CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Batu-batu Bergerak Sendiri, The Undertaker Dah Buat Apa Di Lembah Death Valley?

17-3-2020 09:37 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 6771| Komen: 18|Original author: Oleh: PDOT777

Kredit foto: Google Images


Tengok tajuk pun anda dah tertanya-tanya. Apa yang The Undertaker dah buat sebenarnya? Adakah lembah tu betul-betul berhantu?


The Undertaker
Kredit foto: When the WWE asked Undertaker to dance as Booker T: the background, sparkchronicles.com


Bagi peminat WWE, anda mungkin tahu yang The Undertaker datang dari bandar Death Valley di California. Hakikatnya, The Undertaker atau nama sebenarnya, Mark Calaway bukanlah datang dari situ, sebaliknya dia berasal dari Houston, Texas.


Tetapi, Death Valley sendiri memang boleh dianggap berhantu kerana kejadian-kejadian pelik di situ. Dari suhu di situ sebagai yang terpanas di dunia ibarat ketuhar panas, sehinggalah kepada batu bergerak sendiri. Betul ke, tu?


Memetik sumber nationalparks.org, fenomena batu bergerak ini dikenali sebagai Sailing Stones. Susah untuk dilihat secara sendiri oleh mana-mana manusia, tetapi ada bukti batu ini bergerak sendiri. 


Kesan yang ditinggalkan dari lokasi batu tersebut berada menunjukkan batu tersebut memang pernah bergerak. Undertaker ada buat apa-apa magik ke?


Sailing Stones
Kredit foto: How to Visit Racetrack Playa in Death Valley National Park, earthtrekkers.com


Ada penjelasan nya. Batu-batu ini yang boleh mencapai sehingga 320 kilogram tidaklah mempunyai kuasa mistik untuk bergerak. Terhasil dari dolomite dan syenite iaitu bahan sama yang terdapat pada gunung, batu-batu ini bergerak dengan bantuan sains.


Pada 2014, pasukan yang diketuai ahli paleobiologi, Richard Norris, melaporkan hasil pemerhatian kali pertama di kawasan itu. Mengikut fakta, batu-batu ini tidak akan bergerak sehingga lebih dari 10 tahun, jadi mereka tidak mahu menjalankan kajian dengan membuat pemerhatian secara sendiri. 


Death Valley National Park
Kredit foto: Death Valley National Park, britannica.com


Sebaliknya, mereka menggunakan bantuan stesen cuaca beresolusi tinggi. Kawasan kajian mereka merupakan sebuah taman negara rasmi di Amerika, di kawasan Racetrack Playa di Death Valley


Dijalankan pada musim sejuk 2011, eksperimen dijalankan selama hampir tiga tahun.


Kawasan Racetrack Playa
Kredit foto: BADWATER BASIN, DEATH VALLEY, CA, edgrahamphoto.com


Tak sangka pada Disember 2013, mereka terjumpa sesuatu yang mengejutkan. Richard Norris dan ahli pasukan, James Norris pergi ke Death Valley dan mendapati kawasan Racetrack Playa itu ataupun dipanggil playa menjadi sebuah kolam cetek dengan kedalaman tidak lebih tujuh sentimeter. Kemudian, batu-batu itu didapati bergerak.


Menurut mereka, pergerakan batu-batu ini memerlukan gabungan beberapa situasi. Pertama, kawasan playa yang juga kawasan mendatar dan sangat gersang itu perlu dipenuhi air cukup dalam untuk menghasilkan kawasan berais, tetapi tidak terlampau dalam dan cukup untuk batu-batu itu timbul di permukaan.


Pada waktu tengah malam, suhu sekeliling menjadi sangat sejuk dan kawasan berair ini akan membeku untuk membentuk lapisan ais seperti tingkap, yang cukup nipis tetapi sangat kukuh. 


Pada hari-hari yang panas, lapisan ais akan mencair dan berpecah menjadi lapisan yang lebih kecil. Angin-angin yang lalu di situ akan menolak lapisan-lapisan kecil ini sekeliling kawasan playa. Akan ada lapisan yang berlanggar dengan batu-batu itu.


Fenomena Sailing Stones dapat dilihat dengan mata kasar oleh manusia
Kredit foto: How to Visit Racetrack Playa in Death Valley National Park, earthtrekkers.com


Permukaan sekeliling yang licin memudahkan batu itu bergerak. Batu bergerak ini akan meninggalkan jejak pada kawasan tanah yang menjadi lembut di bawah kawasan playa


Batu-batu ini bergerak dengan kelajuan angin sejauh tiga hingga lima meter per saat, dibawa oleh ais yang tebalnya kurang dari lima milimeter. Mengikut ilmu sains, ais berfungsi untuk mengurangkan geseran. 


Terdapat bukti fenomena batu-batu bergerak ini sudah berkurang. Kerana perubahan iklim, ais kurang terjadi pada waktu tengah malam, jadi fenomena sains ini tak akan terjadi. Sebelum tahun 2014, pergerakan batu yang terakhir adalah pada tahun 2006. 


Jadi, adakah misteri batu bergerak ini sudah selesai? Ataupun ada perkara ajaib lain yang kita tak tahu? Apa kata anda lawat sendiri ke Death Valley dan jalankan kajian anda. 


Kalau anda tanya Undertaker, mungkin beliau ada jawapan yang lain. Siapa tahu? - CARI


2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote biozipstar 17-3-2020 09:48 AM
thanks. info yg menarik !
Quote MadameOnion 17-3-2020 10:03 AM
so..wrestlemania tahun ni cancel ke postpone? haha soalan takda kena mengena
Quote husna_amal 17-3-2020 11:34 AM
info yang menarik..
Quote bloodyamuk 17-3-2020 04:37 PM
angin bayu membawa batu
Quote fizroy 18-3-2020 10:09 AM
keajaiban alam yang boleh diterangkan melalui sains
Quote ainashiqa 18-3-2020 10:58 AM
Tq for info.. Menarik
Quote PDOT777 18-3-2020 11:58 AM
MadameOnion replied at 17-3-2020 02:03 AM
so..wrestlemania tahun ni cancel ke postpone? haha soalan takda kena mengena

entah la boss... ada ura2 kata nk jalankan gak....tpi takda penonton....hmmmm
Quote PDOT777 18-3-2020 12:00 PM

no problem boss
Quote PDOT777 18-3-2020 12:01 PM

thanks boss
Quote PDOT777 18-3-2020 12:02 PM

angin sepoi2 bahasa
Quote PDOT777 18-3-2020 12:03 PM
fizroy replied at 18-3-2020 02:09 AM
keajaiban alam yang boleh diterangkan melalui sains

indah betul ciptaan Allah SWT
Quote PDOT777 18-3-2020 12:03 PM

sama2 boss....no problem
Quote Artemesiaa 18-3-2020 05:02 PM
Menarik infonya
Quote PDOT777 18-3-2020 09:37 PM

thanks boss
Quote HannahMontana 23-3-2020 05:46 PM
takut aku dgn  cara undertaker tu


berdebar-debar.
Quote jason_jasoff 15-5-2020 08:47 PM
haha kesian undertaker
Quote afie_m 19-5-2020 12:19 PM
info yang menarik
Quote aliazulaikha 28-5-2020 09:52 PM
Tq for info tt

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top