CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

John Cena Dah Ada Kekasih Baru, Tapi Siapa Pula Wanita Lagi Satu Tu?

10-2-2020 11:31 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 6979| Komen: 13|Original author: Oleh: PDOT777



Kalau nak cerita bab bercinta ni, kadang-kadang susah juga kan?

Ada yang bercinta, terus nak serius, nak ada komitmen. Kalau kita lihat budaya di sebelah Barat, ada yang bercinta sampai terus melahirkan anak. Kahwin pun belum, tapi dah ada anak.

Ada yang tak nak bercinta, terus nak bertunang, terus nak kahwin. Perkara ini pun tak terlepas daripada bintang WWE yang juga pelakon Hollywood, John Cena.

Dunia hiburan agak sedih apabila John memutuskan pertunangannya dengan seorang lagi bintang WWE, Nikki Bella. Nikki atau nama sebenarnya, Stephanie Nicole Garcia-Colace meminta untuk putus tunang selepas enam tahun bersama. 


Nikki Bella dan John Cena ketika masih bersama
KREDIT FOTO: lifeandstylemag.com

Mereka tidak mengumumkan secara rasmi bahawa sudah putus tunang, tetapi umum sudah tahu punca mereka putus tunang adalah disebabkan keengganan John untuk mempunyai anak. Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang, tapi perkara ini biasa di dunia Barat.

Itu dulu. John sekarang sudah ada teman wanita baru. Sejak tahun lepas, beliau dilihat mesra dan intim dengan jurutera, Shay Shariatzadeh. 

Shay yang juga merupakan seorang pengurus produk, merupakan warganegara Kanada dan berumur 29 tahun, iaitu 12 tahun lebih muda daripada John, 41.


Shay Shariatzadeh
KREDIT FOTO: globeintel.com

John pasti beruntung memiliki Shay mengaku sukakan fizik dan matematik. Dengan otak yang geliga sebagai seorang jurutera, Shay juga memiliki tubuh persis model. Perwatakan Shay juga sangat merendah diri dan tidak suka publisiti, mungkin antara faktor John tertarik kepadanya. 

Difahamkan, kali pertama mereka berjumpa adalah ketika John sedang jalani penggambaran filem Playing With Fire


John bahagia dengan Shay
KREDIT FOTO: lifeandstylemag.com

John mendedahkan hubungannya dengan Shay buat kali pertama pada gala premier filemnya, Playing With Fire. Apabila mengetahui tentang hubungan mereka, Nikki Bella tumpang gembira untuk John walaupun beliau mengakui berasa ???pelik???.

Jadi, siapa pula wanita seorang lagi itu? Apa kaitannya dengan John Cena?

Agak ramai yang menganggap Nikki ialah wanita pertama dalam hidup John, tetapi bukan.

Wanita dalam gambar ini sebenarnya bekas isteri John. Beliau ialah Elizabeth Huberdeau, cinta pertama John sejak zaman sekolah tinggi. 


Elizabeth Huberdeau
KREDIT FOTO: biographytribune.com

Tidak banyak fakta diketahui tentang hubungan mereka sebelum berkahwin, tetapi dikatakan mereka kali pertama berjumpa ketika Elizabeth masih belajar di Cushing Academy di Ashburnham ataupun ketika di Central Catholic High School di Lawrence. Kedua-dua pusat pengajian ini terletak di bandar kelahiran John Cena, Massachussetts.

Memetik sumber pandagossips.com, Elizabeth pernah bercita-cita untuk menjadi seorang model, berbekalkan wajah yang cantik dan potongan badan yang sesuai. Tapi, hasratnya tidak kesampaian, jadi beliau kejar cita-cita dalam bisnes hartanah. 

Hubungannya dengan John tidak pernah diketahui, sehinggalah John sendiri menghebahkannya kepada umum ketika promosi filemnya, 12 Rounds.

Mereka berkahwin pada Julai 2009, tetapi mengejutkan orang ramai apabila John memfailkan penceraian pada 2012. Ada sumber mengatakan bahawa perselisihan faham semasa proses menghias semula rumah, menjadi punca sebenar perceraian mereka. 

Pasangan ini tidak ada anak, kerana John dikatakan tidak bersedia disebabkan komitmen dengan WWE.


