OST kot..

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.291816 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top