CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masalah Depresi, Tekanan Sekeliling - Ini Sisi Hitam Dunia Hiburan Di Korea Selatan

14-2-2020 12:30 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 12269| Komen: 68|Original author: PDOT777

Kredit foto: SHINee members, K-pop stars and fans bid goodbye at Jonghyun's funeral, straitstimes.com


Anda masih ingat beberapa kes bunuh diri yang melibatkan artis-artis di Korea Selatan terjadi pada tahun lepas? Banyak punca yang mendorong mereka membunuh diri, dan masalah tekanan dan juga depresi, menjadi antara punca utama.


Di sebalik persembahan yang bertenaga, nyanyian yang merdu dan senyuman mereka yang tak pernah lekang, ada banyak sisi hitam yang kita tak pernah nampak terjadi pada artis-artis kesayangan kita ini.


Sulli (kiri) dan Jonghyun dari kumpulan SHINee (kanan) yang mati akibat membunuh diri
Kredit foto: Selain Sulli dan Jonghyun SHINee, Inilah 5 Artis Kpop yang Meninggal Bunuh Diri karena Depresi, https://kaltim.tribunnews.com/


Kita akan tengok punca-punca yang menyebabkan artis kesayangan kita ambil tindakan sebegini.


 


Beban Latihan Yang Berlebihan


Tiada kejayaan yang datang tanpa latihan, kan? Anak-anak muda yang ingin membuat debut sebagai artis Kpop akan digelar sebagai trainee, dan perlu menjalani banyak latihan intensif untuk mentapkan persembahan.


Latihan tarian dan nyanyian yang intensif untuk mantapkan persembahan 
Kredit foto: [mirrored & 50% slowed] BTS - IDOL Dance Practice, youtube.com


Tak ubah seperti latihan tentera, latihan yang biasanya berjalan sehingga berbelas jam sehari. Tak terbatas kepada menyanyi dan tarian sahaja, bahkan kepada lakonan, modelling, latihan stamina dan latihan tindak balas.


Khabarnya, ada trainee yang terpaksa menjalani latihan ini selama bertahun-tahun sebelum dapat membuat debut, tidak kira secara solo ataupun memasuki boy band/girl band.


 


Diet Ketat Yang Menyeksakan


Kita tengok artis Kpop wanita ni rata-rata cantik kan? Tambah pula dengan bentuk badan yang mantap. Nampak betul artis kita pandai jaga badan. Siapa sangka, di sebalik semua itu, mereka amalkan diet yang sangat ketat.


Kebiasaannya, pihak pengurusan yang akan menentukan jadual pemakanan mereka. Waktu untuk makan akan ditetapkan, dan apa yang dimakan juga ditentukan, termasuk pengambilan air kosong. Memetik sumber boombastis.com, sarapan mereka terhad kepada biskut rendah lemak, pisang, dan sayuran seperti salad.


Kredit foto: Tak Banyak yang Tahu, Inilah Sisi Gelap dari Spektakulernya Industri Hiburan K-Pop, boombastis.com


Makanan berat seperti ayam pula akan dimakan pada waktu malam. Semua ini untuk capai berat badan yang ditetapkan oleh pengurusan.


 


Kontrak Yang Melampau Dan Tiada Ruang Privasi


Diet yang ketat, latihan yang ekstrem, ini semua terkandung dalam kontrak antara artis-artis ini dengan majikan mereka, yang dianggap melampau. Biasanya, perjanjian kontrak ini adalah untuk beberapa tahun, dan artis-artis ini perlu patuh dengan perjanjian dan syarat dalam kontrak.


Syarat-syarat seperti tidak boleh memiliki teman istimewa dan latihan yang ketat, malah ada pengurusan yang memaksa mereka untuk tidak membatalkan kontrak, selain memeras ugut. Tambahan, mereka akan dikenakan penalti sekiranya membatalkan kontrak.


Selain itu, ada sebuah kelompok peminat Kpop di sana yang digelar sebagai sasaeng. Peminat-peminat fanatik ini akan lakukan sebaik mungkin untuk mengambil tahu tentang artis mereka, sehingga ke hal-hal peribadi.


