CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jalan-jalan Cari Makan Sedap Tapi Murah Di Kuala Terengganu

25-2-2020 09:23 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 9179| Komen: 22|Original author: Oleh: Ceteria Hukama


Sebut saja Terengganu, selain penyu di pulau-pulau peranginan indah, kita pasti membayangkan makanan-makanan tradisinya yang enak-enak.

Keropok lekor, nasi dagang, nasi kerabu, sotong dan ikan celup tepung, akok, penganang, nasi minyak, singgang, rojak kateh, pulut gaul nyior dan lain-lain antara makanan yang pasti membuatkan kita terliur.

Selera memang besar, tapi malangnya kunjungan ke Kuala Terengganu singkat iaitu kurang 24 jam ditambah pula dengan bajet yang agak ketat.

Misalnya, kita perlu menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu, naik bas ekspres dan balik hari kerana penginapan tidak disediakan ekoran majikan juga hendak berjimat.

Bagaimana mahu menikmati makanan-makanan enak di Kuala Terengganu dalam pencutian pendek lagi bajet ini? Jangan risau, ada caranya.


1. Nasi Kerabu Fauzi, Jalan Sultan Sulaiman

Nasi kerabu Fauzi

Tak sah singgah Kuala Terengganu kalau tidak bersarapan nasi kerabu yang pernah diiktiraf antara tersedap di dunia ini oleh The World Street Food Congress 2017.

Sebaik turun dari bas di Hentian Bas Kuala Terengganu dan menunaikan solat Subuh di Masjid Zainal Abidin, kita boleh terus berjalan kaki ke kedai Nasi Kerabu Fauzi yang dibuka dari pukul 6.30 pagi hingga 1 tengah hari.


Teh hijau jebok

Nasi kerabu lauk daging bakar cuma RM4 campur solok lada dan tambah RM1. Air pula Teh Hijau Jebok (limpah) berharga RM3. Kos semua RM8.

Ulaman nasi kerabunya segar dan rangup. Kuah dan bubu juga berperisa dan tidak kedekut budu. Daging bakar pula lembut. Memang tidak salahlah diiktiraf antara nasi kerabu terbaik dunia.


2. Restoran Rafidah, Jalan Pejabat

Makan tengah hari pula kita nikmati nasi ulam bersama kuah singgang ikan aye (tongkol).  


Singgang ikan aye

Kuah singgangnya walaupun jernih, tetapi berperisa. Ikan ayenya juga lembut bak tuna. Kos nasi putih, kuah singgang, ulam bayam brazil, sambal belacan, daging goreng dan air teh 'o' cuma RM8.40.


3. Gerai air kelapa muda Jalan Sultan Sulaiman

Tidak perlu pergi sampai ke Losong untuk menikmati keropok lekor sedap sebagai hidangan minum petang. Cukup sekadar berkunjung di sebuah gerai di bawah pokok mempelam di Jalan Sultan Sulaiman berhampiran Masjid Zainal Abidin.


Keropok lekor, udang celup tepung & air kelapa muda

Keropok lekornya garing, isi ikannya terasa dan yang penting, murah. RM1 kita boleh dapat lima ketul. 

Sebagai ganti ikan celup tepung, kita makan sekali udang celup tepung. Harganya turut berbaloi, satu cucuk mengandungi lima ekor udang bersaiz kecil cuma RM1 juga.

Air kelapa muda RM1 segelas sebagai membasah tekak sambil meratah keropok lekor dan udang goreng tepung. Kos minum petang cuma RM3.


4. Medan Selera Tanjung, Pesisir Payang

Sebelum berangkat pulang, kita nikmati mee celup perut sebagai hidangan makan malam dengan berlatar belakangkan keindahan Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau drawbridge dan muara Sungai Terengganu waktu senja.


Mee celup perut

Rasa mee celup seakan-seakan mee sup, tetapi perut lembu memberi rasa esotik. Kos dengan air teh o kosong cuma RM6.

Percutian singkat kurang 24 jam lagi bajet ini hanya menelan belanja RM25.50 (tidak termasuk tambang bas ekspres).

