Kalau dah namanya wanita, memang sifat semula jadi untuk sukakan benda yang cantik dan kelihatan menarik. Sebagai wanita muslim, menjadi kewajipan untuk memiliki tudung kepala sebagai fungsi untuk menutup aurat. Kini, dengan pelbagai rekabentuk dan ciri ciri hiasan di kain hijab, ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan item yang dikehendaki.
Bagi wanita yang dikenali sebagai Hamizah yang ketika ditemui oleh AstroGempak, memiliki butik menjual tudung jenis bawal di daerah Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor adalah satu kepuasan bagi dirinya. "Wanita suka benda cantik dan menarik, sama juga seperti aksesori.Ada yang sanggup berbelanja untuk tudung yang mahal," "Membazir? tiada istila membazir jika minat sesuatu benda tu dan selesa dipakai dan juga berkemampuan untuk membeli, jadi tidak salah pakai sesuatu yang mahal ikut kehendak dan citarasa masing-masing," katanya kepada Gempak.
Hamizah atau nama sebenarnya Daeng Hamizah Abd Aziz, 33, kini memilik dua buah butik Dhamizah by Bawal Exclusive yang menjual tudung serendah RM65 hingga RM9,600 sehelai. Dia juga berkata produk yang mencecah ribuan ringgit sentiasa dikawal rapi. Di butiknya terdapat penggera keselamatan dan kamera litar tertutup yang memantau pergerakan keluar masuk pelanggan. "Malah, tudung yang mahal dan ekslusif dipamerkan di ruangan khusus dan terjamin selamat," ujarnya lagi. Graduan Ijazah Sarjan Muda Ukur Bahan dari The Robert Gordon Unversity, Aberdeen, Scotland turut mengakui nilai tudung sama seperti emas. "Tudung ni, lagi lama lagi mahal tambah-tambah koleksi ekslusif yang belum dikeluarkan lagi. "Ia akan menjadi vintage collection. Oleh itu juga, ada yang sanggup bayar mahal untuk rangkaian tudung ekslusif," katanya. Koleksi tudung memang cantik dipakai jika direka dengan menarik. Jika mampu beli mahal, tiada salahnya. Alah membeli menang memakai! - CARI
|
RatuDunia94 replied at 17-2-2020 11:32 AM
Belajar jauh2 sampai US end up jual tudung bawal rege firaun lat akak2 pprt..
miraclehopes replied at 17-2-2020 10:23 AM
Batu apa yg dia pakai sampai 9600
ADVERTISEMENT