Gangguan Seksual


Untuk masuk ke dunia hiburan di Korea Selatan, bukanlah senang. Kerja keras dan dedikasi sahaja tak cukup, bahkan ada artis yang terpaksa korbankan tubuh mereka kepada orang-orang tertinggi agensi atau pengurusan.


Kredit foto: Tak Banyak yang Tahu, Inilah Sisi Gelap dari Spektakulernya Industri Hiburan K-Pop, boombastis.com


Soal siasat biasanya akan dijalankan apabila kes sebegini mula tersebar, tetapi akan lenyap begitu sahaja selepas itu.


 

Stigma Buruk Daripada Masyarakat di Korea Selatan


Menjadi artis Kpop, pasti akan timbul tekanan daripada sekeliling. Tak kira daripada pengurusan, malahan daripada peminat-peminat sendiri.


Ada artis yang ditekan apabila mengalami perubahan dari segi fizikal, seperti menjadi gemuk sedikit. Mungkin biasa bagi kita, tapi tabiat body shaming ini mampu membawa kepada gangguan panik dan depresi, sehingga artis itu boleh membunuh diri.- CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-2-2020 12:50 PM
Pendeknya bukan mudah nak jadi kaya dan ternama ada banyak perkara disebalik semua tu.  Tapi sebab selalu hanya yang cantik seronok dan indah dipaparkan ramai yang tak tahu dan beranggapan semuanya mudah.
Quote buapakperut 14-2-2020 02:01 PM
masa mula2 kenal kpop tahun 2010, terjebak classmates tengok vc run devil run, pastu family outing,pastu running man, invincible youth, beast almighty dannbyk lagi. playlist pun dah bertukar lagu2 kpop. masa tu iols tengok perfect nya life jadi retis kpop. rupanya ... skg dah tua2 ni kesian tgk dorang. bila tengok interview2 ..sedih..
Quote MsPercy 14-2-2020 03:42 PM
inilah realiti yer klo nak masuk dunia kpop. company/majikan patut hire professional kaunselor untuk artis2 korea meluahkan rasa.
Quote husna_amal 14-2-2020 04:45 PM
Artis2 kpop ni umpama hidup jadi bahan hiasan dunia. Sekadar alat.
Quote PDOT777 14-2-2020 08:39 PM
Artemesiaa replied at 14-2-2020 04:50 AM
Pendeknya bukan mudah nak jadi kaya dan ternama ada banyak perkara disebalik semua tu.  Tapi sebab s ...

Tu laa...kekadang bila ada artis yg luahkan alami depression...ramai yg pandang rendah...katanya saja nak mengada-ngada...bila org tu dh meninggal...tau pun nk kelu seribu bahasa
Quote PDOT777 14-2-2020 08:41 PM
buapakperut replied at 14-2-2020 06:01 AM
masa mula2 kenal kpop tahun 2010, terjebak classmates tengok vc run devil run, pastu family outing,p ...

banyak sbenarnya benda yg kita tak tahu....kekadang mereka nak tunjuk yang mereka tengah sengsara...tapi tak boleh disebabkan peras ugut atau ancaman daripada pihak tertentu....dan satu lagi ganggu punca rezeki mereka
Quote PDOT777 14-2-2020 08:44 PM
husna_amal replied at 14-2-2020 08:45 AM
Artis2 kpop ni umpama hidup jadi bahan hiasan dunia. Sekadar alat.

Mungkin disebabkan peminat, diorang teguh jugak bertahan...sebab tau diri sendiri masih relevan dan masih mampu jana sumber rezeki...tpi kalau dah dikecam sana sini...pengurusan pulak buat taik...sapa2 pun akan alami depression and buat benda yang mudaratkan diri sendiri
Quote Nes3in1 14-2-2020 09:38 PM
Orang korea utara lagi stress hidup. Bersyukurlah.
Quote komotthecat 15-2-2020 01:11 AM
jadi trainee bertahun2 belum tentu boleh debut. bila dah debut kena bayar hutang kat agensi lagi. kena buat macam2 untuk kekal relevan dalam industri. sekarang dah kurang follow kpop lepas snsd dah kurang member
Quote najib888 15-2-2020 02:30 AM
Rasanya tak dak beza pun dengan Hollywood.. Sistem hiburan korea selatan pun dah serupa hollyweird...
Quote PDOT777 15-2-2020 08:27 AM
Nes3in1 replied at 14-2-2020 01:38 PM
Orang korea utara lagi stress hidup. Bersyukurlah.

