CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mental Kena Kuat, Doakan Saya," Siti Elizad Pertama Kali Jalani Rawatan IVF

18-2-2020 11:52 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 10094| Komen: 55|Original author: intan

Pelakon dan juga pengacara radio, Siti Elizad akhirnya memilih untuk menjalani rawatan IVF setelah lima tahun berusaha untuk hamil. 

Dalam percubaan untuk mendapatkan zuriat melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) tersebut, beliau mengakui berasa gementar dan teruja untuk melalui proses tersebut.


Elizad juga meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan cahaya mata melalui kaedah itu.


"Sekarang saya dalam proses IVF. Hari pertama sesi rundingan, teruja, gementar gembira semua ada.

"Terima kasih untuk semua yang tak berhenti berdoa, komen, DM serta whatsapp sampai hari ini. Saya sangat hargai dan terharu," ujarnya ketika ditemui mStar online.

"Banyak yang komen kata mental kena kuat masa lalui proses IVF ini. Tersangatlah betul kita manusia biasa dan sudah tentu letak harapan tinggi. Doakan ya," katanya lagi.


Elizad telah berkongsi pengalaman itu di laman Instagram beliau dengan memuat naik foto ketika berada di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Pada tahun lalu, doktor telah menasihatkan Siti Elizad untuk mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan kaedah IVF atau pemanian beradas (IUI).

Beliau turut mengumumkan untuk berehat dari mengacarakan program Mingguan Wanita dalam usaha memberi tumpuan kepada proses tersebut.

Kredit foto: Carian Google

Selain itu, Elizad memberi nasihat kepada wanita yang mengalami nasib yang sama sepertinya, "berjumpa doktor sebab kita tak tahu apa masalah sebenar, doa, usaha dan tawakal," pesannya lagi.

Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin telah selamat bernikah dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari tahun 2015 yang lalu.

Apa-apa pun semoga proses tersebut berjalan lancar hendaknya! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote @pplegreen 18-2-2020 11:56 AM
Mmg betul2 kena rehat dah x bole nak lasak2, semoga dipermudahkan urusan elizad
Quote haruslah 18-2-2020 11:58 AM
dia ni adik beradik eja ek?
Quote RumiMenari 18-2-2020 12:03 PM
Semoga ada rezeki anak utk elizad.. selagi ada ruang & peluang, berusahalah..
Quote epal21 18-2-2020 12:04 PM
Semoga dipermudahkan urusan, insyaAllah.
Quote mieymiey 18-2-2020 12:07 PM
Semoga dipermudahkan.
Quote lasagna 18-2-2020 12:09 PM
InsyaAllah.. smoga dipermudahkan. Amin.
Quote innocentsangat 18-2-2020 12:12 PM
Semoga dipermudahkan... Aamiin
Quote shernazz 18-2-2020 12:28 PM
Moga dipermudahkan...
Quote doubleA 18-2-2020 12:36 PM
Iols tertengok episod last elizad dalam MW dia cakap doakan dia sebab dia nak buat ivf lepas tu. semoga murah rezeki anak. Banyak rehat dan doa
Quote BomBoLoniS 18-2-2020 12:39 PM
semoga murah rezeki elizad lepas ni...
Quote Cassieopeia 18-2-2020 12:42 PM
inshaAllah moga dimudahkan..
Quote husna_amal 18-2-2020 12:43 PM
Semoga usaha ini berbuah hasil. Amin
Quote Carcosa 18-2-2020 12:48 PM
Semoga berjaya Elizad. Aminnnn...

Tapi meols mcm kuuuurang setuju sikit di announce ni. Sbb apa tau? This will be an unnecessary added pressure. Yelah, sbb netz semua tau kan tgh treatment... Nanti dok terfikir2 plk, apa netz ckp, apa netz bawangkan.
Anyhooooo, meols doakan Elizar birjaya. Aminnn... R3lax and jgn fikir byk2. Just free your mind.
Quote puanbintang 18-2-2020 01:35 PM
semoga dipermudahkan urusan elizad..
Quote DARSITA 18-2-2020 01:59 PM


IVF ni yg leceh kena cucuk perut tiap hari.

Lepas dah cucuk berhari hari jugak kita tunggu period keluar (sikit tak banyak) lepas itu bila telor kita start membiak dgn banyaknya haa ini paling tak selesa (ala ala segugut). Bila telor dikeluarkan mcm aii ovari dipenuhi dgn cecair sampai tetiba jari tangan dan kaki jadi cramp. Masuk hospital doktor keluarkan cecair ini ber gallon. Sakit sangat!!

Quote Izumieza 18-2-2020 02:01 PM
Semoga usaha dia membuahkn hasil & di berikan rezeki zuriat..
Quote eddysheddy 18-2-2020 02:16 PM
DARSITA replied at 18-2-2020 01:59 PM
IVF ni yg leceh kena cucuk perut tiap hari.

Lepas dah cucuk berhari hari jugak kita tunggu pe ...

Oh u IVF juga? sama macam tokti. Huhuhu
Quote umbut 18-2-2020 02:17 PM
Buat jelah diam2 cam tok ti
Quote CinnamonR 18-2-2020 03:48 PM
Semoga dipermudahkan...aku pun masih menanti

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.145470 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top