CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Mengaku Pukul, Baling Periuk Pada Johny Depp" - Rakaman Suara Amber Heard Tersebar

4-2-2020 11:48 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 24544| Komen: 102|Original author: intan

Setelah hampir 3 tahun berlalu, kes penceraian pelakon Hollywood, Johny Depp dan Amber Heard sering saja mendapat liputan seantero dunia. 


Malah, akibat daripada kes ini, pelakon Johny Depp telah dibuang daripada senarai pelakon utama francais filem Pirates of Carribbean. Sepanjang kes ini berlangsung, bekas isteri pelakon tersebut mendapat sokongan gara-gara mendedahkan kecederaan yang didakwa telah dilakukan oleh Johny Depp.

Kredit foto: Carian google
Namun begitu, di sebalik karier yang terumbang-ambing, Johny Depp telah memfailkan saman sebanyak 50 juta dolar ke atas Amber di atas dakwaan palsu yang dibuat serta mendakwa bekas isterinya itu cuba menjatuhkan reputasi Depp.

Terbaru, kecoh di media sosial apabila sebuah klip suara yang mendedahkan bahawa Amber Heard mengaku telah mendera suaminya serta membaling kuali serta periuk terhadap Depp.
Malah, ada antara rakan artis yang tampil memberi keterangan seperti James Franco serta orang terdekat dengan pasangan ini namun kes ini masih dalam siasatan. Timbul desas-desus bahawa James Franco mengakui bahawa sebenarnya Amber yang mendera Depp bukan sebaliknya seperti yang didakwa.


Klip suara itu telah mendapat hampir ratusan ribu perkongsian dan telah mendapat reaksi berbeza yang rata-ratanya simpati dengan nasib Johny Depp. Untuk rekod, Amber telah menuntut perceraian atas alasan Johny sering menderanya secara fizikal dan mental.

Kredit foto: Carian Google
Malah Amber juga telah menunjukkan bukti foto dirinya cedera. Dia juga mendakwa Depp seorang kaki botol dan sering menjadikan dirinya mangsa melepaskan kemarahan. 

Namun, segalanya terjawab setelah rakaman suara tersebut tersebar. Di sebalik fitnah yang dilemparkan terhadap Depp, rupanya Amber memanipulasi dan mendera bekas suaminya itu. Reputasi Amber yang juga ikon #metoo semakin tercalar apabila gambar penderaan terhadap Depp dipaparkan secara umum.

Kredit foto: TMZ
Mungkinkah kebenaran akan terdedah dalam masa terdekat? - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gold_teeth 4-2-2020 11:52 AM
Huhu patut  kawin ngn ex gf dia tu.. lama bercinta siap dpt 2 org anak lg huhu
Quote lasagna 4-2-2020 11:57 AM
bleh transfer masuk bod sebelah cite ni. bod gosip antarabangsa.
Quote delsmomm 4-2-2020 12:02 PM
meol slalu baca tweet kat #justiceforjohnydepp tu..

so masa baca pengakuan Tara Roberts pasal amber ni yg abuse johny tu rasa kesian giller..

dia helpless sgt.. maybe sbb syg kan amber kot so dia xmelawan bila amber buat2 dia..
Quote apedehal 4-2-2020 12:02 PM
Aku da lama xcaya amber heard ni..go go abam johnny kasi saman smpai telanjang.she was just using u
Quote alesandra 4-2-2020 12:03 PM
cian abam joni kena fitnah ngan sundal neh dulu.merasa la trending #justiceforjohnny
Quote sarah82 4-2-2020 12:06 PM
Aku mmg tak suka si amber ni... Bitchy sgt
Quote fliphair8 4-2-2020 12:17 PM
kalau abusive person..it has to be historical...masalahnya JD all previous ex takde plak kate dia abusive....minah ni psychotic...she is rich because of her family, tapi she really lapar perhatian...
Quote kibodwatriuh 4-2-2020 12:19 PM
salah bod diknon
Quote haryatie 4-2-2020 12:33 PM
sian abam johnny
Quote Kurex 4-2-2020 12:35 PM
kesian awak daddy
Quote husna_amal 4-2-2020 12:43 PM
Pasal perempuan ni ganas sangat, sakit mental ke apa?
Quote weezerfan 4-2-2020 12:56 PM
X sangka JD ni penyabar mcm ni. Dulu dia ngan vanessa paradis ok2 je. Tp dulu dia ada masalah sex addiction. Harapnya amber ni di cancel lah cepat. Karma utk JD kot byk memukah sgt. Haha
Quote rosasen 4-2-2020 12:58 PM
dah lama org bgtau amber yg dera JD... tp suka amber n lakonan dia..hihi
Quote nad014 4-2-2020 12:58 PM
padan muka johny tu la kejar sgt yg muda.....
dan dgr dia bercakap pun , mcm tgh high atau mabuk
Quote kiah_mai_pulak 4-2-2020 01:02 PM
Edited by kiah_mai_pulak at 4-2-2020 02:00 PM

oohh amber heard yg pernah berlakon drama Daun Ketupat untuk Mertua tu eh?! lama dh x nmpk berlakon, tup tup kuar cter ni pulak
Quote buragazz 4-2-2020 01:13 PM
Aku ada tgk satu video pasal minat ni kat youtube.. sebelum ni dia dual band.. masa dia putus dengan kekasih lesbinem dia tu pun minah tu ada cakap Amber ada rentap tangan dia sampai lebam...
Quote helicornia 4-2-2020 01:27 PM
alaaa siannya my capten jack sparrow{:childlike
Quote ohnoLia 4-2-2020 01:37 PM
rosasen replied at 4-2-2020 12:58 PM
dah lama org bgtau amber yg dera JD... tp suka amber n lakonan dia..hihi

Tp amber berhak beri xplanation knp dia jd mcm tu. Mungkin di sebabkan suaminya sendiri.
Kalau kat snii waima apa jua somi buat, wanita hanya mampu menangis di bucu katil. Klu tempat lain, mereka akan fight for their right.

La ni perempuan selalu menjadi mangsa , di tuduh punca ... sedey ai..
Quote lazim 4-2-2020 01:58 PM
abang johny orang kokdiang barangkali

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.056894 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top