Selain kejutan hadiah kepada pasangan masing-masing, ada juga suami yang sanggup membuat jenaka (prank) terhadap isterinya lalu memuat naik di media sosial. Yang lebih dasyat ialah 'prank' tersebut berkenaan permintaannya untuk berkahwin dua hingga membuatkan isterinya menangis! Si suami, Shafiran Azran sentiasa merekod apa sahaja yang berlaku terhadap mereka kepada khalayak di Facebooknya, namun kali ini ia agak melampau kerana membabitkan hati dan perasaan isterinya. Malahan warganet yang menyaksikan adegan tersebut pun berasa marah walaupun tahu ia hanyalah gurauan kasar.
Bermula dengan menceritakan seorang wanita yang menghantar mesej kepadanya untuk meminta izin menjadi isteri kedua. Seterusnya Shafiran mula meminta izin untuk berkahwin lagi dan bermulalah isterinya terasa hati dengan mendiamkan diri. Namun si suami terus-terusan bertanya mengapa isterinya mula menangis. Sehingga akhirnya si suami memberitahu ia sekadar 'prank' namun tiada tawa daripada isterinya. Rata-rata warganet melahirkan perasaan marah kepada si suami kerana sanggup mempermainkan perasaan isteri walaupun ia sebenarnya adalah jenaka. Bagi mereka, banyak lagi 'prank' lain yang boleh dikenakan selain berkahwin dua. Ini kerana emosi si isteri walau sebaik mana sekalipun akan tersentuh apabila suaminya mahu mencari wanita lain. Walaupun isterinya, Farah tidak menunjukkan reaksi marah atau membebel seperti wanita tipikal lain, jauh di sudut hatinya, pasti terkilan apabila suaminya melafazkan permintaan sebegitu. Ramai yang memujinya apabila bertindak matang. Bagaimanapun, perlu diingat, soal hati dan perasaan tidak boleh dijadikan permainan atau 'prank' kerana banyak lagi benda yang boleh dilakukan. Jadi, adakah ini sebenarnya untuk menaikkan rating mereka? - CARI |
Kurex replied at 17-2-2020 09:26 AM
tak sabar nak tengok dorang bercerai.. mana tau buat video jugak ke...
billionman78 replied at 17-2-2020 09:35 AM
tak elok cakap camtu saudara. baik kita doakan yang baik2 aje untuk dorang ni.
ADVERTISEMENT