CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ingat Bagi Kucing Ke?" Nasi Sejemput Campur Kicap, 2 Ketul Leher Ayam Di Taska

7-2-2020 03:04 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 15982| Komen: 128

Setiap kali memikirkan tempat asuhan dan tadika yang menawarkan caj berpatutan dengan kemampuan kewangan, pasangan ibu bapa sentiasa dalam dilema.

Mereka sanggup berkorban apa sahaja termasuk 'mengikat perut' serta melakukan kerja sampingan demi memastikan peruntukan bagi tujuan itu mencukupi demi mendapatkan khidmat terbaik untuk anak kesayangan.





Namun, alangkah terkilan rasa di hati apabila perkhidmatan yang sebaliknya diterima seperti yang dikongsikan seorang ibu ini.

"Ternyata makanan yang disediakan hanyalah nasi, kicap dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh 6 orang anak..."




Menurut ibu ini lagi, beliau terpanggil untuk datang menyiasat kerana anak-anak kerap mengadu hanya makan nasi, kicap dan telur dadar sahaja di tadika.

Beliau merasa kecewa kerana melihat sajian sebegini dihidangkan pada anaknya dan ternyata benarlah apa  yang diperkatakan anaknya selama ini.


Kita sedia maklum sesetengah anak kecil agak cerewet dalam pemilihan makanan. Tapi ini bukan lesen mana-mana pihak menyajikan hidangan sebegini. Makin tak berseleralah dibuatnya.

Hantaran ini menjadi viral dan mendapat kecaman netizen yang kecewa dengan perkhidmatan tadika itu. 

Ingat bagi kucing ke?


Dulang pun macam kotor je



Kredit foto: Facebook

Selepas viral ni, moga pemilik taska ambil lah inisiatif untuk tukar menu lebih sihat dan mengenyangkan berbaloi dengan yuran yang dibayar ibu bapa ye.

Lagipun pemakanan yang baik adalah penting untuk semua peringkat umur dan pada semua peringkat kehidupan untuk membantu tubuh dan minda berkembang dan menjadi matang. - CARI 



Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 7-2-2020 03:08 PM
Ini bayar berapa ya sebulan utk sorang anak..
Quote MsKathryn 7-2-2020 03:17 PM
Makanan apa mcn tu..  kucing makan pn x cukup
Quote kucingitam 7-2-2020 03:22 PM
terus teringat anak kat taska..tapi iols bagi bekal sendiri
Quote KIM.K 7-2-2020 03:23 PM
Edited by KIM.K at 7-2-2020 03:24 PM

Masa kecik zaman tadika, mak iols bagi cikgu duit extra utk mengasuh (stayback lepas habis kelas). Petang mak iols ambil. Duk tadika kampung je tapi kitorang sampai pandai membaca, main alat muzik, baca nota muzik, buat konsert time konvo. Cikgu pula selalu masak sedap2

Masakan favourite iols yg cikgu buat pajeri terung. Pajeri cikgu je iols makan. Sampai harini cikgu tadika iols mesti kirim pajeri terung. Ingat cikgu kat iols

Nak cari cikgu yg sayang anak kita tu susah. Memang rezeki kalau jumpa
Quote cikbawang237 7-2-2020 03:25 PM
ellez replied at 7-2-2020 03:08 PM
Ini bayar berapa ya sebulan utk sorang anak..

I pon tertanya2 soklan ni.. bayar berapa taska niii
Quote Victorioussss 7-2-2020 03:28 PM
Ni mesti ade cikgu (biasanya gemok, kekadang kurus) dlm tu salah gunakn duit makanan untuk dia je

