CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Kerana Berebut Isi NGV, Sampai Maut Dipukul

11-2-2020 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14154| Komen: 145

“Ketika kejadian saya baru sampai dan saya tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh."

Itulah yang dikatakan oleh Imran, 40 yang menjadi saksi kejadian pergaduhan dua pemandu teksi di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Besi hari ini. 


Memetik laporan Harian Metro, kejadian 11 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun maut selepas dipercayai dipukul rakannya akibat memotong barisan untuk mengisi gas asli kenderaan (NGV). 

Kredit foto: Harian Metro

"Berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan.

"Ketika itu saya baru tiba dan seorang pekerja pam minyak warga Bangladesh sedang menjaga pam berkenaan," kata saksi. 


Dalam pada itu, pihak polis berkata mereka menerima panggilan berhubungan hal itu pada jam 11.30 pagi. 

"Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bergelut dengan seorang lagi pemandu teksi berusia 65 tahun," kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon.

Mayat kemudiannya Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk proses bedah siasat.

"Suspek yang berusia 65 tahun dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut. Polis juga akan melakukan rakaman awal percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya. - CARI 

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JoyahVegas 11-2-2020 05:12 PM
dah tua2 pun x ada akai
Quote kasibiman 11-2-2020 05:18 PM
Wtf . Akai korang katne. Sia2 je kan.


Having said that, can understand la. On matter of principles. You stand up against bullies
Quote Boomibulat 11-2-2020 05:19 PM
Edited by Boomibulat at 13-2-2020 08:45 AM

Persis Aina Abdul dimalam AJL..
Screenshot_2020-02-13-08-38-45-1.png

Quote Artemesiaa 11-2-2020 05:20 PM
Masing2 dah berumur pun masih tak boleh bersabar memalukan
Quote sarah82 11-2-2020 05:24 PM
Adoii.. Napa pakcik oiiii.. Usia hujung3 mcm ni dah.
Quote NekNgah 11-2-2020 05:29 PM
Tak tahu nak cakap apa dah.  Dah cukup tua, bukan anak remaja yang darah masih menggelegak.
Setakat 2 teksi tu aje, alahaiiii......

Quote momomikomiki 11-2-2020 05:33 PM
ada je org tua dgn muka selamba suka potong q...lelaki ppuan sama jer
Quote EvieWanKenobi 11-2-2020 05:38 PM
seriusnya pergaduhan sampai berbunuh2an..
Quote kucingitam 11-2-2020 05:38 PM
bila kesabaran kurang...

yang potong que pun takdak akal ke..
Quote manehnya 11-2-2020 05:44 PM
Tua pnya level gaduh pun sampai mati ya...

Dia pukul dgn apa sampai berdarah2tuuu
Quote noor2 11-2-2020 06:02 PM
Yg maut tu yg potong Q ke.....
Quote Nes3in1 11-2-2020 06:18 PM
Ingatkan kejadian di luar negara sekali....
Quote kaishi 11-2-2020 06:25 PM
Mcm tu la perangai teksi.... tapi tak semua,
Quote rainbowrainz 11-2-2020 06:25 PM
Aiyokkk begitu sekali ke
Quote harisbee 11-2-2020 06:26 PM
Stress lewtu
Quote jazaa100 11-2-2020 07:07 PM
JoyahVegas replied at 11-2-2020 05:12 PM
dah tua2 pun x ada akai

Bergantung pd org jugak joyah.....

Ramai org tua ni kekdg kasar, panas baran & kekdg mcm kurang ajar jugak....malas nk layan....

Mgkin sbb tekanan hidup yg buatkn emosi dorang tak stabil.....

Sbb tu aku kata....kena plan hidup ni bebetul....jgn sampai umor tua pun kena kerja.....yg muda pun tension kena kuar kerja....apa lg org tua kannn
Quote MsKathryn 11-2-2020 07:09 PM
Dh tua pn masih panas baran
Quote insulin 11-2-2020 07:11 PM
Ni mesti jenis panas baran ni... Hmmmm.....
Quote epuepy 11-2-2020 07:24 PM
Hm. X tau nk ckp apa. Masing2 ada salah. Yg sorg x menyambar potong que, yg sorg x menyambar di potong que.

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.179395 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top