Mimi Loma menyuarakan kebimbangannya tidak lagi diundang jika tidak memenuhi jemputan majlis. Adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani itu berkata, berat juga hatinya apabila memikirkan keadaan diri yang uzur.
Pun begitu, digagahkan juga dirinya walaupun berkerusi roda kerana bimbang tidak lagi diundang. Berkata kepada Berita Harian, Mimi atau Siti Aminah Ismail, 73, mengaku kesihatannya tidak sebaik dahulu. "Saya tidak berapa sihat. Macam-macam penyakit yang tidak disangka dihidapi. Seperti yang dikatakan doktor, sakit saya ini, bila-bila masa saja boleh menyerang. "Malah, disebabkan sakit yang menyerang mata, saya perlu berkerusi roda kerana penglihatan agak terjejas. "Namun, saya reda dengan ketentuan Allah. Insya-Allah, April ini, saya akan menjalani pembedahan mata," katanya.
Dalam masa sama, Mimi juga akui sudah tidak aktif menyanyi kerana suaranya sudah tidak seperti dahulu. Katanya, dia hanya menyanyi secara santai saja jika dijemput. "Iyalah, nyanyi biasa-biasa sahaja mengikut usia dan keupayaan saya,"katanya. Usia sudah lanjut ni, sebaiknya Mimi utamakan kesihatan dan berehat saja di rumah, kan? - CARI
|
shania88 replied at 14-2-2020 02:12 PM
mungkin dia nak duit bantuan
yela biasanya kalau di jemput akan ada sesi pemberian bantuan
Boomibulat replied at 14-2-2020 02:32 PM
Risau sgt x dijemput manusia..beringatlah mgkn esok lusa dijemput Ilahi..
#modeustazbaliksolatjumaa ...
kucingitam replied at 14-2-2020 02:54 PM
dia berlakon dlm ahmad albab jadi Suhara kan..
semoga acik selamat menjalani pembedahan mata.
ADVERTISEMENT