Harap yang mengklepet duit makan budak2 tu mati bawah lori

No toleration kalau bab hak budak2 dan makan makan
Quote Sazida 7-2-2020 03:29 PM
Wehhh aku tadika dulu byr sebulan rm5 jahh. Elok je mkn. Pinggan sorang satu. Wlpn plastik. Xpelahh kan sbb budak2.  Ni seriuss laa bg mkn dlm talam gitu dah mcm kucing punya mkanan. Cikgu tadika ni mmg layak dikecam
Quote Artemesiaa 7-2-2020 03:37 PM
Bukan benda baru pun ramai je yang tak tahu tapi bukan semua tempat sebab tu kadang elok buat lawatan mengejut
Quote supermum 7-2-2020 03:38 PM
Dengan tak hygiene nya. Euuwww.. Tapi kalau tadika melayu biasa fee murah. Nak cut cost kot ni.
Quote RumiMenari 7-2-2020 03:38 PM
Tak amanah bukak sekolah mcm ni.. korang naya kat budak2 yg tak berdosa.. sedangkan sbb parents hantar anak2 la menyebabkan korang semua ada gaji nak mencekik, mentakedarah dgn keluarga korang.. report sampai sekolah ni tutup.. dan jgn bg lesen lg pd owner.. cilaka sgt perangai!
Quote nazzse 7-2-2020 03:39 PM
ingatkan apa lah yang putih tu, nasi rupanya.keras je nampak
Quote fliphair8 7-2-2020 03:40 PM
laaa tak reveal tadika mana kat mana ke?
Quote isseliparjepun 7-2-2020 03:48 PM
I kadang terpikir benda sama gak. Apa la anak i makan kat tadika. But considering anak i ni memang menunya tak susah. Nasi kicap aje pun menu faveret dia. Walau bayar mahal gak la (pada i rakyat marhaen) tapi sebab cikgu cikgunya okay and rajin up gambar aktiviti harian anak anak, i tak banyak songeh.

I rasa tengok bayaran gak kan. Kalau tadika stok stok brainy ke little caliph ke tak mungkin gini. So mungkin pihak tadika bercatu makanan sebab bayaran bulanan murah/rendah. Luckily parents ni prihatin and check. Pihak tadika pun sepatutnya telus dengan menu. Kalau rasa terbeban, cerita dengan ibu bapa jadi dapat capai kerjasama. Meeting pibg tadika pun rajin rajin pergi juga as parents.
Quote niena90 7-2-2020 03:49 PM
Eeee kejinya dah tahun 2020 bagi budak2 makan camni?! Keji gila perangai bagi anak org makan lauk camni siap share ramai2 dlm dulang. Aku dulu tak pernah ok makan gaya camni. Makanan kucing aku lg menyelerakan.
Quote munchkin 7-2-2020 03:57 PM
Hmmm. Kesiannya. Tu sekali suap je tu. Aku rasa kalau tadika takde bajet, ckp je dengan parents. Mungkin parents boleh belikan groceries.

Aku pulak dulu langsung takde selera nak makan. Dulu pinggan siap ada 3 compartment utk nasi lauk dan sayur/buah.
Quote husna_amal 7-2-2020 03:57 PM
Bila baca, ni mungkin ini taska tempat transit anak2 dan bukannya tadika. Pengadu pun tak nyatakan berapa bayaran yang dikenakan. Mungkin bayar murah sangat kot sampai taska ni tak mampu sediakan makanan secukupnya.
Quote natrahn 7-2-2020 03:58 PM
fliphair8 replied at 7-2-2020 03:40 PM
laaa tak reveal tadika mana kat mana ke?

kat link facebook tu ada komen yang reveal kat mana...tak berani nak sebut sini.kena saman iolls nanti huhu
Quote rayriff 7-2-2020 03:59 PM
jahat betul la. baik ko bagi telur dada dari bagi 2 ketul leher yang isinya ciput. budak pandai ke gigit leher tu. dah sorang gigit yang 5 budak makan ape pulak. semoga dilaknat kalau betul la buat camni.
Quote seri_mawr 7-2-2020 04:02 PM
dah kena kecam berjemaah dah owner tadika ni ....bawang rangers dah attack FB nyaa...

tadika n Taska Hidayah Educare batu pahat gitu....

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060550 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top