CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Nak Jumpa Anak, Dia Kena Balik Malaysia" - Jaclyn Victor Dah Move On

13-2-2020 12:22 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 17371| Komen: 60|Original author: Oleh: top5complete

Penyanyi popular Jaclyn Victor tidak rasa terganggu dan depresi dengan penceraiannya yang baru sahaja berlaku bulan lalu. Dia bercerai secara baik dan tiada dendam langsung terhadap bekas suaminya itu. 



Foto: Instagram Jaclyn Victor

Memetik laporan Gempak, Jaclyn tidak mahu mengulas panjang tentang perceraiannya dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet atau Shawn Rivera. 

Apa yang penting adalah hubungan mereka masih baik dan anak-anak masih mempunyai seorang ayah dan ibu yang penyayang walaupun mereka sudah tidak bersama.

"Apa yang lepas, biarlah lepas. Perkara itu sudah berlalu. Tak ada apa yang berlaku. Benda dah habis. 

"Kepada semua yang risaukan saya, kepada peminat yang tertanya-tanya mengenai keadaan diri saya. Sejujurnya, saya okey sahaja.


"Saya gembira, anak-anak ada bersama saya... Perkara itu sudah mencukupi," katanya.


Foto: HypeMy

Tambah Jac, tiada masalah sekiranya suaminya itu mahu berjumpa dengan anak-anak mereka kerana hal penceraian tiada kena mengena dengan anak-anak. Jangan disebabkan masalah rumah tangga anak-anak menjadi mangsa keadaan.


Foto: Instagram Jaclyn Victor

Mereka yang berkahwin di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai, 2014 dikurniakan dua anak iaitu Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

"Anak-anak tinggal dengan saya di sini (Malaysia), manakala dia berada di sana (Amerika Syarikat).

"Saya tak akan menghalang dia mahu bertemu dengan anak-anak kerana walau apapun, dia tetap bapa kepada zuriat kami.


Foto: Instagram Jaclyn Victor

 Biarpun mereka anak-beranak berjauhan dengan bekas suaminya itu, kasih sayang antara anak dan bapa tidak boleh diputuskan.

"Kalau dia mahu bertemu dengan anak, dia harus datang ke sini. Saya tak akan membawa anak-anak ke sana," katanya lagi.

Semoga semuanya dalam keadaan baik buat Jaclyn Victor sekeluarga. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HoneyManjer 13-2-2020 12:31 PM
OH dah cerai ke...anak dah 2 pun mak baru tahu hari ni nyah...hohohoho...takziah lah...elok la tu da move on...toksah dok merempan sana sini...hewhew
Quote Y-Nots! 13-2-2020 12:37 PM
punca cerai ni kenapa?
Quote dejure 13-2-2020 12:39 PM
Y-Nots! replied at 13-2-2020 12:37 PM
punca cerai ni kenapa?

Rasanya masalah budaya kot..i tgk 90 days fiance kat tlc tu ssh amerika nk kahwin dgn org luar ni.amerika ni mcm poyo je
Quote itik_kuning 13-2-2020 01:05 PM
yang melayu je susah nak move on uols. lepas cerai gaduh sana sini, berebut anak bagai
belum lagi bab minta nafkah & mutaah
Quote Skuau 13-2-2020 01:13 PM
comel2 anak depa...
Quote AmandaRollins 13-2-2020 01:14 PM
Comel anak2 jac...be strong girl!!!
Quote Sachacha 13-2-2020 01:17 PM
Ala cutenya anak anak jac
Quote PintuKayu 13-2-2020 01:28 PM
Sedihnya tapi susah lah kalau LDR ni
Quote sukacactus 13-2-2020 01:32 PM
dejure replied at 13-2-2020 12:39 PM
Rasanya masalah budaya kot..i tgk 90 days fiance kat tlc tu ssh amerika nk kahwin dgn org luar ni. ...

Ngengada kan americans
Nak org ikut cara diorang je, tempat diorang je yg bagus
Quote gujiwa 13-2-2020 01:38 PM
mak jac ni ada lagi kan.. terkenang plak mak dia masa jac masuk malaysian idol dulu..
Quote DARSITA 13-2-2020 01:39 PM
dejure replied at 12-2-2020 08:39 PM
Rasanya masalah budaya kot..i tgk 90 days fiance kat tlc tu ssh amerika nk kahwin dgn org luar ni. ...



Ehh tak ada lah. Sini bersepah jer Americans kawin orang luar. Kes Jack ni .. mungkin jack tak boleh hidup di US dan tak boleh ikut cara kehidupan suami dia. Aii tgk di sini kalau minah salleh kawin AA (African American) selalunya tak kekal.


Quote prettyuglybabe 13-2-2020 01:51 PM
kalau dia nak jumpa anak, suruh la dia bayar tiket termasuk tiket u and sediakan penginapan..
dapat la travel free
Quote prettyuglybabe 13-2-2020 01:53 PM
itik_kuning replied at 13-2-2020 01:05 PM
yang melayu je susah nak move on uols. lepas cerai gaduh sana sini, berebut anak bagai
belum lagi b ...

sebab duduk satu negara kot..
cuba kalau jauh macam dorang ni..
sure takde gaduh-gaduh rebut-rebut..
Quote itik_kuning 13-2-2020 01:58 PM
prettyuglybabe replied at 13-2-2020 01:53 PM
sebab duduk satu negara kot..
cuba kalau jauh macam dorang ni..
sure takde gaduh-gaduh rebut-reb ...

plus ego

kalau yg berharta sikit lagi lah
Quote makton 13-2-2020 02:03 PM
dah lama aku tak dgr cite dia ni. sedar2 dah anak dua & bercerai.
Quote RumiMenari 13-2-2020 02:05 PM
Ayat hujung tu yg kata nak tgk anak dtg msia, jac x akan bw ke sana tu pun mcm dah tunjuk jac cerai gado hekhekhek.... Cuma bagusnya tak meroyan mcm artis cerai dan putus cinta..
Quote Themilo 13-2-2020 02:15 PM
sheols maintain cantik. Tapi, tukar la fesyen rambut tu jac. dah boring la tengok uols asik berambut pendek je. please bela panjang balik, takpun sambung extension.
Quote Themilo 13-2-2020 02:16 PM
sheols maintain cantik. Tapi, tukar la fesyen rambut tu jac. dah boring la tengok uols asik berambut pendek je. please bela panjang balik, takpun sambung extension.
Quote Y-Nots! 13-2-2020 02:22 PM
buat comeback dgn rambut panjang ples, Jac

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.125461 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top