CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kak, Tolong Uruskan Budak Ni.."- Saksi Tak Sangka Bercakap Dengan Perompak

17-2-2020 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7376| Komen: 24

“Kak, tolong urus budak ini, saya jumpa di tempat letak kereta."

Itulah pesanan seorang lelaki ketika meninggalkan kanak-kanak berusia enam tahun di sebuah kedai di Kok Lanas, Kota Bharu.


Rupa-rupanya, lelaki berkenaan melarikan budak tersebut dari Kampung Kemudu jam 7.45 pagi tadi sebelum meninggalkannya di belakang sebuah pasar raya di Kok Lanas itu pad ajam 10 pagi.

Kredit foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, saksi kejadian Siti Rakna, 60 berkata dia sedang mengupas bawang sebelum terlihat lelaki memakai baju hitam sambil memegang tangan kanak-kanak itu. 

“Lelaki itu meminta saya menguruskan budak itu dengan alasan dia mengejar waktu sebelum keluar dari kedai. Pada mulanya saya beranggapan mereka dua beranak.


“Selepas ditinggalkan, budak itu hanya diam dan minum air milo sebelum ada dalam kalangan kami mengetahui kanak-kanak ini adalah individu sama yang dilarikan perompak.

“Kami kemudiannya menghubungi polis sebelum tiga anggota hadir mengambil kanak-kanak berkenaan," katanya. 

Sebelum itu, kanak-kanak berkenaan dilarikan bersama kereta yang dirompak ketika ibunya sedang membeli sarapan, kira-kira jam 7.45 pagi. 

“Suspek memakai kupiah dan berbaju kuning melarikan Proton Exora berwarna keemasan bernombor pendaftaran DCK 9460.

“Polis melancarkan gerakan mencari dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar segera menghubungi polis,” kata Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah. - CARI 


Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-2-2020 05:39 PM
sskjp......
Quote matjerk 17-2-2020 05:45 PM
Kurex replied at 17-2-2020 05:39 PM
sskjp......

Hahahsha lain sekali komen kurek kali ni...  
Quote violetungu 17-2-2020 07:10 PM
Selamatla perompak tu ada hati jugak tglkan budak tu cuma larikan kereta je..kalau dapat perompak lain silap2 dah jual ke siam dapat duit lg berganda.xjumpa dahla budak tu.
Quote LoveSungmin 17-2-2020 07:29 PM
Perompak pakai kupiah?
Quote diggerr 17-2-2020 08:23 PM
{:childlike
Quote Cassieopeia 17-2-2020 08:30 PM
kne rompak masa makdia sarapan tu..bahaya tinggal budak dlm kete wlpn sekejap
Quote Kuasaberganda 17-2-2020 08:50 PM
alhamdulillah budak tu masa selamat
Quote crazybeach 17-2-2020 09:08 PM
very the acik2 bawang yachh tengah2 orang nak mengupas bawang tu la perompak sibuk nak enterpreme gituhh
Quote krustykrab 17-2-2020 09:11 PM
LoveSungmin replied at 17-2-2020 07:29 PM
Perompak pakai kupiah?

Robin hood versi soleh
Quote sarah82 17-2-2020 09:20 PM
LoveSungmin replied at 17-2-2020 07:29 PM
Perompak pakai kupiah?

Merompak dalam imannn daaa..
Quote dudaberhias 17-2-2020 09:24 PM
mujur budak tu selamat... dah kenapa ko culik budak tu dik?
Quote budaktua 17-2-2020 10:17 PM
budak tu di ambek utk secure ja kot... dah rasa selamat, dia lepaskn lah budak tu...

bkn motip nk colek....
Quote ctcheery 17-2-2020 11:05 PM
Allah..nasib budak tu tak Di apa Kan
Quote ikanmasin 17-2-2020 11:16 PM
alhamdulillah bdk tu takde diapa2kan..kalau tinggalkan kat tmtp
yg ntah apa2 lg susah..mak2 ke bapa2 tlg lah jgn tinggalkan kereta
mcm tu jer,nak2 lg tgh bawa anak2 ke,bawa lah keluar dan lock kereta
jgn biarkan enjin kereta hdp .jgn alpa keadaan sekeliling,silap skt atau
cuai gitulah kejadian ,kalau anak2 takde dlm kereta takperlah jg ni anak2
dok dlm kereta kalau apa2 jd kan menyesal tak sudah..
Quote RinIna 18-2-2020 09:52 AM
Niat dia nak curi kete je kot.. nasib masih ada sifat kemanusiaan.. x apa2 kan budak tu.. mak pon.. agak2la g tinggalkan anak dalam kereta tu kenapa.. hmmm
Quote mamaida28 18-2-2020 09:54 AM
alhamdulilah, sekurang2 nya org tu x apa2 kan bdk tu. pulangkan cara baik juga. kita doa agar hamba allah swt tu dpt hidayah dari allah dgn mengaku kesalahannya.
Quote akakdendeng 18-2-2020 09:59 AM
nak pegi mencekik pun angkut lah sekali anak tu. tu lah kadang org kita ni cuai...ishhh
Quote justchu 18-2-2020 10:11 AM
syukur dia tak larikan budak tu
Quote husna_amal 18-2-2020 10:16 AM
Mak bapak jangan lah cuai sangat. Lepastu jangan lah tinggal kan kenderaan dengan anak kat dalam kereta tu.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.762188 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top