Tak professional! Seorang pengguna Facebook telah meluahkan rasa kesalnya terhadap juruwang sebuah restoran terkemuka yang jelas sekali melakukan body shaming. "****** ****** Malaysia, mohon nasihatkan staff anda tidak memasukkan catatan yang tidak penting ketika mengambil pesanan dari pelanggan," "Saya minta no whipped cream untuk ice choc tetapi pesanan yang ditaip, 'gemuk tak nak cream'. Saya tertanya-tanya apakah 'mesej' itu ditujukan kepada saya atau kepada staff yang menyediakan pesanan itu," tulisnya.
Malah, kakitangan restoran juga berbual dengan kuat bagaimana minuman itu dibuat oleh rakan sekerja mereka dan menyebut 'potong kaki'. "Bayangkan kalau pelanggan lain yang cerewet dapat resit seperti ini. Tak salah untuk bergembira di tempat kerja tetapi tolonglah profesional." tambahnya lagi. Tidak dibiarkan berpanjangan, difahamkan pengadu telah dihubungi oleh pihak berkenaan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Warga maya kecewa dengan sikap pekerja yang tak abis-abis nak body shaming pelanggan. Sebab sikap sesetengah pekerja sebegini, habis imej restoran terjejas teruk. - CARI |
MadameOnion replied at 11-2-2020 12:28 PM
nasib baik la ada pelanggan gemok nak masuk jugak secret recipe..boleh bayar jugak gaji kau..kawan a ...
bondeh replied at 11-2-2020 05:42 AM
boleh tak nak bgtau yg generasi Y2K nih jadi promoter takde adab, keje sebab duit then melawa borak2 ...
ADVERTISEMENT