Dewa. Syaitan. Dua entiti yang tak dapat dilihat tetapi dipercayai ada oleh golongan manusia. Bagi orang Islam, mereka percaya bahawa syaitan itu ada berdasarkan apa yang dipelajari mengenai Islam, dan juga terkandung dalam Al-Quran. Orang di luar negara, khususnya orang-orang di Eropah juga percaya wujudnya syaitan dan dewa. Dalam artikel ini, kita akan melihat dewa dan syaitan yang wujud dalam kepercayaan orang Eropah. LUCIFER Menurut kepercayaan Kristian, Lucifer ialah malaikat yang paling berkuasa di syurga. Disebabkan terlalu ego dan angkuh, ia telah diusir dari syurga dan menjadi syaitan. Tuhan pun mencipta dunia baru dan manusia. Demi membalas dendam, Lucifer cuba menyelinap ke dalam Taman Eden dan mempengaruhi nafsu Hawa untuk makan buah larangan serta menghasut Adam untuk mengingkari arahan Tuhan. Akhirnya, niat ia tercapai. Lucifer juga berjaya membuka pintu ke dunia baru. Sejak itu, dosa, penyakit, dan kematian ada pada seluruh manusia. ODIN Odin ialah dewa peperangan dan pemimpi para dewa dalam mitologi Nordik. Odin akan mengalahkan Valkyrie, iaitu dewi peperangan untuk menentukan pemenang dalam peperangan. Roh-roh perwira yang terpilih akan dibawa ke Valhalla, istana agung yang diperintah oleh Odin. Ini adalah persediaan untuk menghadapi Ragnarok, iaitu pertempuran antara dewa dan syaitan di dunia akhir. Pahlawan Nordik percaya bahawa mereka akan menang dalam peperangan jika mendapat berkat daripada Odin. HADES Hades ialah dewa alam ghaib dalam mitologi Yunani kuno. Hades mempunyai dua orang adik lelaki yang bernama Zeus (dewa penguasa langit dan guruh) serta Poseidon (dewa penguasa lautan). Menurut kepercayaan orang Eropah, Hades ialah dewa yang kejam dan memiliki kuasa tertinggi. Konon-kononnya, pintu alam ghaib dijaga oleh Kerberos, iaitu anjing berkepala tiga, untuk melarang sesiapa daripada keluar. Selain itu, Hades juga merupakan pemilik sumber galian bawah tanah. MORGOTH Morgoth ialah penguasa kegelapan yang sangat jahat. Dia memiliki kuasa yang hebat. Selain itu, Morgoth juga disifatkan sebagai syaitan yang sombong, tamak dan liar. Akhirnya, Morgoth dikalahkan oleh Valar, iaitu bunian-bunian yang dianggap sebagai dewa oleh manusia. - CARI
|
ADVERTISEMENT