CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Pernah Putus Asa" - Pengalaman Louisa Chong Diuji Sebagai Saudara Baru

4-2-2020 10:50 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13697| Komen: 42|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Yotube Jay Ibrahim Al Islam

Sebaknya. Pelakon Louisa Chong atau nama Islamnya, Louisa Alissa Chong Abdullah berkongsi pengalamannya menjaga suami tersayang yang menghidap angin ahmar sehingga koma.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi saluran YouTube, JayIbrahim Al Islam pada Disember lalu.

Dalam video itu, turut dikongsikan perjalanan beliau sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. 

"Suami saya menghidap tiga strok dan ia sangat serius sehingga muntah darah dan akhirnya koma. Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa," kongsinya.



Pelakon berusia 64 tahun itu tidak mahu meminta simpati orang ramai dan ingin membuktikan bahawa mampu berdepan cabaran tersebut meskipun baru saja bergelar saudara baru (muaalaf).

Jelasnya, dia tetap reda dengan ujian Allah dan tidak mahu meminta simpati dari mana-mana pihak meskipun bergelar seorang selebriti.



"Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya," katanya sebak.

Mahu menjadi seorang hamba Allah yang kuat, anak kelahiran Perak ini bersyukur kerana dengan berkat doa dan kesabaranya selama ini, suaminya kini mampu berjalan secara perlahan-lahan.

"Syukur alhamdullilah kerana selama ini Allah jaga suami saya. Dengan kuasa Allah, sekarang dia boleh berjalan dan boleh datang ke Tanah Suci."

Kehidupan di dunia ini memang penuh ujian. Ingatlah, ujian datang adalah untuk meningkatkan martabat seorang insan di sisi Tuhan. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_calamansi 4-2-2020 10:53 AM
Alhamdulillah..besar pahala berbakti jaga suami sakit..
Quote bondeh 4-2-2020 11:01 AM
sebak meolls tengok malam tadi kat youtube.... meolls berharap satu hari nanti Marion Caunter akan sebegini juga... *dalam pada aku panggil dia kudapadi
Quote Atata 4-2-2020 11:16 AM
Lah dia islam ke
Quote husna_amal 4-2-2020 11:17 AM
Bukan ke Louisa Chong dah lama peluk islam. Kat artikel ni menunjukkan dia baru peluk islam.
Quote natrahn 4-2-2020 11:18 AM
husna_amal replied at 4-2-2020 11:17 AM
Bukan ke Louisa Chong dah lama peluk islam. Kat artikel ni menunjukkan dia baru peluk islam.

dah lama..since 1992 tapi still dikira baru kot sebagai saudara baru..

Quote mizruncing 4-2-2020 11:25 AM
so inspired
Quote mieymiey 4-2-2020 11:28 AM
Iols baru tau sheols islam. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan acik Alissa
Quote AnaisAnais 4-2-2020 11:31 AM
bondeh replied at 4-2-2020 11:01 AM
sebak meolls tengok malam tadi kat youtube.... meolls berharap satu hari nanti Marion Caunter akan s ...

Aminnnn... san juga biras dia tu.


tapi tak tau pun Louisa Chong dah masuk ISlam. alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dia di dlm Islam.
Quote kokocrunch 4-2-2020 11:32 AM
Alhamdulillah.... Semoga dipermudahkan urusannya
Quote kopiah 4-2-2020 11:39 AM
alhamdulillah..
Quote rosewhite 4-2-2020 11:41 AM
rasa macam pernah baca thread lepas yg anak dia terlibat dgn dadah
Quote bondeh 4-2-2020 12:08 PM
AnaisAnais replied at 4-2-2020 11:31 AM
Aminnnn... san juga biras dia tu.

tulah baca komen kat youtube semalam ramai jugak yg tak tahu Kak Lilian (Puteri series) dah lama masuk Islam... adakah meolls terlalu kertu
Quote syakuntala 4-2-2020 12:33 PM
alhamdulillah suami isteri masuk islam
Quote Cassieopeia 4-2-2020 12:36 PM
syakuntala replied at 4-2-2020 12:33 PM
alhamdulillah suami isteri masuk islam

suami dia melayu kan..dia je mualaf.
moga terus istiqamah
Quote abadi84 4-2-2020 12:39 PM
Ehh..lama dah dia islam.
Tak silap nama dia Mellisa Chong Abdullah
Quote stania83 4-2-2020 12:46 PM
Lama dahh dulu masa sekolah rendah iols berkawan dgn anak tiri louissa ni, suami melayu dia punya anak.
Quote syamzana 4-2-2020 12:59 PM
bagusnya auntie louisa ni jaga husband sakit teruk smpai pulih.sabarnya dia.
jaga org strok ni awal2 ok lagi msuk 2/3 bulan masyaallah emosi pesakit tu mahadasat jadinya  habis kite yg tkg jaga ni pom terbabas emosi kdg2.
tapi mungkin tak semua la kot pesakit beremosi
Quote Boomibulat 4-2-2020 02:03 PM
Dh tua kan..CNY hari tu ada nmpk blakon drama cina..
Quote nura19 4-2-2020 02:08 PM
Pahala menanti utk die sbb sanggup jaga suami yg sakit teruk masa  tu..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.116265 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top