CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mencemarkan Islam!" - Pelakon Zul Yahya Gesa Orang Ramai Boikot Produk Sajat

5-2-2020 10:31 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 14154| Komen: 76|Original author: Oleh: rikuren

Kredit Foto: FB/IG

Pelakon Zul Yahya meminta agar rakyat Malaysia mula memboikot produk dan jenama keluaran usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat ekoran kontroversi yang dicetusnya baru-baru ini.

"Kepada peminat dan ejen jualan Sajat, berhenti ambil produk Sajat. Bukan kita nak sekat rezeki, tapi nak bagi pengajaran kerana kita sayangkan dia. 

"Kita ambil tindakan supaya tak tersasar lebih jauh dan supaya dia sedar apa yang dia dapat hari ini datangnya daripada Allah SWT.

"Inilah masa untuk kita semua membantu agama kita. Bukan nak suruh semua orang mengangkat pedang dan berlawan, tapi mana yang tak betul dengan aturan agama kita, kita boikot," katanya.

Dalam video berdurasi 16 minit 54 saat itu, Zul turut meluahkan kekesalannya sebagai masyarakat dan Islam berikutan tindakan Sajat itu.



Loading FB Post...

Zul Yahya merasakan perbuatan Sajjad mencemarkan kesucian Islam serta meminta agar golongan ‘maknyah’ ini segera kembali ke pangkal jalan dan sedar akan fitrah asal mereka.

Selain itu, Zul juga meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan terhadap situasi ini supaya Sajat tidak tersasar jauh dari Islam.

Zul juga meminta sahabat baik Sajat iaitu Datuk Seri Aliff Syukri agar menasihatinya untuk kembali ke pangkal jalan.

Rata-rata netizen menunjukkan reaksi sokongan kepada Zul atas pendapatnya serta mempertikaikan tindakan Sajat itu.




Kredit Foto: FB

Bertaubatlah Sajat. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 5-2-2020 10:36 AM
Setuju seratus peratus. Rindu zaman kalut pepaya dia tu.  kelakar dulu2 dia ni.
Quote RumiMenari 5-2-2020 10:38 AM
Bengisnya rupa dia.. dulu rasa dia ensem sgt dgn lesung pipit dia yg dalam tu
Quote meow_tompok 5-2-2020 10:42 AM
Sokong 100%, mmg patut lama dah sajat ni kena boikot.

Syukurlah kat Malaysia ni takde golongan extremis mcm kat paki & yindia sana. Kalau tak dah lunyai dah Sajat ni. Memalukan nama negara, nama Islam, nama kampung, nama keluarga. Makin kaya makin melampau. Ingat rakyat Malaysia terhibur ke






Quote natrahn 5-2-2020 10:43 AM
234126 replied at 5-2-2020 10:36 AM
Setuju seratus peratus. Rindu zaman kalut pepaya dia tu.  kelakar dulu2 dia ni.

dia memang geram betul kat Sajat..siap nak bertukar jadi Papaya katanya hehe
Quote natrahn 5-2-2020 10:44 AM
meow_tompok replied at 5-2-2020 10:42 AM
Sokong 100%, mmg patut lama dah sajat ni kena boikot.

Syukurlah kat Malaysia ni takde golongan e ...

betul..kat pakistan dorang tembak je.. sana lagi agressif sampai ramai trans bunuh diri
Quote 234126 5-2-2020 10:45 AM
natrahn replied at 5-2-2020 10:43 AM
dia memang geram betul kat Sajat..siap nak bertukar jadi Papaya katanya hehe

Hahahaahha
Quote manehnya 5-2-2020 10:50 AM
aku still x paham knp yg beli tu adalah golongan wanita tulen... bodo tak campur air, padu...
Quote kucingitam 5-2-2020 10:52 AM
dr awal dia muncul pun aku dah pelik dah kenapa nak beli2 produk dia.

bengkung dia tu..eh...dia tu dah bedah nak bagi nampak curvy..yg kau beli bengkung dia mahal2 dah kenapa?

mmglah betul ko pakai bengkung tu nampak badan cantik..

ko beli korset brand scarlet kat aeon pun badan ko boleh terbentuk cantik
Quote jijilaaa 5-2-2020 10:55 AM
ak pun tak terpikir, isu pondan masuk ruang solat wanita kat tanah haram ni, puak2 extrimist kat luar sana tak nak ugugt bunuh ke si sajat ni??? ada tak dunia luar perasan hal ni? ke malaysia je y bising
Quote Kurex 5-2-2020 10:57 AM
bukan dah ada ke benang ni?
Quote alesandra 5-2-2020 10:59 AM
aku sampai skrg  pun taktau produk menatang apa dijual sajat neh
Quote syakuntala 5-2-2020 11:03 AM
rindunya dng lakonan zul yahya
Quote azimodin 5-2-2020 11:15 AM
Setuju. sajat ni riak sebab dia ada duit. ramai je trans / drag kat luar sana tapi bila beribadat ikut la jantina azali yach.

Teringat zaman kegemilangan zulyahya. semua stesen tv ada muka dia. Paling ship sekali kalau ada dia dengan khiriah. menjadi je kesengalan dorang.
Quote AshkieLa 5-2-2020 11:17 AM
serius je tengok video je walaupun panjang..
tapi nak tergelak sikit bila dia mentioned nak bertukar jadi papaya...
dulu best je tv3 drama dia hari2 ade tema... khamis selalu seram, jumaat selalu islamik...
Quote epal21 5-2-2020 11:17 AM
Zul yahya dah ada iras mufti WP pulak.
Quote getah 5-2-2020 11:20 AM
setuju 500%

sekarang bukan masa utk kita maki hina sajat. kite x taw ape lagi dugaan die sebelum die nak berangkat tanah suci lagi.. tu urusan dia n Allah.
mungkin mutawwif tu sendiri yg membenarkan die pakai telekung sbb bentuk badan n rupa sajat mmg macam perempuan .
cuba di pakai ihram dengan fizikal yg macam tu lagi menimbulkan fitnah.

sekarang die bertuhankan netizen. orang macam ni lagi kite cabar lagi die suka.. sbb publisiti yang meluas.

ape yg kita boleh buat boikot die terus. dari view follow all socmed. bia die taw n rasa semua org dah x pedulikan dia,  mungkin cara ni je yg boleh buat die insof.

bekung.. emas n semua produk yg die keluiarkan jangan beli
ig fb live x yah view or even follow

ape yg kite perlu risaukan ialah orang sekeliling kite.. adik bradik.. mak ayah.. suami anak2.. cukup ke solat diorg, amal ibadah diorg.. sibukan kain kita dari jaga kain orang.

Quote azhardanil 5-2-2020 11:21 AM
Boikot sekali penyokong Sajat ni.. Sebab penyokong dia pun sangat ramai, sebab tu die berani dan rasa die betul. Mangkuk!
Quote nia_salina 5-2-2020 11:24 AM
OT sikit .restoren zul kt ipoh sedap ye !
Quote nura19 5-2-2020 11:42 AM
Lama dh x nmpk zul berlakon...bz meniaga mknan

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054056 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top