CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tripping Jump Challenge, Boleh Cacat Kekal Atau Mati

20-2-2020 10:55 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 6356| Komen: 46|Original author: Oleh: rikuren


Pelbagai jenis cabaran Internet mewarnai media sosial sekarang ini. Cabaran planking dan baldi ais merupakan antara cabaran paling popular di Malaysia, sekaligus mendapat liputan meluas. 

Namun, ada juga cabaran-cabaran yang diklasifikasi sebagai 'sampah' atau 'jahil' sehingga membawa maut ataupun paling kurang, boleh mencederakan diri dan orang lain mahupun menjadi gangguan sosial.

Terkini, tripping jump challenge pula menjadi cabaran baharu yang popular di seluruh dunia.


Kredit foto: FMT

Cabaran ini boleh mengundang padah atau lebih tepat boleh menyebabkan kematian seperti yang terjadi kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun apabila meninggal dunia selepas melakukan cabaran ini.


Emanuela Medeiros, cedera di bahagian kepala selepas jatuh terhentak di lantai di sekolahnya di Mossoro, Rio, Brazil. Mangsa yang mengalami trauma di kepala dihantar oleh pihak sekolah ke hospital.


Kredit foto: time24

Memetik laporan Astro Awani, pegawai perubatan, Dr Shazif Othman berkata, berdasarkan pengamatannya melalui video-video yang sedang tular di media sosial, terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku kepada individu yang melakukan cabaran berkenaan.



Risiko paling ketara adalah boleh berlaku hentakan di bahagian kepala, sekali gus mendatangkan bahaya pada anggota terpenting iaitu otak.

"Jika terkena impak yang besar, ia boleh menyebabkan kematian otak atau 'brain dead'. Ini kerana, jika dilihat menerusi video cabaran itu, individu terbabit terjatuh secara mengejut.

"Kesannya, ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada sel-sel tisu di bahagian kaki," katanya.


Kredit foto: Alkhaleej Today


Bahagian tengkuk juga boleh tercedera dan akan melibatkan kecederaan pada tulang serviks yang boleh menyebabkan bukan sahaja maut, malah lumpuh seperti strok.

Malah, risiko lain juga boleh menyebabkan sakit pada belakang yang kronik, cedera pada otot-otot serta kecederaan pada organ dalaman.

Maka, aktiviti ini bukan sahaja boleh menyebabkan kecacatan kekal, bahkan dapat memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang di masa hadapan.



Pelajar dari Arizona cedera selepas melakukan tripping jump challenge
Kredit foto: Rojakpot.com

Entah kenapa, trend challenge yang kerap kali berlaku di kalangan netizen tetap mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh dunia walaupun amat jelas perbuatan yang dilakukan itu adalah perkara bodoh. 

Terciptanya Internet adalah untuk membolehkan masyarakat seluruh dunia berkomunikasi serta berkongsi pengetahuan. Ia semestinya bukan untuk membuat cabaran yang tidak membawa sebarang faedah kepada kita. - CARI
1

Bagus
7

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kabukiman 20-2-2020 11:08 AM
mmg tersangat celaka...


hanya satu topeng utk aktiviti membuli sebenarnya.
Quote jajanpedas 20-2-2020 11:09 AM
tak paham..mcam mane la boleh terpikir bt bnde gitu..join bnde mngarut mcam tu..knape tak buat je challege hantuk kpala kt dnding 100x..tgk benjol sape paling beso..hurmmmm...sedih btul gen2 skrang ni..tlampau maju
Quote Artemesiaa 20-2-2020 11:15 AM
Perbuatan yang amat bodoh dan sia2
Quote any42 20-2-2020 11:20 AM
ya Allah kebodohan apekah ini. jgn la ank2 sdara i kt skolah tu dok trikut kwn2 bt challenge bodoh gni. xkna kt dri sndri kna kt ank org.
Quote mawarputih2612 20-2-2020 11:26 AM
mencabar sungguh kan membesarkan anak2 zaman sekarang
kita dah jaga elok, tapi cabaran persekitaran pulak
Quote paz 20-2-2020 11:35 AM
nampak sangat budak2 tak boleh pikir jauh.
Quote stormcloud 20-2-2020 11:41 AM
Selepas ini akan ada lagi benda bodoh orang akan buat.
Quote Kurex 20-2-2020 11:42 AM
asal mana trend ni?
Quote whadda 20-2-2020 11:45 AM
sekolah anak aku pon dah keluarkan peringatan bahaya challenge ni.. budak2 ni pikir seronok je
Quote akakdendeng 20-2-2020 11:46 AM
bodoh2 gak anak omputih ni ek
Quote fly_in_d_sky 20-2-2020 12:02 PM
benda bodoh nak dibuat
dan jadi trend bodoh
siapa ikut memang bodoh
bodoh dari segi tidak fikir guna otak dan bahayakan diri sendiri
Quote palmolive 20-2-2020 12:04 PM
pakat buat ramai2..
kalo Thanos tu betul2 wujud..senang kerja dia
Quote shark_eow7 20-2-2020 12:15 PM
palmolive replied at 20-2-2020 12:04 PM
pakat buat ramai2..
kalo Thanos tu betul2 wujud..senang kerja dia

guna je la virus corona tu.. tapi upgrade untuk buang orang2 bodoh mcm ni.. settle.
Quote sherry_zaida 20-2-2020 12:19 PM
Kalau ikut celen bodoh ni kau mati terus takpe dek, kalau cacat kekal nak menjaga kau keadaan cenggitu halah halah halah
Quote sarah82 20-2-2020 12:23 PM
Jatuh terduduk sakit nak mampos.. Ni pulak jatuh terlentang mcm tu.

Sila waris sama saka bodoh kat anak cucu la
Quote sqlite3 20-2-2020 12:24 PM
Dulu ada dipanggil pass-out challenge pun bahaya jugak. tekan dada sampai pensan. Budak2 ni memang kena selalu diingatkan.


Quote husna_amal 20-2-2020 12:31 PM
macam bodoh je asal bende tengah trending semua nak ikut nya tanpa ambil peduli kemudaratannya.
Quote dani-rox 20-2-2020 01:44 PM
sejujurnya, ai suka kewujudan celen2 mcm nih sbb satu cara utk weed out ciri2 bodoh drpd mencemari gene pool umat manusia. Natural selection, bay-beeyy





Quote Ladybird910 20-2-2020 01:44 PM
Nk buat pon pkila tilam..adoiiii

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.320155 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top