CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Eh Cantiknya" - Dapur Bajet RM500 Sahaja Bagi Pasangan Yang Baru Berkahwin

19-2-2020 12:02 PM| Diterbitkan: irapie| Dilihat: 26604| Komen: 103|Original author: coklatcadbury

Apabila melangkah ke alam rumah tangga perkara pertama yang sering difikirkan oleh pasangan suami isteri adalah rumah yang bakal di diami. Ruangan dapur menjadi tempat penting bagi para isteri kerana di situ adalah ruang untuk mereka memasak dan salah satu ruang peribadi di dalam rumah bagi mereka. 

Perkongsian oleh Nur Diyana yang hanya mengeluarkan RM500 bagi mengubahsuai ruangan dapur rumah sewanya sangat memberi inspirasi.


Semasa suami pindah ke rumah sewa ini, keadaan dapur beginilah - langsung kosong,yang ada cuma sinki. Saya cadangkan pada suami (ketika itu tunang) : "apa kata kita beli sahaja loose item yang perlu ikut keperluan dapur  saya mulakan lakaran dan apa yang saya perlu cumalah tempat memasak, preparation area & unit penstoran. 

Dengan kawalan bajet yang ketat, saya yakin saya mampu siapkan keperluan dapur ini dengan bajet kurang dari RM 500! Biar betul ko ni dik bajet RM 500 satu dapur ni - mungkin itu lah yang ada di dalam fikiran acik acik dan akak akak sekalian. Sungguh, itulah anggaran yang hangus untuk peralatan utama yang saya gunakan :

• 2 Unit gas stove rack ( RM 70/each @ Shoppe)
• 4 Unit rak penstoran Hyllis saiz besar ( RM 49.90/each @ Ikea)
• 2 Unit rak penstoran Hyllis saiz kecil ( RM 39.90/each @ Ikea)
• Cat yang digunakan pula adalah cat lebihan dari ruang tamu
TOTAL : RM 419.40

Jadi misi perbelanjaan barangan asas saya berjaya!

*Tambahan lain seperti keperluan untuk membeli balang makanan di dapur, hiasan dinding, troli, para, skirting, kuali & periuk serta pinggan mangkuk berbeza bagi setiap isi rumah jadi, jadi bajet tambahan itu terpulang pada anda.

Kredit foto: Facebook
Konsep ala-ala farmhouse
Saya tampal kepingan vinyl dari Eco Shop sahaja di atas table top supaya ada finishing rustic looks seakan kayu. Gam extra diperlukan agar kepingan vinyl tak lekang kerana air dan haba. 

Setakat yang saya guna, ianya tidak licin dan mesti dibersihkan terus selepas memasak. Option ini terpulang pada pilihan masing-masing, kalau nak plain besi sahaja tak ada masalah.

Kredit foto: Facebook
Tak guna almari untuk simpan barang.
Keadaan semasa | Tak ada almari dapur untuk simpan barang Tak ada masalah! Disebabkan tiada ruang penstoran, saya gunakan empat buah rak Hyllis bersaiz besar dari Ikea yang harganya RM49.90 satu. Saya ciptakan ruang seperti open pantry. Semua alatan memasak dan barangan kering seperti tepung,botol sos,kicap,beras serta rempah ratus saya susun mengikut kategori di situ.

Elehh ko belum ada anak kecik boleh la dik, kalau anak akak habis terbalik dikerjakannya nanti, taip Kak A bukan nama sebenar pada ruangan komen. Mari saya beritahu, sebelum saya beli, saya akan study material ni kukuh ke tidak, di mana saya akan letak andai kata saya berpindah ke rumah sendiri nanti? Untuk makluman Tuan/Puan, Hyllis ni ketahanannya boleh menampung sehingga 25 KG setiap unit. Direka khas untuk kegunaan dalam dan luar rumah pula. Material jenis galvanized steel yang digunakan memang berkualiti dari review dalam dan luar negara yang saya baca. Di belakang Hyllis juga terdapat lubang kecil yang boleh di drill pada dinding misal kata takut rak ini terbalik.

Jangan risau, Ikea datangkan juga Hyllis ni dengan sarung (seakan baju) yang boleh dibeli berasingan sekiranya dirasakan perlu. 

Rumah kita hias ikut kesesuaian kita
Pokok pangkalnya, cara sebegini mungkin tidak sesuai pada semua keadaan rumah. Suka saya ambil semula kata kata seorang ibu anak lima di group sebelah " bila kita create rumah kita,ia sesuai dengan kita.Apa pulak buat rumah sesuai dengan org lain." - jadi apa yang kita rasa sesuai, boleh buat. Tak sesuai, tinggal saja dan tak perlu buat.

