CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malas Kerja, Wanita Buat Laporan Palsu Konon Disamun

14-2-2020 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4574| Komen: 21

Angkara malas masuk kerja, wanita membuat laporan palsu kononnya disamun.

Menurut BERNAMA, operator kilang berusia 28 tahun itu mendakwa dia kehilangan dokumen peribadi termasuk wang tunai RM150 selepas beg duitnya disamun awal pagi semalam.




Katanya, dia disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Permatang Nibong, Kubang Semang kira-kira jam 6.40 pagi.

“Wanita itu mendakwa sebuah motosikal dari arah belakang telah membunyikan hon dan meminta dia berhenti sebelum dua lelaki terus mengambil dompetnya yang berada dalam raga motosikal ditunggangnya sebelum mereka terus memecut laju (motosikal),” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Siasatan awal mendapati wanita itu pernah membuat tiga laporan polis sebelum ini dan semua jalan ceritanya hampir sama.


Wanita itu kemudian mengaku membuat laporan palsu kerana enggan pergi kerja. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • zakeynt_o

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 14-2-2020 11:54 AM
festime , seken time tu x kantoi ke? motif dia buat report palsu knp? ingat boleh dapat income ke?
Quote FailFish 14-2-2020 11:55 AM
pergi klinik ambik mc lagi senang
ni apa level dia punya bodoh
Quote renko 14-2-2020 12:00 PM
pundek pemalas
xpayah kerja la sakai
membuta jela
Quote makneng 14-2-2020 12:09 PM
Ko resign je la dekkk.. Ramai lagi boleh ganti tempat ko.. Jgn buang masa sendiri and masa org lain juga!
Quote Artemesiaa 14-2-2020 12:11 PM
Banyak sangat dramanya sendiri jugak yang susah nak kena menjawab sana sini
Quote gigahertz 14-2-2020 12:16 PM
renko replied at 14-2-2020 04:00 AM
pundek pemalas
xpayah kerja la sakai
membuta jela

takut jenis tido lambat bangun pun lambat
Quote Foxey 14-2-2020 12:22 PM
Kalau dah malas keje, baik berenti je. Buat report polis rajin pulak. Kang one day betul2 kena samun, nyesal pun tak guna
Quote Ratutulip 14-2-2020 12:23 PM
mcmni punya manusia pun ada
Quote Gingerly 14-2-2020 12:24 PM
Pekerja terbaik rewarded percutian istimewa, semua kos ditanggung.  Pekerja saiko terburuk kaki ponteng selayaknya diberi makian percuma pabila beratus kali diberi muka dan peluang. Plus pakej masuk lokap. Baran bos ada reason ya cai{:smile
Quote prettyuglybabe 14-2-2020 12:26 PM
bila kilang buang pekerja dok meroyan
Quote sukacactus 14-2-2020 12:34 PM
Berapa IQ dia ni
Org kalau nak menipu kena bijak tau
Kalau xbijak, sila jujur shj
Quote Ladybird910 14-2-2020 01:16 PM
FailFish: pergi klinik ambik mc lagi senangni apa level dia punya bodoh

Mc kena byr..report polis x..plus org kesian blh bg duit lg.kekeke
Quote ArvindArvind 14-2-2020 03:09 PM
Level bodoh camnie pun Ade ke
Quote mieymiey 14-2-2020 03:11 PM
3x tu dia guna pakai jalan cerita yang sama.
Quote saviour_09 14-2-2020 03:19 PM
1st time aku jumpa report palsu sebab malas kerja
biasa nya sebab ic hilang kecuaian sendiri
kalo gi jpn mau kena denda
lagi2 kalo dah 2,3 kali

gila ah minah ni

kerja hilang, ko kena tuduh kat court
ada rekod sabitan

selamaatttt
Quote merrissa 14-2-2020 08:52 PM
Ak rs dia jatuh cinta dgn pak polisi hehhehe
Quote cahaya_almas 17-2-2020 03:37 PM
Ramai lg yg tk dpt.keje....jd yt bkerja tu jgn mls2.tau...ingaran tuk diri sendiri jgkkk...huhu
Quote akakdendeng 17-2-2020 03:39 PM
mcm ni punya org pun ada
Quote any42 17-2-2020 04:34 PM
punya la rmai org mnganggur yg elok2 ad kje xnk kje plak.  -..-'

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.231977 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top