CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ibu Bertemu Dengan Anak Yang Telah Meninggal Di Dunia VR

12-2-2020 10:57 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 8029| Komen: 50|Original author: Oleh: Re.C

Foto: www.standard.co.uk

Sebuah rancangan televisyen di Korea bertajuk "Meeting You" telah menyiarkan sebuah episod yang amat menyentuh perasaan apabila mereka menggunakan teknologi realiti maya (VR) untuk menemukan semula seorang ibu dengan anaknya yang telah meninggal.

Menurut Daily Mail, Nayeon, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diketahui pada 2016. Dia telah 'dihidupkan semula' menggunakan teknologi alam maya untuk membantu meredakan kesedihan ibunya. 

Mereka telah bertemu semula dalam dunia digital maya, boleh bersentuhan menggunakan sarung tangan khas, bermain dan berbicara. Nayeon cuba meyakinkan ibunya yang dia sudah tidak merasa sakit lagi dalam dunia tersebut.

Jang Ji-Sung, ibu kepada Nayeon memakai alatan virtual realiti Vive untuk memasuki dunia maya ke sebuah taman untuk 'betemu' anaknya yang berpakaian berwarna ungu. 


Jang Ji-Sung pada awalnya berasa ragu untuk memegang tangan anaknya. Namun, apabila dia memberanikan diri, dia mula menangis termasuklah bapa kepada Nayeon, abang dan adiknya, serta para penonton ikut bersedih.


Sumber Foto : MBC

Di penghujung pertemuan itu, Nayeon dilihat berbaring untuk tidur kerana kepenatan dan ibunya mengucapkan selamat tinggal padanya.

Jang Ji-Sung yang memakai rantai berisi abu mayat Nayeon berkata bahawa dia melakukan dokumentari tersebut untuk membantu mereka yang pernah kehilangan insan tersayang sama sepertinya.

Syarikat korea Munhwa Broadcasting Corporation ataupun lebih dikenali sebagai MBC telah sedaya upaya mereka rupa, fizikal dan suara Nayeon setepat yang boleh. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
8

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 12-2-2020 10:59 AM
sape potong bawang pepagi nih???sedih tau x??!!
Quote ms.koala 12-2-2020 11:07 AM
sedih sangat. tak terbayang kalau jadi kt i camtu sobssss
Quote husna_amal 12-2-2020 11:08 AM
kenapa sedih sangat ni....
Quote irapie 12-2-2020 11:11 AM
Sedih kehilangan ank..may x ngs
Quote mofisa 12-2-2020 11:14 AM
Sedih memang sedih. Tapi Islam tak ajar gini.
Quote whadda 12-2-2020 11:15 AM
ade tengok hari tu.. sedih sangat tak terkata  
Quote rosli_nurizzati 12-2-2020 11:17 AM
sapa potong bawang ni.. aku baca pun dah teriak sgt ni..  
Quote kaoru44 12-2-2020 11:18 AM
Aritu ttgok..tp ingtkn mak dia buta ke apa..sedih..
Btw,mak dia lawa..
Quote alaa 12-2-2020 11:28 AM
sedihnyaa ya Allah....
Quote PintuKayu 12-2-2020 11:35 AM
Sedihnyaaaa
Quote kentel 12-2-2020 11:41 AM
perasaan yang paling sedih sbnarnya bila ibu bapa yang tengok anak pergi dulu....
Quote ahlisihircute 12-2-2020 11:46 AM
Quote RatuDunia94 12-2-2020 12:24 PM
Kalau kat depan dia letak budak betul2 lg real ada sentuhan..
Quote rosli_nurizzati 12-2-2020 12:53 PM
mofisa replied at 12-2-2020 11:14 AM
Sedih memang sedih. Tapi Islam tak ajar gini.

maybe for the sake of letting go.. nk closure gitu..
Quote cikatilia 12-2-2020 12:55 PM
sedih siot


nampak kesakitan di wajah si ibu...
huwaaaaaaaaaaaaa
Quote Fly_over 12-2-2020 01:37 PM
baca artikel je dh sebakkkk. blm tgk lagi
Quote puteribaya 12-2-2020 03:09 PM
hanya ibu saja yg tahu perasaan sorang ibu..anak adalah segalanya
Quote Megikari 12-2-2020 03:15 PM
I mampu tengok sampai minit ke 3 je.. Tak sanggup nak tengok sampai habis. Berjurai2 air mata dah ni
Quote any42 12-2-2020 03:24 PM
menangis tgk. rindu kt org yg dah prgi xkn kmbali ni klau xleh kawal boleh jd gila. klau ad 2nd person jd wtak bdk kt set tu yg mak dia bleh peluk sentuh rsanya berjam2 peluk xlps.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046352 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top