CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ternyata Arwah Baik Orangnya"- Kebaikan Abam Bocey Didedahkan Insan yang Mengenalinya

12-2-2020 11:16 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 11735| Komen: 41|Original author: Vanilla Thunder




Pemergian insan seni bernama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey secara tiba-tiba pada hari Isnin tanggal 10 Februari 2020 yang lalu mengejutkan ramai pihak dan masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Ternyata ramai yang terkesan dengan pemergiannya bukan sahaja ahli keluarga malah insan yang mengenalinya turut berkongsi kisah kebaikan arwah sebagai pedoman dan iktibar kepada yang masih hidup. Berdasarkan kisah yang diceritakan insan berikut ternyata arwah amat disayangi dan mempunyai sikap yang patut dicontohi. 


Rajin Penuhi Permintaan rakan-rakan



Menerusi paparan Harian Metro , Fasha Sandha mendedahkan kesanggupan arwah memenuhi permintaannya yang teringin memakan mi rebus air tangan arwah sendiri. Sikap arwah yng sanggup memasak untuk teman wajar dipuji dan dicontohi. 


Fasha turut memuat naik screenshot perbualan whatsapp antara mereka dan video pendek arwah sedang memasak di Instagramnnya sambil meminta dan memohon semua pengikutnya di Instagram untuk menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada Allahyarham.





Bersahabat baik dengan Ahli Agama 


Setelah pemergian arwah ,seorang demi seorang ustaz dan ahli agama menceritakan kisah dan kenangan sepanjang mengenali  Allahyarham. Ini termasuklah Ustaz Ebit Lew yang menceritakan hasrat arwah untuk ikut berdakwah di tepi jalan sambil memberi makan.




Malah seorang lagi penceramah ustaz Syed Mohd Norhisyam al Idrus turut berkongsi kisah kebaikan Allahyarham di Instagram sambil bercerita mengenai kerajinan arwah menyertai majlis ilmu dan kasih sayang arwah terhadap ibu dan keluarganya.






Maka tidak hairanlah majlis pengebumiannya dihadiri sehingga 2000 tetamu  termasuklah agamawan seperti Ustaz Hanafiah, Imam Muda Asyraf serta Ustaz Haslin  Baharim.






Perkongsian mengenai amalan rahsia Abam Bocey oleh PU Rahmat di Instagram membuktikan terdapat banyak amalan tersembunyi arwah yg wajar dijadikan inspirasi.






Alhamdulillah , sejuk mendengar kisah kisah kebaikan Allahyarham. Semoga kisah kebaikan Allahyarham dapat dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua. Semoga roh Allyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. - CARI 
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Y-Nots! 12-2-2020 11:19 AM
Alhamdulillah, bagusnya Abam ni. penuh dengan sifat-sifat terpuji
Quote lasagna 12-2-2020 11:20 AM
adehhhh sedih balik iols pepagi ni.. smlm ok dah.. bila baca smp ustad2 pun menjenguk nya, sebak plak. Allah, smoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin.
Quote Mz1271 12-2-2020 11:53 AM
asal baca pasal dia automatik air mata aku berlinang...sedihnya...semoga abam tenang disana...
Quote bloodyamuk 12-2-2020 11:56 AM
arwah masa kahwen pun baik kan buat kenduri besar2an jemput peminat semua...
Quote matjerk 12-2-2020 11:57 AM
Tgh hari ni sapa potong bawang niii??
Quote Kurex 12-2-2020 12:04 PM
member iols cakap, masa sekolah memang abam ni baik. adik abam si ali pun baik jugj
Quote naina 12-2-2020 12:06 PM
Ni baru betol2 ayat arwah baik orangnya
Banyak betol cerita2 baik pasal dia
Dia dahulukan mak adik bradik dan family dahulu
Adik2 kawen dia sponsor baru dia kawen
Ptt murah rezeki dan kematian yg dicemburui
Quote KIM.K 12-2-2020 12:07 PM
Allah nak bagi contoh teladan pada masyarakat. Macamana nak hidup dengan baik
Semoga Allah tempatkan beliau ditaman orang2 beriman
Quote aliaa 12-2-2020 12:08 PM
orang baik allah sayang
aku tiap kali baca kisah Abam mesti nangis
walaupun aku tiada pertalian darah
hanya kenal tengok dlm TV jea...
Tapi aku jadi sebak bila baca amalan2 Abam
Hubungan dgn ibu,isteri adik-beradik dan rakan2.
Dan pengakhiran beliau yg sangat mulia.
Bagaimana pengakhiran kita nanti...hanya Allah yg tahu
Banyak berdoa,bersyukur, bersedekah...


Quote LadyCarefree 12-2-2020 12:16 PM
Masa orang hiduplah ko bagitau dia
Quote RatuDunia94 12-2-2020 12:21 PM
Betullah org ckp "bagaimana kita pada permulaaannya tidak penting.. "tetapi bagaimana kita semasa pengakhiran itu lebih penting"
Quote husna_amal 12-2-2020 12:25 PM
Mungkin arwah sentiasa bantu keluarga dan ramai orang lain.
Quote husna_amal 12-2-2020 12:30 PM
arwah sentiasa berbagi rezeki buat keluarga dan orang lain.
Quote bondeh 12-2-2020 12:36 PM
Mz1271 replied at 12-2-2020 11:53 AM
asal baca pasal dia automatik air mata aku berlinang...sedihnya...semoga abam tenang disana...

sama......
Quote addved 12-2-2020 12:50 PM
Respek ...
artis2 lain please take note. Bukan artis sahaja, netizen2 juga, sedekah sket upload social media. Buat ikhlas atau buat sebab nak orang puji?
Quote DyBBora2 12-2-2020 12:50 PM
yg ni pon..ustazah isfadiah nye komen
[ig]https://www.instagram.com/p/B8YZQ0BHgvt/[/ig]
Quote diss69 12-2-2020 12:55 PM
aliaa replied at 12-2-2020 12:08 PM
orang baik allah sayang
aku tiap kali baca kisah Abam mesti nangis
walaupun aku tiada pertalian da ...

Sama laaa... Ya Allah, terharu dngn kebaikan2 abam.. Moga roh beliau ditempatkan bersama para solihin..
Quote violetungu 12-2-2020 01:04 PM
Sedihnyaa..hari tu tgk kat astro rasa anak mak anak bapak bagusnye arwah dia layan je mak dia..cakap pun lembut je.
Quote irapie 12-2-2020 01:38 PM
orang baik memang akan disebut-sebut..moga syurga tempat awak

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.144267 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top