CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Gigih Tunggang Motor Lebih 70 Kilometer Beli Nombor Ekor

17-2-2020 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4344| Komen: 22

Demi nombor ekor, warga emas sanggup bergadai nyawa menunggang motosikal lebih 70 kilometer dari Kuala Kedah ke pekan Kuala Ketil di Baling.

Harian Metro melaporkan, lelaki berkenaan ditahan penguat kuasa agama di sebuah kedai nombor ramalan ketika leka membeli nombor jam 3.30 petang, semalam.



Kredit foto: Harian Metro

Kata Pegawai Agama Daerah Baling, Sheikh Mohd Haizan Hamzah, pihaknya menemui resit pembelian nombor ramalan di poket baju lelaki berusia 71 tahun itu.

Warga emas itu bagaimanapun pada mulanya mendakwa ke Kuala Ketil untuk mencari kawan, tetapi sebaliknya dia ke kedai berkenaan untuk membeli nombor ekor.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen (16) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyLever 17-2-2020 12:57 PM
biar la duit dia, nombor ekor tu kan pelaburan berlesen
Quote Boomibulat 17-2-2020 12:57 PM
Kat kuala kedah xde kedai nombor ek..?
Quote Ladybird910 17-2-2020 12:59 PM
Pondan berloceng bila nk denda oiii
Quote sarah82 17-2-2020 01:00 PM
70 km? 100km la weiii.. Ingat dekat kuala kedah dgn kuala ketil.. Sejam lebih gak naik kereta..
Quote JohnnyLever 17-2-2020 01:01 PM
Boomibulat replied at 17-2-2020 12:57 PM
Kat kuala kedah xde kedai nombor ek..?

mana ada, kan berjudi tu haram, kau ni buat2 tanya pulak
Quote Boomibulat 17-2-2020 01:04 PM
sarah82 replied at 17-2-2020 01:00 PM
70 km? 100km la weiii.. Ingat dekat kuala kedah dgn kuala ketil.. Sejam lebih gak naik kereta..

pnh pgi beli gak ke..
Quote epal21 17-2-2020 01:04 PM
Org macam ni. Berjudi dah sebati dgn dia. Tak makan nasihat.
Quote sarah82 17-2-2020 01:06 PM
Boomibulat replied at 17-2-2020 01:04 PM
pnh pgi beli gak ke..

Masa aku kerja intel kulim, hjg minggu balik aku akan naik bas Mara kulim alor setar dan alor setar kulim melalui kuala ketil bro.. Jadi aku tau jarak perjalanan tu
Quote NekNgah 17-2-2020 01:07 PM
Kegigihan kepada kemungkaran.... Dah tua atok oii...
Quote Mfzg89 17-2-2020 01:17 PM
Ladybird910 replied at 17-2-2020 12:59 PM
Pondan berloceng bila nk denda oiii

pondan tu lubuk duit..dah 10 tahun buat buta kayu je..paham2 dah ler..
Quote Kurex 17-2-2020 01:56 PM
gigihnya kauuuuuuuu
Quote nikaido 17-2-2020 01:59 PM
Jauh sampai kuala ketil. Dkt alor setar takde ke
Quote husna_amal 17-2-2020 02:34 PM
Berjudi ni pun satu ketagihan. Dan lagi pihak berkuasa ni berani ambil tindakan kat orang susah, tua dan tak berkemampuan je. Kemungkaran sebesar gajah tu buat2 tak nampak.
Quote Sambalberapi 17-2-2020 02:51 PM
Nasib baik x mati eksiden dlm perjalanan
Quote tagas 17-2-2020 03:24 PM
tak ensom takpo janji pacik kayo
Quote Kryptonius 17-2-2020 03:31 PM
Boomibulat: Kat kuala kedah xde kedai nombor ek..?

Klu p yg kuala kedah pya kantoi la ramai kenal..
Quote M5 17-2-2020 05:04 PM
begitu la perangai lobai perasan jadi wakil tuhan, tidak pernah tahu menghormati orang lain, tapi tanpa malu mengambil upah tiap bulan menagih dari duit masyarakat
Quote any42 17-2-2020 05:08 PM
warga emas jiwa ttap forever young gitu. jckpot blum tntu kluar duit byar sman dlu la ye pacik
Quote Cassieopeia 17-2-2020 05:42 PM
husna_amal replied at 17-2-2020 02:34 PM
Berjudi ni pun satu ketagihan. Dan lagi pihak berkuasa ni berani ambil tindakan kat orang susah, tua ...

kedai judi kecik2 ni je la boleh masuk. yg besar2 kt kl, atas bukit semua tu xboleh masuk..gitula msia ni

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.683616 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top