Baru-baru ini, gempar apabila satu muat naik di twitter mengenai kisah misteri di sebalik penemuan mayat di sebuah rumah kosong. Yang menjadi misteri apabila sebuah nota telah ditemui di peti surat sebuah surau yang berdekatan dengan rumah tersebut yang berbunyi "*30.1.2020, Tolong uruskan satu rangka manusia kat dalam rumah arwah cikgu Jumbri" Dan ternyata memang terdapat satu mayat yang hampir menjadi rangka telah ditemui dalam rumah itu. Seorang pengguna twitter @azrulnaim777 telah mendedahkan kisah sebenar di sebalik rumah milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Jumbri. Seram jugak ya! Orang sewa rumah tak lama.. Rupa-rupanya ramai sudah penyewa yang pernah menyewa di rumah tersebut namun tidak kekal lama meskipun ditawarkan sewa yang amat murah serendah RM50! Menurut orang tempatan, ada yang menyewa tidak sampai seminggu dek kerana sering diganggu dengan pelbagai perkara mistik. Namun, tidak pulak diulas mengenai mayat yang ditemui semalam serta siapakah gerangan manusia yang menulis nota tersebut. Pelbagai spekulasi ditimbulkan seperti ianya sebenarnya nota bunuh diri mayat tersebut dan pelbagai lagi. Menerusi perkembangan pihak jawatankuasa penduduk kampung tersebut iaitu Pusat Khidmat Peduli Rakyat DNS Sungai Burong di laman Facebook mereka telah mengesahkan penemuan mayat reput tersebut. Menerusi laporan, mayat tersebut sudah dibawa ke hospital dan dikebumikan pada pagi semalam. Anda ada pengalaman menyeramkan seperti ini? Kongsikan kepada kami. - CARI |
Kurex replied at 1-2-2020 09:22 AM
macam kata @Modngengade
cerita twitter berunsur kak hassanah
fishcracker replied at 1-2-2020 09:53 AM
Jadi sape yang meninggal kat rumah sewa arwah ckgu tu??
Kurex replied at 1-2-2020 09:22 AM
macam kata @Modngengade
cerita twitter berunsur kak hassanah
epal21 replied at 1-2-2020 02:22 PM
Iols berharap ada org tulis balik tweet budak ni dalam satu perenggan. This is why I hate tweeter. N ...
RatuDunia94 replied at 1-2-2020 05:06 PM
Kannnnn.. iols x suka org yg share cerita kat twitter buka thread banyak2..
Dia punya tweet ke ...
ADVERTISEMENT