CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Pisang Berbuah Dua Kali Ajar Sains, Matematik Dalam Bahasa Inggeris

3-2-2020 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2739| Komen: 8

“Tahap penguasaan Bahasa Melayu pun masih rendah dalam kalangan sebahagian pelajar terutama di luar bandar, apatah lagi tahap pencapaian Bahasa Inggeris mereka."


Kredit foto: BH Online

Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN), Datuk A Aziz Deraman berkata demikian ketika mengulas mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Memetik Berita Harian, A Aziz berkata, kesilapan lama bakal berulang sekiranya kerajaan kembali melaksanakannya dalam kalangan murid dan pelajar di Malaysia.

Jelasnya, kemerosotan pencapaian dalam kedua-dua subjek penting itu adalah bukti ia membawa kesan negatif dalam pembelajaran pada kali pertama ia dilaksanakan.

“Ilmu sepatutnya disampaikan dalam bahasa kebangsaan tetapi tentulah dengan tidak menolak kepentingan bahasa komunikasi antarabangsa.


“Para ilmuwan dan pakar pendidikan digesa untuk memandu kerajaan dalam membina sistem dan dasar pendidikan yang komprehensif dan menuju kemajuan masa hadapan yang lebih cemerlang.

“Dalam senario masa kini, kita lebih perlu melihat semula seluruh kurikulum pendidikan kebangsaan demi mencapai matlamat perpaduan bangsa Malaysia yang kian retak dan jati diri negara yang semakin luntur,” katanya.


Kredit foto: moe.gov.my

Tegurnya, kerajaan tidak perlu mengambil keputusan semata-mata kerana mahukan penguasaan bahasa Inggeris tetapi tidak mengambil kira aspek pedagogi atau sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang betul.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna rakyat tidak perlu mempelajari atau menguasai beberapa bahasa utama dunia seperti bahasa Inggeris.

“Penarikan balik dasar sebelum ini oleh kerajaan sendiri sudah cukup memberikan pedoman yang berfaedah dan kita tidak mahu pisang berbuah dua kali,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 3-2-2020 01:56 PM
Kemerosotan zaman bila ni?
Quote najib888 3-2-2020 02:10 PM
pisang tumbuh buah bnyk kali la syok..tak perlu pangkas utk dapatkan tandan buah baru..
Quote haruno_sakura 3-2-2020 02:18 PM
Tak faham apa kerajaan fikir sbnrnya????
Mustahil x nmpk prestasi pelajar sblum ni mcm mana bl tukau semua dlm BI dlm sains dn math huh!!!!!!
Quote CikB 3-2-2020 04:27 PM
setiap kali menteri bertukar maka dasar pun pasti bertukar...pening!!
Quote husna_amal 3-2-2020 04:47 PM
Ramai warganegara Malaysia tak pandai bertutur bahasa Malaysia. Ini yang patut diambil peduli.
Quote loladaily 4-2-2020 11:34 AM
Apoooo asyik bertukar tukar
Quote izzah_ok 4-2-2020 11:55 AM
aku first batch (form 1)  sains & math dalm english (tahun 2003).
bg aku ok la, secara peribadi meningkatkan jugak penguasaan english aku.

tp tu la, ramai jugak ye yg tercicir..sbb bm lemah, english lagi la..
huhu lg2 yg dkt pendalaman/luar bandar.
sepupu sebaya aku, dia jenis bijak jugak...tp english, math & sains dia mmg teruk la.
dia ckp, sbb xpaham masa cikgu ajar (faktor kt rumah xcakap english, rumah dia xde tv/radio utk tgk movie/drama english..makan pun cukup2 je..mmg xde duit nak beli buku rujukan ke apa)

tp kerajaan kne pikir balik nak buat math & sains dlm englis..costing buku lg, nak hntr cikgu pi kursus lg hmmm

Quote xijasmine95 8-2-2020 11:51 PM
Oh my.. Tolong lah.. Kalo betul masih lemah lagi, buat extra class utk memantapkan bahasa inggeris terutama student luar bandar.. Dekat alam pekerjaan nnti, most of them nak yg boleh berbahasa inggeris.. Sampai bila nak downgrade org melayu..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.104884 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top