Datuk AC Mizal tak mahu lagi dikaitkan dengan stesen televisyen, Awesome TV. Dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida tidak lagi terbabit dengan stesen berkenaan dan kini merancang untuk menubuhkan stesen TV milik mereka sendiri.
Ramai pihak menunjukkan minat untuk bekerjasama katanya, namun masalah yang timbul menyebabkan dia membatalkan usaha sama tersebut. ???Sebagai pemilik lesen penyiaran, saya dan isteri berhak menentukan dengan siapa ingin bekerjasama. Kami tidak boleh menghalang Awesome TV meneruskan rancangan menubuhkan stesen itu.
???Sebelum ini, kami memilih tidak mendedahkan perkara ini sebagai menghormati keputusan Awesome TV yang masih ingin meneruskan hasrat mereka. ???Memandangkan ramai yang masih keliru mengenai status, jadi saya ingin memaklumkan tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Awesome TV. Fokus kami kepada stesen baharu yang dijangka memulakan operasi pada tahun ini,??? katanya kepada BH Online.
Disebabkan modalnya mencecah RM100 juta, AC terpaksa mencari rakan kongsi untuk menggerakkan stesen miliknya yang mungkin dinamakan sebagai AC TV. ???Mengikut perancangan, kami ingin memperkenalkan lima saluran tetapi kos satu saluran pun amat tinggi. Jadi, kami akan usahakan satu persatu. ???Saya ingin menjadikan stesen ini sebagai hub untuk golongan artis dan media berkampung. Kita memerlukan seramai 150 tenaga kerja, jadi ia perlu digerakkan mengikut perancangan betul,??? tambahnya. Okay, kita tunggu sahajalah AC TV mula beroperasi nanti. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|