|
Bingung! Begitulah yang terjadi apabila penyanyi dangdut Indonesia baru-baru ini telah ditangkap polis selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstasy. Lain pula yang jadi apabila polis Indonesia kini bingung untuk menempatkan penyanyi trasngender itu di lokap lelaki ataupun wanita selepas proses siasatan nanti sebelum proses tindakan perundangan yang selanjutnya.
Menurut Ketua Bahagian Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun, "sel lokap perempuan atau laki-laki kami belum pastikan, penahanan masih di ruang penyelidikan (bahagian siasatan)." Media tempatan melaporkan, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah ditahan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat pada 1.30 pagi Selasa lalu.
Penyanyi dangdut tersebut telah ditahan bersama tiga lagi rakannya, dan pihak polis telah menemui beberapa pil ecstacy di apartmennya. Sehingga kini, dilaporkan Lucinta masih disoal siasat oleh polis Metro Jakarta Barat.- CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061695 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.