CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Masa Semakin Suntuk, Bantulah Kami" - Raisha Perlukan RM160 Ribu Untuk Pemindahan Hati

19-2-2020 12:14 PM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 2517| Komen: 4|Original author: Ct Cheery

Kanak-kanak ini, Raisha Mikayla sepatutnya ke India pada 20 Februari untuk mempercepatkan pembedahan hati berikutan keadaannya yang kritikal. Namun, jadual terpaksa ditangguhkan sehingga 27 Februari berikutan dana yang diperlukan masih belum mencukupi.



Menurut ibunya, Siti Nur Amira Ibrahim, 27, dikongsikan di Facebook miliknya, dana yang terkumpul buat masa sekarang adalah sebanyak 83 Ribu. Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak 160k. 

"Kami dengan rendah dirinya memohon sumbangan dari anda semua untuk puteri kecik kami. Masa semakin suntuk, ada nyawa perlu diselamatkan. Bantulah kami!" 


Dalam pada itu, ibu bapa Raisha ada mengatakan kesyukuran dan terima kasih mereka di Facebook kepada rakyat Malaysia yang gigih membantu mengutip dana untuk Raisha. 

Foto: Imam Muda Kulan
Foto: Imam Muda Kulan
Foto: Tm AKa Noku
Foto: Tm AKa Noku

Loading FB Post...

Pada 30 Januari yang lalu, kisah Raisha yang kritikal dan memerlukan pembedahan segera pernah disiarkan. 

Pembedahan di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India itu dicadangkan oleh doktor setelah melihat keadaan Raisha kronik dan ibunya sendiri akan menjadi penderma hati. 

Menurut ibu bapa Raisha sebarang bantuan boleh disalurkan ke akaunnya, Tuan Muhammad Shahrul Azlan sahaja, ekoran ada beberapa pihak mengambil kesempatan ke atas keadaan mereka.- CARI 


2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 19-2-2020 02:35 PM
Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan anak kecil ni..sedih lak tengok kecik2 da sakit macam2..
Quote CinnamonR 19-2-2020 02:49 PM
Kesiannye...ni baru patut diderma
Quote husna_amal 19-2-2020 04:09 PM
Kesiannya. Kat Malaysia kita takde doktor pakar ke rawat penyakit ni
Quote ctcheery 19-2-2020 10:29 PM
Hope sangat Ada jutawan Malaysia yg nak tolong. Sian Raisha.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.157320 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top