ya betul tu.
Quote PDOT777 15-2-2020 08:30 AM
najib888 replied at 14-2-2020 06:30 PM
Rasanya tak dak beza pun dengan Hollywood.. Sistem hiburan korea selatan pun dah serupa hollyweird.. ...

mungkin yg beza sedikit bila cerita kt dunia hollywood ni senang terdedah....dunia Kpop ni cerita belakang tabir org tak berapa nk tahu sebab pengurusan pndai tutup ksalahan diorang
Quote Xim 15-2-2020 09:28 AM
Dah byk kes mcm ni tp masih ramai yg hadap nk jd artis . So slh sape ?
Quote gideoncross 15-2-2020 03:02 PM
PDOT777 replied at 15-2-2020 08:30 AM
mungkin yg beza sedikit bila cerita kt dunia hollywood ni senang terdedah....dunia Kpop ni cerita  ...

Hollywood psl artis2 yg snggup mnyerahkn diri kat demon in Illuminati klau nak jdi famous lbih dri yg sptutnya, blood pact kna buat klau nak jdi kaya & famous sllu nmbr 1 tpi ending nya jdi x tntu arah & last2 kluar sbb x tahan tpi bila dh kluar, kdg2 pihak Illuminati bunuh sbb dorg dh went against the agreement, srsly mnyeramkan. Btw iol prnh bca this article yg bgithu ada boyband yg x famous dri SKorea yg d tubuhkn oleh stu agensi pun x brapa famous, pun sma worst psl ada sesetngh dri members dorg kna sexually assaulted oleh manager dorg yg llaki gak, erk, scary af sbb member tu msuk hospital psl x dpt trima knyataan.

Quote gideoncross 15-2-2020 03:15 PM
Xim replied at 15-2-2020 09:28 AM
Dah byk kes mcm ni tp masih ramai yg hadap nk jd artis . So slh sape ?

Kat YT iol dah tngok video new trainees yg ikut latihan nak jdi Kpop idols, rengsa tngok, pling wajib msti pndai buat split. Ngilu aih.

Quote Xim 15-2-2020 03:18 PM
gideoncross replied at 15-2-2020 03:15 PM
Kat YT iol dah tngok video new trainees yg ikut latihan nak jdi Kpop idols, rengsa tngok, pling wa ...

Lelaki je ke kena wat tu ? Kalau pmpuan alamak x leh imagine
Quote gideoncross 15-2-2020 03:27 PM
najib888 replied at 15-2-2020 02:30 AM
Rasanya tak dak beza pun dengan Hollywood.. Sistem hiburan korea selatan pun dah serupa hollyweird.. ...

Klau dlu Kpop ni more into colorful, cute, girly & mushy2 concept tpi start dh d knali stu dunia, dh certified world grade, cara mnyanyi & concept pun dh jdi mcm Hollywood punya style.

Quote gideoncross 15-2-2020 03:31 PM
Xim replied at 15-2-2020 03:18 PM
Lelaki je ke kena wat tu ? Kalau pmpuan alamak x leh imagine

Pompuan pun kna suruh split 100% wahai brotha/sisthur, kjap ni iol nak tepekkan link dri YT utk uol tngok ok.

https://youtu.be/G66uRJ6pAfI


Quote gideoncross 15-2-2020 03:34 PM
komotthecat replied at 15-2-2020 01:11 AM
jadi trainee bertahun2 belum tentu boleh debut. bila dah debut kena bayar hutang kat agensi lagi. ke ...

Iol prnh bca yg dorg ni ada yg jdi trainee slama 9 ke 10 thun bru lah pass & dpt jdi idol. Btw SNSD skrg ni mcm dh sendu since ada members yg kluar, btw iol layan lagu Tiffany Young tu je, yg Run For Your Life.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.099693 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top