Bila kita berkunjung ke pusat membeli belah, selalu kita lihat ada jualan kereta. Pernah tak korang terfikir bagaimana kereta boleh memasuki ruang pusat membeli belah?
Ada netizen yang fikir kereta ini dibawa turun dari bumbung atas menggunakan jentera, tali atau helikopter. Rupa-rupanya caranya begitu mudah sekali. Seorang konsultan jualan di Proton merungkaikan persoalan ini. Kereta dimasukkan melalui pintu utama atau pintu belakang pusat membeli belah dengan syarat, tiada lagi pengunjung ketika itu.
Ciapan ini mendapat pelbagai reaksi warga maya. Begitu rupanya. Yang pasti bukan calang-calang oranglah pemandu yang bawa masuk kereta tu. Memerlukan kemahiran memandu yang baik sekali terutamanya memandu di kawasan sempit. - CARI Kredit - Twitter Lala Proton |
missbigrockstar replied at 6-2-2020 02:26 PM
Dulu pernah terbaca kat negara Arab tak ingat yg mana, org kaya shopping naik kereta dari satu kedai ...
ADVERTISEMENT