Jadi mestilah jimat berbelanja dan yang paling penting kita selesa dengan rumah kita sendiri. Moga jadi inspirasi untuk mendekorasi ruangan dapur anda. - CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • natrahn

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 19-2-2020 12:25 PM
Lawaaaa, i like the concept. Kalau creative semua menjadi meskipun takyah bajet besar
Quote Artemesiaa 19-2-2020 12:25 PM
Menarik cantik dan kemas hasilnya cost pun murah
Quote Meiizu 19-2-2020 12:27 PM
Edited by Meiizu at 19-2-2020 12:31 PM

i suka dia share idea mana beli & explanation ketahanan rak tu.

cuma sebenarnya kurang praktikal keluarkan semua bhn kering dlm bekas baru  & label2 plak,expired label lagi jgn lupa byk keje tapi takpe kita paham nama pun dia nak up dlm soc med kenalah ala2 marie kondo

for me ...beli 3 bekas storage 4segi sederhana besar ..lutsinar type di tesco boleh dpt rm20-30.
.simpan smua bunga cengkih, lawang, kayu manis , tepung, gula, perencah yg belum nak guna jgn kluarkan dari plastik. kitakan slalu beli extra different brand
dah bukak nanti baru transfer dlm bekas kecik2


Quote NazRysha 19-2-2020 12:29 PM
lawanyaaaaa
Quote rosasen 19-2-2020 12:31 PM
slalu jeles tgk org deco rumah....sbb iolls x kreatif.. huhuhu
Quote uda 19-2-2020 12:31 PM
Kalau ada anak kecil, habislah dikemas barang2 atas rak tu.
Quote mizruncing 19-2-2020 12:35 PM
zaman skrg nk cantik je kena full kabinet. takpelaa klu mampu ok laa. berhabis 10k utk kitchen kabinet pn takpe. yg bajet ciput ni kena kreatif je. byk je dari ikea tu utk deko2. ni pn kira nice sgt laa
Quote mizruncing 19-2-2020 12:36 PM
uda replied at 19-2-2020 12:31 PM
Kalau ada anak kecil, habislah dikemas barang2 atas rak tu.

blh pasang gate chuols nk ke dapur tu
Quote Zack8hunter 19-2-2020 12:38 PM
kepingan vinyl yg tampal atas table top tu boleh tahan ke suhu tinggi especially yg area dapur gas tu? juga wall paper berdekatan tempat masak tu..ni soalan pembaris yer..
Quote umbut 19-2-2020 12:42 PM
Edited by umbut at 19-2-2020 02:38 PM

X minat... ko masak3 kat situ berminyak lantai... barang3 blkg tu pun minyak. Kena mop selalu..lap...
Tutup dinding masak pki wallpaper tu kotor nak lap. Kena pakai plastik utk dapur... better pasang kabinet biasa...
Curtain kat table top utk dapur basah x sesuai.. kotor minyak... lagi ko masak numis hari2 minyak botol kaca blkg tu dik ooiiii.. kena tutup, lantai mop bkn letak carpet...
Quote ctkusiam 19-2-2020 01:06 PM
Ruang masak tu ok lah. Boleh lagi. Cuma  ruang belakang tu better buat kabinet sbb open sangat & barang cepat berabuk.. alah cam akk dulu baru2 kahwin beli almari yang kecik je pun boleh rm150 je..tkpun pasang kabinet. Instalment  bulan2 byr Aeon. Haha
Quote jpbstarlife 19-2-2020 01:22 PM
nice view cuma yg kat lantai tu aku rs mcm tak praktikal jer... hihihi..
Quote jpbstarlife 19-2-2020 01:24 PM
nice view. cuma tak brp nak praktikal utk ada dapur mcm ni.. yg kat lantai tu rs mcm tak sesuai bg aku.
Quote MsKathryn 19-2-2020 01:30 PM
Kreatif tp kena selalu bersihkn brg2 kat rak tu cos open concept..
Quote any42 19-2-2020 01:31 PM
i rsa klau mcm ni lbih praktikal utk yg msak ringan2 je . klau hri2 mggulai mnumis bgai blecak bkecah dapur snang bminyak lantai dinding. lg2 open pntry mcm tu snang bminyak bhabuk. rajin deko kna rajin jgk bab mngemas.

i kt rumah wlau dpur ad ktchen hood lps msak mnumis bgai kbinet ats ttap nmpak bminyak kna lap. lntai lg. ttap hri2 lap & mop lps msak sbb sakit mata tgk. tp deko yg dia bt ni cantik mata mmndang. aslkn rajin mantain kemas bru kekal cantik sntiasa.
Quote bakingsoda 19-2-2020 01:33 PM
aesthetic tapi tak praktikal langsung,  hanya sesuai utk tayangan media sosial. storage terbuka senang kotor, rajin nak lap satu2 container kalau kena bekas minyak/habuk? bajet rm500 tu utk dapur togel je, tak masuk troli rug wallpaper container 20-30 biji, skirt etc senang cite dgn rm500 tak mungkin dapat rupa dapur yg sama. lebih kurang dgn humblebrag kawin rm500 tapi sebenarnya ada sponsor makpak nenek sedara sepupu jiran kawan atau gaji rm500 berkat padahal sorok side income
Quote palmolive 19-2-2020 01:34 PM
rajin dia bina dapur rumah sewa..potong duit sewa ke camner?
Quote Miss.Rara 19-2-2020 01:39 PM
bagi aku penggunaan curtain untuk tutup table top kat dapur guna tong gas adalah bahaya...

selain memasak mesti akan kotor dan berminyak..

penggunaan curtain sgt tak seswai utk dapur macam ni...
Quote noraidil_06 19-2-2020 01:44 PM
Edited by noraidil_06 at 19-2-2020 01:46 PM
Meiizu replied at 19-2-2020 12:27 PM
i suka dia share idea mana beli & explanation ketahanan rak tu.

cuma sebenarnya kurang praktikal ...


Iols follow this girl dh lama.
Suke bdk ni. Tp sejenis hati tisu.
Kalau ade komen merepek, mula dia hiatus lama.
N she is perfectionist i guess. Pd kite mgkn x practical tp pd dia rilek2 je dia buat.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.326783 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top