CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kejutan Watak Hidup Semula Dalam Trailer Fast and Furious F9!

3-2-2020 11:20 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 15050| Komen: 71|Original author: Oleh: Archaiv

Foto: Insider.com

Siapa yang pernah mengikuti franchais Fast and Furious pastinya ternanti-nanti apa pula plot yang ingin dibawa seterusnya. 

Dengan terbitnya trailer filem ke-9 ini, jawapannya mudah tapi pasti akan membuat penonton tak sabar untuk menyaksikannya tahun ini.

Walaupun tanpa Dwayne "The Rock" Johnson dan Jason Statham dalam siri terbaru ini, kehadiran watak-watak lama yang masih menyengat seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris "Ludacris" Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Helen Mirren, and Charlize Theron. 

Premis cerita amat mudah difahami iaitu kemunculan adik kepada Dominic iaitu Jakob yang dibawa oleh pelakon dan bekas juara WWE; John Cena yang bakal menggugat keluarganya.



Foto: comicbook.com

Selain itu, kehadiran watak yang dihidupkan semula juga bakal menarik semula peminat-peminat lama yang menunggu watak asia semula dalam franchais filem ini. Yalah kan? Watak asia dalam filem Hollywood selalu saja mati awal.


Foto: Business Insider

Nantikan May 2020 di pawagam. - CARI

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 3-2-2020 11:47 AM
dah merepek dah...dulu2 modif kete,race,rompak lori, sekarang dah jadi sains efiksyen / superhero..
Quote lasagna 3-2-2020 11:47 AM
ye lah.. what on earth Han still alive kan?

adakah masa Hobbs & Shaw aritu dia org ada petik psal Han? Mcm xde, ke ntah laa aku trlepas pandang.

But John Cena ada pasti best. Gerenti best. Tasabarrrrrr nk tgk.
(aku harap cite ni jgn mengarut or meleret2 laa mcm series yg lain)
Quote Kurex 3-2-2020 11:58 AM
tak pernah minat cerita ni.. aku pening
Quote Kurex 3-2-2020 11:58 AM
tapi vin diesel sedap.....
Quote Archaiv 3-2-2020 11:59 AM
Mfzg89 replied at 3-2-2020 11:47 AM
dah merepek dah...dulu2 modif kete,race,rompak lori, sekarang dah jadi sains efiksyen / superhero..

Cerita dorang ni nak masuk deeper underground crime underlord sampai saya malas nak folllow ceritanya, tapi suka tengok keretanya saja. Merepek teruk. hehehe... apapun terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 3-2-2020 12:05 PM
lasagna replied at 3-2-2020 11:47 AM
ye lah.. what on earth Han still alive kan?

adakah masa Hobbs & Shaw aritu dia org ada petik psal ...

tak tahu pula kalau ada dipetik pasal Han... Tapi bila watak adik kepada Jason Statham yang sepatutnya mati dihidupkan semula untuk filem Fast and Furious 8, nampak sangat yang franchais ini takut nak bunuh watak dan suka menjadikan watak ang dihidupkan 'dilahirkan semula'. Apapun, terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 3-2-2020 12:07 PM
Kurex replied at 3-2-2020 11:58 AM
tak pernah minat cerita ni.. aku pening

Minat tengok kereta saja. Tak minat dengan jalan cerita bila orang kebanyakkan senang sangat berinteraksi dengan ejen rahsia dunia. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote palmolive 3-2-2020 12:16 PM
ada deleted scene la...
Quote buragazz 3-2-2020 12:19 PM
Aku maybe gi tgk wayang la.. sebab action movie ni tgk kat wayang baru best.. tapi base on trailer dia dah start balik scene2 over the top contoh macam yang terdahulu kereta sport terbang tembus bangunan sampai 2 kali dan yang sebelum tu si Toretto lompat sambil tangkap si sapa ntah.. pastu dalam trialer ni kereta terbang siap boleh tersangkut kat tali swing to the other side.. pastu kereta si John Cena boleh pulak ditangkap den plane aduhai.. F7 ke F8 tu dia dah town down sikit la ehh F9 ni jadi balik..
Quote lasagna 3-2-2020 12:21 PM
Archaiv replied at 3-2-2020 12:05 PM
tak tahu pula kalau ada dipetik pasal Han... Tapi bila watak adik kepada Jason Statham yang sepatu ...

Haaaaaaa jangan ckp lepas ni watak Gisele (Gal Gadot) pun idup balik?? Adehhhh.
Mula laa mengarut lps2 ni.
Quote lasagna 3-2-2020 12:22 PM
Kurex replied at 3-2-2020 11:58 AM
tapi vin diesel sedap.....

wpun kurex tak minat n pening cite ni, tetap lah vin diesel sedap yaa?
Quote dekmieDandy 3-2-2020 12:22 PM
tak suka hala tuju series ni dah

so tak nak tengok
Quote Archaiv 3-2-2020 12:23 PM

wah, nanti saya check balik director cut. Terima kasih sebab bagi info dan sudi baca.
Quote palmolive 3-2-2020 12:26 PM
Archaiv replied at 3-2-2020 12:23 PM
wah, nanti saya check balik director cut. Terima kasih sebab bagi info dan sudi baca.

scene Dom mencari Mutiara Naga utk menghidupkan Han kembali
Quote Archaiv 3-2-2020 12:29 PM
buragazz replied at 3-2-2020 12:19 PM
Aku maybe gi tgk wayang la.. sebab action movie ni tgk kat wayang baru best.. tapi base on trailer d ...

Yap, dulu lebih banyak scene kat garaj kereta. Dah title Fast and Furious, mestilah nak tengok kereta ditukang macamana gilanya sampai boleh hebat. Sekarang ni, cuma tayang kereta mewah dengan spec military. jalan cerita pun dah berulang-ulang semenjak mereka jadi ejen. terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 3-2-2020 12:31 PM
dekmieDandy replied at 3-2-2020 12:22 PM
tak suka hala tuju series ni dah

so tak nak tengok

Hahaha... Kalau macam tu tunggu free kat movie channels sajalah. Manalah tahu tertengok pula. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote husna_amal 3-2-2020 12:34 PM
Adakah ada scene time travel dalam movie baru kali ni sampai Han muncul semula.
Quote fliphair8 3-2-2020 12:37 PM
harus laki hakak pegi tengok ngan anak2 kat movie, hakak aman2 jalan2 sendirian mencuci mata di mall....cite ngarut camni bukan lebel hakak, kalo epic movie cam ford v ferrari, rush, senna, le mans...tu hakak layan
Quote shark_eow7 3-2-2020 12:38 PM
dah makin mengarut.. rasa bosan pulak tengok.. huuu

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064234 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top