Wartawan Dara Hassan dari stesen Rudaw TV di Iraq ini sedang melaporkan mengenai cuaca sejuk bersalji di kawasan Sulaymaniyah, wilayah timur Kurdistan apabila sekumpulan budak-budak melontarkan bebola salji ke arahnya. Wartawan tersebut bagaimanapun langsung tidak menunjukkan tanda untuk membalas perbuatan nakal kanak-kanak terbabit mahupun menunjukkan riak tidak senang dengan situasi itu. Video klip siaran langsung ini telah menjadi tular di laman sosial. Respons balas netizen juga amat positif berbanding suasana negara itu. Antara komen-komen netizen dalam bahasa inggeris, :"It's good to see Iraqis having fun again." :"Considering what we were seeing 15 years ago, throwing snowballs is a sign of major improvement." :"A lot of fun in snowball fights in winter wonderland season!
:"I never heard of snow in Iraq! He is handling it well, given being hit with snow. LOL," a user remarked. Ramai yang bersimpati dan empati terhadap rakyat Iraq kerana apa yang telah berlaku selama beberapa tahun lalu akibat peperangan. Sedikit keseronokan untuk kanak-kanak pasca perang dianggap suatu yang amat positif bagi memastikan generasi seterusnya bersatu-padu. - CARI Rujukan : ndtv, indianexpress
|
shernazz replied at 19-2-2020 11:32 AM
Takpe..tu nasib baik lagi
Ada wartawan siap masuk lubang
Ada yang kena.ombak besor
ADVERTISEMENT