Elizabeth dan John bercerai pada tahun 2012
KREDIT FOTO: pandagossips.com

Elizabeth kini bergelar broker hartanah dengan kekayaan sebanyak 10 juta dolar. Beliau mempunyai pasangan baru bernama Eli Ayoub, dan menetap di Florida. 

 
Nikki Bella dan Artem Chigvintsev
KREDIT FOTO: cheatsheet.com

Sementara itu, Nikki pula kini sedang hamil hasil bersama pasangan baru yang juga bintang Dancing With The Stars dan tunangnya, Artem Chigvintsev. Nikki masih mempunyai kontrak dengan WWE. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 10-2-2020 12:10 PM
john cena ni mmg tak suka komitmen kot..dulu tengok total divas mcm kesian dekat nikki sbb nak sgt baby tapi john takmau...brie bella aman2 je dgn daniel brian lepas kawin terus dpt anak..semoga nikki dapat merasa kebahagiaan menjadi seorang ibu
Quote PDOT777 10-2-2020 12:38 PM
MadameOnion replied at 10-2-2020 04:10 AM
john cena ni mmg tak suka komitmen kot..dulu tengok total divas mcm kesian dekat nikki sbb nak sgt b ...

tu laa...mintak2 Artem tu jgn bual hal pulak...
Quote Kurex 10-2-2020 12:50 PM
kalau takmau baby, @Themilo kan ada..
Quote husna_amal 10-2-2020 01:00 PM
bercinta lama2 tanpa ikatan perkahwinan, tau2 je anak haram dah berderet
Quote MadameOnion 10-2-2020 02:17 PM
PDOT777 replied at 10-2-2020 12:38 PM
tu laa...mintak2 Artem tu jgn bual hal pulak...

hmmm rasanya nikki yg akan buat hal lepas beranak nanti..mesti takda masa dah..dgn nak jaga anak lagi..life as wwe diva pun mmg hectic gilos
Quote diggerr 10-2-2020 04:04 PM
Quote PDOT777 10-2-2020 04:46 PM
MadameOnion replied at 10-2-2020 06:17 AM
hmmm rasanya nikki yg akan buat hal lepas beranak nanti..mesti takda masa dah..dgn nak jaga anak l ...

itu kalau artem tak dapat nak faham Nikki punya life la maybe. Lain la kalau Nikki nk ikut jejak Becky Lynch. Becky katanya lepas wrestlemania nak tinggalkan jap WWE sebab nk dptkan anak dgn seth rollins.
Quote PDOT777 10-2-2020 11:26 PM
husna_amal replied at 10-2-2020 05:00 AM
bercinta lama2 tanpa ikatan perkahwinan, tau2 je anak haram dah berderet

nak buat mcm mana sis...nasib baik Islam kita haramkan benda ni
Quote mamajawie 16-10-2020 12:30 PM
John Cena kahwin senyap-senyap

BINTANG filem, John Cena disahkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, Shay Shariatzadeh pada Isnin lalu di Tampa, Florida, Amerika Syarikat. Perkahwinan rahsia itu mula dihidu apabila bekas ahli gusti itu menulis ciapan di Twitternya sehari selepas berkahwin.

"Saya akan rasa sangat bahagia. Ini adalah satu cara terbaik untuk melengkapkan kehidupan dengan mengejar kebahagiaan dan bukan keseronokan semata-mata," tulisnya.

Kebelakangan ini juga, John banyak bercakap mengenai kisah romantis dan menyentuh perkara-perkara berkaitan cinta. Awal tahun lalu, muncul spekulasi yang mengatakan dia sudah bertunang dengan wanita yang berkerjaya sebagai jurutera itu.  

Spekulasi itu timbul selepas tersebarnya gambar John bersama Shay dan kelihatan, sebentuk cincin di jari wanita itu. Kedua-dua mereka mula berkenalan pada Mac 2019, tidak sampai setahun selepas John berpisah dengan bekas tunangnya, Nikki Bella.

image.png
John Cena bersama dengan Shay Shariatzadeh.

Kredit : Harian Metro



Quote padris 16-10-2020 08:22 PM
Congratss...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.121467 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top