CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Untunglah Pemandu Mabuk, Boleh Langgar Sesiapa"- Kereta Polis Pula Dilanggar Myvi

7-2-2020 11:10 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5151| Komen: 20


Laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS telah berkongsi satu rakaman video dashcam memaparkan kemalangan yang memb@bitkankereta perodua Myvi dan kereta polis peronda.

Kejadian itu berlaku di Lebuhraya Grand Shapadu menghala ke Klang.


Kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi dipandu laju dan melanggar kereta peronda polis yang membuat kawalan terhadap kenderaan Land Rover rosak.

Kemalangan itu menyebabkan kerosakan di bahagian bonet belakang dan kerosakan bahagian lain yang belum dipastikan. 


Kredit foto: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Kedua-dua anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Siasatan awal mendapati hasil ujian pernafasan pada pemandu kereta berusia 25 tahun itu menunjukkan kandungan alkohol di bawah had ditetapkan dan saringan awal ujian air kencing adalah negatif.

Walaubagaimanapun pemandu kereta itu direman dua hari bagi membantu siasatan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu memandu dalam keadaan berbahaya.

Kredit foto: Kredit foto: Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

Betul juga kata netizen tu. Sesuatu perlu dilakukan mengenai isu pemandu mabuk ini yang dilihat semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini sebelum lebih ramai nyawa melayang dan lebih banyak kerosakan harta benda berlaku. - CARI 



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 7-2-2020 11:22 AM
Patut langgar anak vip baru betul
Quote LadyCarefree 7-2-2020 11:27 AM
Kenapa tajuk tu provokasi? Apadaaaaaa
Quote bloodyamuk 7-2-2020 11:32 AM
semoga pemandu mabuk melanggar mati tauke2 kilang arak, pengedar arak, tauke2 kedai2 arak, tauke2 restoran dan kedai makan jual arak...kalau tak langgar mati diorang, langgar anak cucu kesayangan biar diorang pegi kutil sisa otak dan daging yang hancur berkecai atas jalan...

ikhlas dari saya, yang kawan sekolah meninggal dunia kena langgar lari dek pemandu mabuk todi
Quote Mfzg89 7-2-2020 11:41 AM
tips: pasni pakat2 standby todi dlm kete ye.  kot2 terlanggor kita terus teguk je.paling tidak dok lokap seminggu je..ok la tu dari kena penjara walaupn si mangsa yg x besalah tu mati kena langgor..
Quote Rogue98 7-2-2020 11:52 AM
Benda mcm ni pun kerajaan nak biarkan sampai bile ye? Nak tunggu Najib mabuk langgar orang baru nak take action ke?
Quote pokaibanktokyo 7-2-2020 12:03 PM
@natrahn
Untung pejadahnya ? Belum pape lagi dah direman 2 hari
Quote pokaibanktokyo 7-2-2020 12:05 PM
bloodyamuk replied at 7-2-2020 03:32 AM
semoga pemandu mabuk melanggar mati tauke2 kilang arak, pengedar arak, tauke2 kedai2 arak, tauke2 re ...

Tauke tauke kilang arak di malaysia semua orang asing. Tinggal di luar malaysia
Quote pokaibanktokyo 7-2-2020 12:06 PM
Laju sangat sampai tak sempat ....
Quote Artemesiaa 7-2-2020 12:12 PM
Ada orang minum setin dah macam orang yang minum sepuluh tin ada orang yang minium sepuluh tin pun relax je macam baru minum setin.  Ni gi langgar pulak kereta polis hadaplah nak kena  menjawab dalam balai nanti.
Quote husna_amal 7-2-2020 12:27 PM
sesetengah pesalah pemandu mabuk ni dilindungi oleh pihak tertentu dari hukuman undang2.
Quote Cassieopeia 7-2-2020 12:37 PM
ni kalau lepas jgk tak tau la kan...nasib tak langgar polis tu
Quote natrahn 7-2-2020 01:44 PM
LadyCarefree replied at 7-2-2020 11:27 AM
Kenapa tajuk tu provokasi? Apadaaaaaa

#sarcasm ja @ladycarefree
Quote natrahn 7-2-2020 01:46 PM
pokaibanktokyo replied at 7-2-2020 12:03 PM
@natrahn
Untung pejadahnya ? Belum pape lagi dah direman 2 hari

sarcasm @pokaibantokyo

banyak dah kes pemandu mabuk ni langgar orang.


hukuman tak teruk mana jadi dorang berani ja  langgar sapa saja..


orang meniaga tepi jalan pun kena... ni pon polis pon selamba ja laju straight terus hentam
Quote pokaibanktokyo 7-2-2020 02:08 PM
natrahn replied at 7-2-2020 05:46 AM
sarcasm @pokaibantokyo

banyak dah kes pemandu mabuk ni langgar orang.

  • Ujian dah mengesahkan dia tak  mabuk kan ?  Dia cuma memandu terlampau laju & tak menyangka ada lencungan yang polis buat tengah jalan

Quote hasniey 7-2-2020 05:11 PM
Mabuk2 pastu hujung2 claim ada kad OKU.
Quote CiliPadiSedap 7-2-2020 08:41 PM
Yg gubal akta pengangkutan jalan bukan polis dulu kelas kemahiran hidup cikgu ajar tidur kt belakang
Quote nooriesz 7-2-2020 09:19 PM
aku tgk sekor menterii pun xpenah ckp ape2 psl ni.. klu pemandu mabok tu kne pukol laju pulakk nk tangkap org yg memukul tu!!

baghal!!!!
Quote Zazama 9-2-2020 07:50 AM
Makin menjadi2 kes mabuk langgar orang.
Quote zarulnazmi 10-2-2020 11:42 AM
Kalau polis dah kena langgar pun masih tiada tindakan yang lebih tegas munking kita perlu tunggu menteri atau ahli keluarga menteri yang jadi mangsa barulah tiada lagi peluang untuk pemabuk-pemabuk di Malaysia.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035034 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top