|
Seorang wanita didakwa bukan sahaja melakukan hubungan seks dengan anjing, malah dia tergamak membunuh kedua orang anaknya sendiri dengan cara menggantung diri.
Kejadian yang berlaku di Pennsylvania, Amerika Syarikat itu menyaksikan tertuduh Lisa Synder, 37 dikatakan membunuh dua anaknya, Conner, 8 dan Brinley, 4 di ruang bawah rumah mereka menggunakan tali kolar anjing. Dia kini menjalani perbicaraan terhadap pertuduhan tersebut. Namun, Lisa mendakwa anaknya Conner membunuh diri kerana tekanan akibat sering dibuli di sekolah. Metro UK melaporkan, kedua beradik itu ditemui di tingkat bawah tanah pada 23 September tahun lalu dalam keadaan masih hidup.
Namun, mereka meninggal dunia tiga hari kemudian ketika menerima rawatan di Hopsital Lehigh Valley. Menerusi siasatan mendapati Lisa juga pernah membuat carian Google mengenai cara menggantung diri dan tempoh seseorang mati selepas terhidu gas karbon monoksida. Di samping itu, wanita ini turut berhadapan dengan dakwaan berlaku kejam terhadap haiwan apabila dikatakan melakukan hubungan seks dengan anjing. Kes akan disebut semula pada 12 Mac nanti. - CARI
|
ashk4nn replied at 14-2-2020 06:20 PM
sampai carian google pon diorg trace.
ashk4nn replied at 14-2-2020 06:20 PM
sampai carian google pon diorg trace.









ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059365 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.