Ngilu! Lelaki menahan kesakitan lebih sejam selepas tangannya tertusuk besi ketika melakukan aktiviti memanah ikan di Pakan, Sarikei, semalam. Astro AWANI melaporkan, ketika kejadian tangan mangsa tertusuk besi berkenaan selepas tergelincir.
Ketua Balai dan Penyelamat Daro, Mahmudin Narudin mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Unit Kecemasan Hospital Sarikei pada jam 2.23 petang. "Kami bertindak memotong besi tersebut dengan berhati-hati menggunakan pemotong bagi mengelak kecederaan lebih teruk pada tangan mangsa. "Akhirnya besi itu berjaya dikeluarkan dari tangan mangsa dalam tempoh 30 minit," katanya. Mangsa, 54, kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut. - CARI
|
ADVERTISEMENT