Semua lokasi dari sarapan hingga makan malam berdekatan antara satu sama lain, dalam radius dua kilometer sahaja dengan pusat bandar Kuala Terengganu dan boleh diakses dengan berjalan kaki sahaja. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 25-2-2020 09:35 AM
murah pula nasi kerabu daging bakar kat sana.
Quote Kenabertaubat 25-2-2020 09:48 AM
Kena follow thread ni. I nak pergi ganu, tapi tak tau nak cari makan kat mana yg sedap dan tak ramai sangat orang
Quote palmolive 25-2-2020 09:49 AM
kalu bab makan..k.trg ni tak terkenal pun dgn harga makanan murah..
kadang2 kl murah lg
Quote rosasen 25-2-2020 10:46 AM
antara tempat yg dinyatakan, nasi kerabu fauzi je pernah pergi, as org trg sejati. hahaha
banyak lg tempat lain..
Quote Ladybird910 25-2-2020 11:12 AM
Yummy yummy yummmy yeahhhh
Quote any42 25-2-2020 11:33 AM
sdapnya nsi krabu. klau p trngganu dlm kpala duk nk bli kropok lekor je. sdapnya mkn ngn sos masam2 mnis. prnah bt sndri sos kropok lekor ala tgganu punya tp xjd la pulek.
Quote aleesyasofia 25-2-2020 08:11 PM
husna_amal: murah pula nasi kerabu daging bakar kat sana.


iolss bru prgi mggu lps.. nasi kerabu, solok lada, telur masin.. lauk ambik daging bakar campur kambing.. dlm 12rggt kalau tak silap.. mmg sdp.. byk plak tu..
Quote gummiebear 25-2-2020 08:31 PM
Nasi dagang atas tol, sikmok wohmoh (nasi lemak bawah rumah) ni tempat yang wajib iols g kalau g KT
Quote Illayana 25-2-2020 09:40 PM
Wahhh... keliur rasa tgk gambar nasi kerabu. Kalqulah dekat, akan ku berlari2 anak ke sana
Quote ellez 26-2-2020 08:34 AM
Sata n colek kateh paveret iols..
Quote ladybugz 26-2-2020 08:46 AM
Jgn lupe ke pok nong celup tepung. Agak jauh dalam 30 minit dr bandar kuala terengganu tp sgt berbaloi. Sotong yg sgt segar dan celup tepung yg crunchy dan harga yg sgt berpatutan.
Quote AhaAadil 26-2-2020 08:42 PM
rindunya terengganu bila tgk semua mknn ni..
Quote ellez 26-2-2020 09:16 PM
any42 replied at 25-2-2020 11:33 AM
sdapnya nsi krabu. klau p trngganu dlm kpala duk nk bli kropok lekor je. sdapnya mkn ngn sos masam2  ...

Nape xjd u..dah guna tepung sagu tak..sbb ada org gantikn dgn tepung ubi mmg xsedap..
Quote Lengkong 26-2-2020 09:50 PM
Bestnya makan2 kat trengganu



Quote any42 26-2-2020 11:51 PM
ellez replied at 26-2-2020 09:16 PM
Nape xjd u..dah guna tepung sagu tak..sbb ada org gantikn dgn tepung ubi mmg xsedap..


mksud u utk kropok lekor tu ke? i xbt kropok i try by sos je. xtfkir plak nk bt kropok dah klau sosnya pun i failed. hihi. tp bgus jgk u suggest nk try bt la. pkai tpung sagu yeh. td google resepi byk pkao tpung ubi
Quote ellez 27-2-2020 06:05 AM
any42 replied at 26-2-2020 11:51 PM
mksud u utk kropok lekor tu ke? i xbt kropok i try by sos je. xtfkir plak nk bt kropok dah klau  ...

Ooo..sorry i slh tgk post u..igt buat keropok..
Klu keropok lekor mmg i letak tepung sagu..tepung ubi sikit sgt je klu i letak..nak bg efek kenyal2..
Selebihnya isi ikan mentah..uli dgn air ais..simple je i buat..
Tang sosnya i guna sos cili lingam atau mae phranom..xreti plak buat sos sdri dgn sedap..
Quote any42 27-2-2020 07:33 AM
ellez replied at 27-2-2020 06:05 AM
Ooo..sorry i slh tgk post u..igt buat keropok..
Klu keropok lekor mmg i letak tepung sagu..tepung ...

ooo btul jgk jd mcm bgetah gtu ek. abg ipar i dlu try bt sos jgk bla i ckp i punya xmnjd. dia pkai cili serbuk. rsa nk seakan tp tah la mcm rsa bhabuk gtu msa mkn . maybe kna olah lg or kna msak lg lma kot sos tu. both sos u ckp tu xprnah try nnti nk try. biasa mkn kropok i cecah dgn sos ummi kot nma bli online tesco.

satu lg kepingin nsi dgang klau p trengganu.
Quote gelongbilal 28-2-2020 04:04 PM
Nasi dagang k.jah, Bukit besar
Quote komotthecat 28-2-2020 04:38 PM
sebagai rakyat terengganu, komot jarang jjcm tengah2 bandar terengganu.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.204112 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top